Peristiwa Sejarah Syawal
27 Syawal, Perjalanan Nabi saw. ke Thaif, tahun ke-10 kenabian.
13 Syawal, kelahiran ahli hadits Imam Bukhari
Syawal 1 H, Perang Bani Qainuqa
Kelahiran Siti Aisyah dan pernikahannya dengan Nabi Muhammad saw.
terjadi di bulan Syawal.
29 Syawal, pernikahan Fatimah dengan Ali ra.
Syawal 4 H, Pernikahan Nabi saw. dengan Ummu Salamah
Syawal 4 H, Kelahiran cucu Nabi saw., Hussain.
18 Syawal 5 H, Perang Khandaq (Ahzab, Parit)
6 Syawal 8 H, Perang Hunain
1.
Perang Uhud
Berlaku
pada 15 Syawal 3 Hijrah. Tentera kafir Quraisy ingin membalas
dendam kekalahan Perang Badar setahun sebelum itu.Pada peringkat pertama,
tentera Islam mencapai kemenangan. Tetapi, akibat kumpulan pemanah melanggar
perintah Rasulullah supaya tidak meninggalkan kedudukan masing-masing walau apa
pun berlaku, tentera Islam akhirnya ditewaskan.Pasukan pemanah Islam melanggar
perintah Rasulullah selepas yakin mencapai kemenangan dan ingin memungut harta
rampasan perang yang ditinggal musuh.Khalid Ibnu Walid yang ketika itu belum
memeluk Islam, mengambil peluang itu melakukan serangan mengejut sehingga
berlakunya kekalutan.
Hal ini
ditambah dengan serangan saraf dengan tersebar kononnya Rasulullah
wafat.Akhirnya, ada sahabat terpandang Rasulullah masih berjuang, lalu
diamelaungkan keadaan sebenar sehingga membangkitkan semula semangat juang
tentera Islam.Baginda bersama 30 tentera Islam menuju ke suatu teluk di Bukit
Uhud untuk mengatur perancangan perang yang baru.Pada peringkat kedua ini,
tentera Islam menerima ujian apabila 70 orang syahid, termasuk Saidina Hamzah
Abdul Muttalib yang digelar Asadullah (Singa Allah).
Pada
peringkat ketiga, tentera Islam dapat bertahan apabila tentera kafir yang tidak
berpuas hati kerana gagal membunuh Rasulullah, mengatur langkah menyerang
Madinah.Bagaimanapun, mereka tidak meneruskan perancangan itu apabila
mengetahui Rasulullah bersiap untuk menyerang balas.Kekalahan pada peringkat
kedua ini berlaku akibat pelanggaran perintah nabi selaku pemimpin serta rasa
terlalu seronok dengan harta rampasan perang sehingga kurangnya pertautan hati
dengan Allah.
2.
Perang Bani Qainuqa.
Terjadi
pada Syawal 2 Hijriyah. Pasukan Islam pimpinan Rasulullah memerangi
kaum Yahudi lantaran mereka memusuhi kaum Muslim. Mereka juga yang pertama
mengkhianati perjanjian yang dibuat oleh kedua pihak.
3.
Perang Bani Sulaim di Kudri.
Terjadi
pada Syawal 2 Hijriyah. Rasulullah berangkat menuju Qarqarah
al-Kadr untuk memecah pasukan Bani Sulaim dan Gathafan.
4.
Perang Khandaq
Berlaku
mulai Syawal sehingga awal Zulkaedah 5 Hijrah.Peristiwa ini mudah diingati
kerana setiap kali tiba hari raya, kita sentiasa laungkan Ahzab (Dan Dialah
(Allah) yang memenangkan tentera-Nya serta mengalahkan tentera Ahzab).Perang
Ahzab yang bererti tentera bersekutu, juga dikenali dengan nama Perang Khandak
(parit) sempena saliran dibina tentera Islam sebagai kubu.Ia berlaku selepas
Yahudi Bani Nadhir dihalau Rasulullah dari Madinah kerana cuba membunuh
baginda.
Tentera
bersekutu kuffar seramai 10,000 orang yang tiba ke tempat peperangan terkejut
apabila mendapati parit digali tentera Islam. Ia adalah pengalaman strategi
berperang yang baru kepada mereka.Tentera Islam yang hanya berjumlah 3,000
orang mampu bertahan.Pertempuran besar tidak berlaku dalam peperangan ini.
Hanya enam tentera Islam syahid, manakala 10 Musyrikin dibunuh
.Akhirnya, Allah
mendatangkan kemenangan dengan ribut pasir, menyebabkan tentera musuh berundur.
Berlaku juga kacau-bilau antara mereka apabila pengintip yang dihantar
Rasulullah berjaya melonggarkan kepercayaan antara tentera Ahzab
5.
Perang Hunain.
Pertempuran
antara Nabi Muhammad dan pengikutnya melawan kaum Badui dari suku Hawazin dan
Tsaqif pada tahun 630 M atau 8 H, dari Mekkah ke Thaif.
Pertempuran ini berakhir dengan kemenangan mutlak bagi kaum Muslimin, yang juga
berhasil memperoleh rampasan perang yang banyak.
Pasukan
Muslimin saat itu 12,000 orang, terdiri dari 10,000 Muslim
yang turut serta dalam penaklukan Makkah, ditambah 2,000 orang
Quraisy Mekkah yang baru masuk Islam. Perang ini terjadi sekitar dua minggu
setelah penaklukan Makkah, atau empat minggu setelah Muhammad meninggalkan
Madinah.
6.
Perang Tha’if.
Orang-orang
Tsaqif yang melarikan diri dari perang Hunain pergi ke benteng-benteng mereka
di Thaif. Rasulullah SAW mengejar mereka melewati daerah-daerah Nakhla
al-Yamaniyah, Qarn, al-Mulaih dan Bahrah ar-Rugha. Baginda
kemudian membangunkan markaz dan mengepung benteng-benteng Thaif selama lebih
dari 20 malam.
Rasulullah
SAW melempari orang-orang Thaif dengan senjata manjanik (pelempar
batu). Perang Thaif adalah perang pertama di mana kaum Muslim menggunakan
senjata manjanik. Dalam peperangan Thaif ini juga digunakan dabbabah,
iaitu sejenis alat perang yang digunakan untuk menghancurkan pintu-pintu
benteng.
7. Pernikahan Rasulullah.
Pernikahan
Rasulullah dengan Aisyah ra dan Ummu Salamah.
8.Kelahiran
Imam Bukhari
Lahirnya
Imam Bukhari pada bulan Syawal, iaitu tahun 194 Hijriyah. Beliau
wafat pada tahun 256 H iaitu di malam ‘Eidul Fitri dan
dimakamkan pada hari raya 1 Syawal.
9.
Kelahiran Abdullah bin Zubair
Lahirnya
Abdullah bin Zubair, dan dialah bayi pertama muhajirin yang
lahir dimadinah pada 1 Hijriyah
1 comment:
Post a Comment