Friday, June 22, 2012

كفى بالموت واعظا

Mati!
Kematian ialah satu yang pasti berlaku,ianya telah ditetapkan oleh Allah Rabbul jalil semenjak dari dalam perut ibu kita.
فاذا جاآأجلهم لا يستاخرون ساعة ولا يستقدمون
apabila datangnya ajal kamu tidak dilambatkan walau satu saat dan tidak dicepatkan(walau satu saat).

Saidina Umar bin Alkhattab dikatakan sentiasa memakai cincin di jarinya dalam keadaan cincin itu tertulis 
كفى بالموت واعظا
cukuplah kematian itu menjadi peringatan.
Beliau sering menyebut pada setiap hari: 'disebut-sebut orang bahawa si fulan telah mati,si anu telah mati,tidak dapat tidak pasti satu hari akan disebut Umar telah mati'.

Mati!
satu kepahitan bagi golongan yang ingkar kepada Allah tetapi satu kemanisan bagi pejuang agama Allah,lihatlah bagaimana para sahabat Baginda yang menemui syahid kesemuanya membuahkan perkara yang menyenangkan Rasulullah s.a.w.....
Lihat sahaja ungkapan ini

saudara,
seandainya kau tangisi kematianku,
dan kau sirami pusaraku dengan air matamu
maka di atas tulangku yang hancur luluh
nyalakanlah obor buat umat mulia ini
saudara,
kematianku adalah satu perjalanan
mendapatkan kekasih yang sedang merinduiku,
taman-taman di syurga bangga menerimaku
burung-burung berkicau riang menyambutku
..............................................................

ungkapan ini ditulis oleh Assyahid Syed Qutb beberapa detik sebelum menemui syahid di tali gantung
 Betapa seronoknya beliau menulis saat ingin dijemput ilahi,seolah-olah seorang kanak-kanak yang sedang merindui seorang ibu yang terpisah sekian lama akhirnya mendapat berita kedatangan ibu ingin menyambutnya alangkah gembira si anak dan si ibu tersebut,hati mereka seolah-olah ingin melonjak keluar dari tubuh menuju ke langit dek kerana keriangan yang melampau.Begitu lah Syahid...

=Cukuplah Kematian itu mengingati dirimu wahai Ahmad Kamal Hafizullah Bin Sidek=

Saturday, June 2, 2012

IKHLASKAN DIRIMU


Salam pertemuan buat semua,
setelah lama tidak berjumpa,
hati ini masih tidak lupa
kepada anda yang masih setia..

Alhamdulillah,selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w.Firman Allah:

98:5
 Dan tidaklah diperintah kepada mereka melainkan mengabdikan diri kepada Allah dengan IKHLAS dalam menjalankan perintah agama dengan lurus-Surah Al Bayyinah ,ayat 5

    Dalam ayat ini,Allah menyampaikan kepada kita beberapa perkara penting yang mesti ada kepada kita sebagai umat Islam,

1.Tanggungjawab kita ialah menjadi HAMBA KEPADA ALLAH

    Allah menyuruh kepada umat manusia agar mereka menjadi hamba kepadaNya lantaran itulah hakikat manusia diciptakan.Perkara yang disuruh Allah kepada kita sangatlah banyak,namun ia tidak memberatkan kita.Allah menyuruh kita solat,zakat,haji dan bermacam perkara yang diketahui umum.Dia juga mewajibkan kepada kita agar berjihad pada jalanNya.

 2.Golongan yang berjihad pada jalan Allah mestilah mempunyai SIFAT YANG IKHLAS

      Allah bukan sahaja menyuruh agar kita berjuang kepadaNya namun sifat yang mesti disemai dan dijaga rapi seorang pejuang ialah IKHLAS dalam melaksanakan tuntutan Allah.Nabi s.a.w pernah ditanya oleh seorang arab badwi:
   " wahai Rasulullah,ada golongan yang berjuang kerana harta,ada golongan yang berjuang untuk disebut-sebut(bahawa dia seorang yang kuat berjuang),ada golongan yang berjuang untuk melihat tempatnya(jawatan di dalam saff perjuangan),manakah antara golongan ini yang berjuang pada jalan Allah?


 Kata Rasulullah: Barangsiapa yang berjuang untuk mengangkat Kalimah Allah ditempat yang tinggi,maka dialah yang berjuang pada jalan Allah"-Hadis riwayat Imam Muslim.

Oleh itu,sebagai seorang muslim yang sejati,ikhlaskan niat kita dalam melaksanakan tuntutan Allah agar amalan kita tidak menjadi sia-sia.