Thursday, August 25, 2011

Tafsir Dalam bayangan Al-Quran:syed qutb


بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasihani.
Menurut pendapat yang terkuat,basmalah adalah sebahagian dari ayat surah al-fatihah dan dengannya dikira tujuh ayat

.Firman Allah azzawajalla:
ولقد أتيناك سبعا من المثانى والقرأن العظيم
Sesungguhnya Kami telah kurniakan kepada kamu  tujuh ayat yang diulang-ulang dan Al-Quran yang agung.(surah Al Hijr/87)

Menurut satu pendapat,yang dimaksudkan dengan tujuh ayat yang diulang-ulang itu adalah Surah Al-fatihah.Memulakan  sesuatu dengan ‘nama Allah’ itu merupakan satu adab cara yang diwahyukan oleh Allah kepada RasulNya dalam ayat pertama yang diturunkan kepadanya iaitu:

اقرأ باسم ربّك
Bacalah dengan Nama Tuhanmu

Adab cara ini amat sesuai dengan aqidah pokok islam yang menganggapkan Allah subhanahuwataala sebagai zat maujud yang sebenar iaitu seluruh maujud yang  lain mendapat kewujudan mereka dari kewujudan Allah dan segala permulaan maujud Allah yang lain berpangkal dari wujud Allah. Kerana itu amatlah wajar segala permulaan dan segala tindakan itu dimulakan dengan namaNya.

Allah sifatkan diriNya dengan sifat-sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim (maha pemurah dan penyayang)iaitu dua sifat yang mencakup segala pengertian kasih sayang dan kasihan belas.hanya pada Allah sahaja terkumpul dua sifat tersebut.begitu juga hanya Allah sahaja yang wajar disifatkan dengan sifat sedemikian .Mana-mana hamba Allah tidak boleh disifatkan dengan sifat ar-Rahman dari segi kepercayaan dan lebih tidak wajar lagi dikembarkan kedua-dua sifat  itu kepadanya.

Kedua-dua sifat  ar-Rahman dan ar-Rahim yang meliputi segala pengertian kasih sayang dankasihan belas adalah menggariskan hakikat hubungan di antara hamba Allah dengan hamba-hambaNya.  

p/s:sekiranya pembaca ingin mengetahui perbahasan wajib wujud Allah,sifat ar-Rahman dan ar-Rahim secara detail dan mendalam bolehlah membuka kitab tauhid (jauharah tauhid,hasyiah syarqowi dan lain-lain),@kitab tafsir al-wasit,adapun perbahasan syed qutb adalah secara ringkas untuk memahamkan masyarakat awam yang pada waktunya dipenuhi pengaruh-pengaruh sekular yang menebal..

Wednesday, August 24, 2011

TAFSIR DI DALAM BAYANGAN AL-QURAN: Syed qutb



Surah Al-Fatihah
Muqaddimah

Setiap orang Islam membaca surah ini sekurang-kurangnya 17 kali sehari semalam dan lebih sekali ganda apabila dia menunaikan solat sunat.Setiap solat tidak sah tanpa membaca surah ini.
Sabda Rasulullah s.a.w :
لا صلاة لمن لا يقرأ بفاتحة الكتاب
Dari hadis Ubadah bin Somit :Tiada solat bagi mereka yang tidak membaca Surah Al-Fatihah

Dalam surah ini terkandung dasar-dasar aqidah dan pandangan-pandangan hidup Islam yang pokok  dan disinilah letaknya hikmat  Surah Al-Fatihah dipilih untuk diulang-ulang  bacaannya dalam setiap rakaat solat 
dan hikmah batalnya setiap solat yang tidak dibacakan surah al-fatihah.

p/s: Sayangnya jika kita sentiasa mengulang-ulang  pokok kehidupan (aqidah) hanya didalam sembahyang sahaja tetapi menolaknya diluar sembahyang..