Sunday, January 26, 2014

Tribute Buat Syeikh Tuan Guru Harun Taib

24hb Jan 2014-Jumaat jam 11.00 malam

Saya bersama sahabat-sahabat yang diamanahkan bertugas di Madrasah Tarbiyah Ismaliyyah,Cendering berkumpul di dalam bilik pejabat MTI.Baru pulang dari mengajar di sebuah rumah tentang ilmu fardhu ain bersama ustaz aizat aizami.Keletihan dan kepenatan mengajar hilang apabila berjumpa rakan-rakan seusrah.Indahnya hidup berjemaah.Benarlah sabda junjungan Rasulullah s.a.w bahawa "ruh-ruh seperti tentera yang terlatih,apabila saling berkenalan ia akan bersatu,apabila saling  bertengkar ia akan berpecah"-riwayat Imam Muslim.

Jam 11.30 malam

Topik perbincangan sekitar pengalaman  perubatan islam .Ustaz Aizat membelek komputer MTI menilik-nilik ayat ruqyah.Kami berbincang bagaimana ingin mengatasi gangguan makhluk halus pelajar muslimat kami.Hilai tawa menghiasi topik perbincangan mengeratkan lagi ukhuwwah antara kami.Ustaz Abu Hassan,Ustaz Ikhwan,Ustaz Zuhad turut memasuki tema perbincangan bagi menambahkan lagi ruh perjuangan.

"Bagaimana keadaan TG Harun Taib?"saya bertanya ustaz ikhwan yang sedang membelek-belek mesej wasapnya.Keadaan Tuan guru  semenjak maghrib semalam tidak sedarkan diri.
"Alhamdulillah,TG dah sedar" jawab ustaz ikhwan melegakan hati kami.

Jam 12.15 malam

Saya dan ustaz aizat pergi ke dapur kerana perut kami belum terisi semenjak petang tadi.Ketika sedang menikmati juadah malam,ustaz ikhwan masuk ke dapur dan memberitahu kami.
"Al-Fatihah,TG Harun Taib baru sahaja meninggal dunia.Maklumat rasmi"
Khabar tersebut bagaikan halilintar menyerang hati saya.Selera makan terputus,saya bingkas bangun lalu membasuh pinggan dan masuk kembali ke pejabat.
"cuba enta cek maklumat,zaman sekarang banyak fitnah"saya mengharapkan di dalam hati bahawa berita itu adalah palsu.Doa dipanjatkan tidak putus-putus agar Allah memberi kesembuhan kepada tuan guru.

Apabila membelek-belek tablet ustaz ikhwan,kesemua status facebook termasuk fb pimpinan mendoakan agar ruh TG Harun Taib bersama orang beriman...Hatiku mula sayu,,kisah-kisah lampau bersama murabbi ummah ini bermain di benak fikiran.

Mengenali Ulamak ini semenjak dari kecil,jiwa semakin dekat apabila pernah makan sambil duduk di atas lantai di pejabat pehubungan bersama beliau pada tahun 2009,ketika itu saya,ust wan mizan dan beberapa rakan lain makan nasi bungkus bersama susuk tubuh ulamak agung ini.Apa yang menyentuh hati saya,setelah saya minum air masak,gelas yang saya minum itu diambil oleh Tuan Guru Harun Taib lalu beliau menuang air kedalamnya dan minum dengan gelas tersebut.Hati kecil berkata-kata
"Tuan guru minum air dari bekas yang saya minum?"tanpa membasuhnya terlebih dahulu?'SUBHANALLAH,betapa tawadhuknya beliau.'....semenjak itu diri ini mengagumi batang tubuh ulamak ini..masih banyak kisah-kisah bersama beliau.Namun ini sahaja buat sementara waktu,kerana tidak mampu meneruskan lagi dek air mata berlinangan

semoga Tuan Guru Syeikh Harun Taib bersama Para Nabi,Syuhada' dan Solihin di alam baqa' sana.

Ahmad Kamal Hafizullah Bin Sidek
Bekas Penuntut Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah
Teratak Bukit Tumbuh 25hb Jan 2014





Thursday, January 2, 2014

Indah hidup bersama Ilahi

assalamualaikum ,
dah lama tak menulis,cuma nak kongsi keindahan alam di tepi rumah je :-)

lokasi:Kampung Seberang Bukit Tumbuh