Thursday, August 25, 2011

Tafsir Dalam bayangan Al-Quran:syed qutb


بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasihani.
Menurut pendapat yang terkuat,basmalah adalah sebahagian dari ayat surah al-fatihah dan dengannya dikira tujuh ayat

.Firman Allah azzawajalla:
ولقد أتيناك سبعا من المثانى والقرأن العظيم
Sesungguhnya Kami telah kurniakan kepada kamu  tujuh ayat yang diulang-ulang dan Al-Quran yang agung.(surah Al Hijr/87)

Menurut satu pendapat,yang dimaksudkan dengan tujuh ayat yang diulang-ulang itu adalah Surah Al-fatihah.Memulakan  sesuatu dengan ‘nama Allah’ itu merupakan satu adab cara yang diwahyukan oleh Allah kepada RasulNya dalam ayat pertama yang diturunkan kepadanya iaitu:

اقرأ باسم ربّك
Bacalah dengan Nama Tuhanmu

Adab cara ini amat sesuai dengan aqidah pokok islam yang menganggapkan Allah subhanahuwataala sebagai zat maujud yang sebenar iaitu seluruh maujud yang  lain mendapat kewujudan mereka dari kewujudan Allah dan segala permulaan maujud Allah yang lain berpangkal dari wujud Allah. Kerana itu amatlah wajar segala permulaan dan segala tindakan itu dimulakan dengan namaNya.

Allah sifatkan diriNya dengan sifat-sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim (maha pemurah dan penyayang)iaitu dua sifat yang mencakup segala pengertian kasih sayang dan kasihan belas.hanya pada Allah sahaja terkumpul dua sifat tersebut.begitu juga hanya Allah sahaja yang wajar disifatkan dengan sifat sedemikian .Mana-mana hamba Allah tidak boleh disifatkan dengan sifat ar-Rahman dari segi kepercayaan dan lebih tidak wajar lagi dikembarkan kedua-dua sifat  itu kepadanya.

Kedua-dua sifat  ar-Rahman dan ar-Rahim yang meliputi segala pengertian kasih sayang dankasihan belas adalah menggariskan hakikat hubungan di antara hamba Allah dengan hamba-hambaNya.  

p/s:sekiranya pembaca ingin mengetahui perbahasan wajib wujud Allah,sifat ar-Rahman dan ar-Rahim secara detail dan mendalam bolehlah membuka kitab tauhid (jauharah tauhid,hasyiah syarqowi dan lain-lain),@kitab tafsir al-wasit,adapun perbahasan syed qutb adalah secara ringkas untuk memahamkan masyarakat awam yang pada waktunya dipenuhi pengaruh-pengaruh sekular yang menebal..

No comments: