كتاب الله عز و جلَ هو حبل الله من اتبعه كان على الهدى ومن تركه
كان على ضلالة
Dari Zaid Bin
Arqam yang diredhai Allah,katanya bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda:
Kitab Allah ialah tali Allah(yang membawa kepada
rahmat Allah),sesiapa yang mengikutinya,keadaannya berada didalam petunjuk yang
sebenar,dan sesiapa yang meninggalkannya(kitab Allah),keadaannya berada dalam
kesesatan-Hadis Riwayat Imam Muslim.
Hadis yang dibentangkan di atas diambil daripada kitab Mustika
Hadis yang disusun oleh Syeikh Abdullah basmeih.Di dalam menghuraikan hadis
yang dibawa ini,penyusun memberikan faedah dan pengajaran daripada hadis supaya
dapat kita jadikan panduan di dalam hidup kita seharian terutamanya yang berada di akhir zaman ini iaitu :
1.
Kitab Allah ialah jalan perhubungan
seseorang dengan Allah
Allah s.w.t ialah pencipta sekalian alam yang memerintah langit dan
bumi serta tiada sesuatu terlepas dari kawalannya kerana semuanya bergerak dan
diam mengikut aturan Allah.Setiap makhluk Allah seperti bukit-bukau dan
pepohon,air sungai dan laut,planet-planet dan bulan bintang serta binatang liar
dan ternakan, tunduk dan patuh pada perintah Allah azzawajalla.
Tidak pernah
kita mendengar sekumpulan binatang dan haiwan ternakan berdemonstrasi membantah
aturan Allah.Kita juga tidak pernah melihat paparan di dada akhbar ,sekumpulan lembu
betina menuntut hak sama rata antara
jantan dan betina apatah lagi melihat mereka menyusun kumpulan untuk melawan hukum Allah kerana makhluk Allah selain manusia dan jin mengikut segala peraturan Allah
pada setiap waktu dan ketika.
Namun bagi manusia,hanya segelintir sahaja yang mengikut aturan
Allah azzawajalla,sebahagian besar manusia lain menentang Allah baik secara
terang atau secara senyap.Dengan sebab itulah sistem kehidupan menjadi pincang
seperti timbulnya lambakan anak luar nikah,peningkatan jenayah seksual,jenayah pecah
rumah ,jenayah rompakan serta kes bunuh menakutkan
berlaku setiap hari yang satu ketika dahulu kita merasakan agak mustahil
berlaku di Malaysia.
Apabila manusia meninggalkan al-quran yang menjadi penghubung
kepada Allah maka dia tidak dapat mengawal ke arah manakah hala tuju
kehidupannya, manusia akan melakukan sesuatu perkara mengikut hawa
nafsunya,apabila nafsu menjadi panduan hidup timbullah kepincangan dalam sistem
kehidupan yang menimbulkan pelbagai kerosakan di atas muka bumi serta
melahirkan kemusnahan sistem kemanusiaan .Benarlah kata Rasulullah bahawa
apabila meninggalkan al-quran manusia teraba-raba hidup dalam kesesatan.
Marilah para pembaca sekalian kita berpegang dengan tali Allah
melalui sistem Islam yang diajar Allah dalam kitabnya al-quran ,hadis nabi,ijma’
ulamak dan kumpulan Islam mutakhir ini.
No comments:
Post a Comment