بسم الله
الرحمن الرحيم
Dunia akhir zaman menyaksikan segala kemusnahan yang berlaku
setiap hari.Kerosakan fizikal bentuk muka bumi,kerosakan bangunan ciptaan
manusia dan kerosakan diri manusia secara fizikal.Apabila kemusnahan ini
berlaku,maka manusia mencari-cari kaedah untuk membaiki dan membetulkan perkara
ini.Terciptalah pelbagai alatan moden untuk mengatasi kerosakan fizikal ini
seperti alatan mengukur gempa bumi,alatan penggera tsunami dan pelbagai alatan
canggih yang lain.Hal keadaan ini juga ditiru oleh doktor-doktor perawat
manusia,mereka mencipta pelbagai ubatan untuk mengatasi penyakit yang setiap
hari bertambah semata-mata agar diri mereka terselamat dari pelbagai penyakit
yang membahayakan kehidupan mereka.
Namun,manusia seringkali lupa akan penyakit besar yang
melanda mereka.Perkara yang membuahkan segala kejadian yang melampaui batas
fitrah manusia.Setiap hari kita dihidangkan di dada-dada akhbar berita-berita
yang tidak enak seperti rogol,buang anak,pecah rumah,dan segala seribu satu
kerosakan akhlak manusia.Persoalannya,apakah manusia memikirkan kaedah untuk
mengatasi ini?mengapakah kerosakan akhlak semakin menjadi-jadi sejak
kebelakangan ini?
Jawapannya ialah manusia terus –terusan memikirkan kaedahnya
namun kaedah itu hanyalah berkisarkan pemikiran mereka yang cetek.Hukuman dikenakan kepada pesalah, namun selepas
jatuhnya hukuman tersebut masalah semakin bertambah semakin banyak.Semuanya
kerana mereka mengenepikan Islam sebagai
agama mereka.Hari ini manusia hidup secara kuffar,meskipun nama pada identiti diri
adalah islam namun kehidupan mereka
diambil dari bukan islam kerana berbangga dengan sistem itu.Semenjak kecil
terutamanya kanak-kanak sekolah,sistem pembelajaran mereka adalah sekular,pendidikan
islam hanya picisan pembelajaran yang tidak diwajibkan, sama tarafnya dengan
pembelajaran sampingan lain seperti matapelajaran muzik,seni lukis dan
pendidikan sukan.
Begitu halnya apabila mereka melangkah ke sekolah
menengah,mereka berterusan disekularkan oleh sistem pendidikan,matlamat mereka
belajar adalah untuk berjaya dalam peperiksaan bukan untuk mengenal Allah
seperti yang di arah Rasulullah s.a.w dan para sahabat.Mereka sanggup
bersengkang mata semata-mata mengulangkaji pelajaran namun untuk islam diberi
seribu satu alasan.Guru-guru yang mengajar pula setiap hari memomokkan
pelajarnya bahawa berjaya dalam peperiksaan akan menikmati pelbagai kesedapan
di masa hadapan.Dari sini,timbullah pelbagai masalah,pelajar cemerlang rosak akhlaknya,mereka berjaya didalam SPM
dengan pangkat yang paling tinggi namun akhlak mereka sama taraf dengan haiwan
ternakan bahkan haiwan ternakan itu terlebih berakhlak dari mereka.
Bersambung……
No comments:
Post a Comment