Friday, March 9, 2012

Pemikiranku adalah Islam 2

Serangan pemikiran


 Semenjak beratus tahun yang lalu,golongan penentang islam telah melancarkan serangan ke atas umat islam.Mereka melancarkan peperangan bermula pada era zaman Rasulullah sallallahualaihiwasallam lagi,pelbagai taktik dan strategi mereka atur untuk menjatuhkan islam namun umat islam tetap menang kerana umat islam mempunyai kekuatan JIHAD yang mampu mengalahkan musuh biarpun pertempuran tanpa senjata.Umat islam apabila menghadapi musuh mereka mempunyai semangat bertempur kerana Allah dan mereka masuk ke medan peperangan adalah untuk mati.Mati di medan juang kerana Allah diberi ganjaran yang sangat tinggi ,antaranya ialah masuk syurga tanpa hisab.Berbekalkan semangat JIHAD inilah,kekalahan demi kekalahan di alami oleh musuh islam.


 Akhirnya,musuh islam menyedari jika mereka meneruskan peperangan dengan umat islam menggunakan teknik 'peperangan fizikal' mereka akan berterusan menghadapi kekalahan.Persidangan dibuat bagi mengkaji cara baru untuk menghadapi kekuatan islam akhirnya membuahkan hasil.Wajah peperangan perlu diubah,serangan diteruskan namun bukan menggunakan senjata yang merobek tubuh tetapi senjata yang menghancurkan segala-galanya .Hancurkan Pemikiran Umat Islam.....







Monday, March 5, 2012

Pemikiranku adalah Islam 1


                                                                بسم الله الرحمن الرحيم
Dunia akhir zaman menyaksikan segala kemusnahan yang berlaku setiap hari.Kerosakan fizikal bentuk muka bumi,kerosakan bangunan ciptaan manusia dan kerosakan diri manusia secara fizikal.Apabila kemusnahan ini berlaku,maka manusia mencari-cari kaedah untuk membaiki dan membetulkan perkara ini.Terciptalah pelbagai alatan moden untuk mengatasi kerosakan fizikal ini seperti alatan mengukur gempa bumi,alatan penggera tsunami dan pelbagai alatan canggih yang lain.Hal keadaan ini juga ditiru oleh doktor-doktor perawat manusia,mereka mencipta pelbagai ubatan untuk mengatasi penyakit yang setiap hari bertambah semata-mata agar diri mereka terselamat dari pelbagai penyakit yang membahayakan kehidupan mereka.
Namun,manusia seringkali lupa akan penyakit besar yang melanda mereka.Perkara yang membuahkan segala kejadian yang melampaui batas fitrah manusia.Setiap hari kita dihidangkan di dada-dada akhbar berita-berita yang tidak enak seperti rogol,buang anak,pecah rumah,dan segala seribu satu kerosakan akhlak manusia.Persoalannya,apakah manusia memikirkan kaedah untuk mengatasi ini?mengapakah kerosakan akhlak semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini?

Jawapannya ialah manusia terus –terusan memikirkan kaedahnya namun kaedah itu hanyalah berkisarkan pemikiran mereka yang cetek.Hukuman  dikenakan kepada pesalah, namun selepas jatuhnya hukuman tersebut masalah semakin bertambah semakin banyak.Semuanya kerana mereka mengenepikan  Islam sebagai agama mereka.Hari ini manusia hidup secara kuffar,meskipun nama pada identiti diri adalah  islam namun kehidupan mereka diambil dari bukan islam kerana berbangga dengan sistem itu.Semenjak kecil terutamanya kanak-kanak sekolah,sistem pembelajaran mereka adalah sekular,pendidikan islam hanya picisan pembelajaran yang tidak diwajibkan, sama tarafnya dengan pembelajaran sampingan lain seperti matapelajaran muzik,seni lukis dan pendidikan sukan.

Begitu halnya apabila mereka melangkah ke sekolah menengah,mereka berterusan disekularkan oleh sistem pendidikan,matlamat mereka belajar adalah untuk berjaya dalam peperiksaan bukan untuk mengenal Allah seperti yang di arah Rasulullah s.a.w dan para sahabat.Mereka sanggup bersengkang mata semata-mata mengulangkaji pelajaran namun untuk islam diberi seribu satu alasan.Guru-guru yang mengajar pula setiap hari memomokkan pelajarnya bahawa berjaya dalam peperiksaan akan menikmati pelbagai kesedapan di masa hadapan.Dari sini,timbullah pelbagai masalah,pelajar cemerlang  rosak akhlaknya,mereka berjaya didalam SPM dengan pangkat yang paling tinggi namun akhlak mereka sama taraf dengan haiwan ternakan bahkan haiwan ternakan itu terlebih berakhlak dari mereka.
Bersambung……