Tahun 2015 mula menjelma,sungguh laju masa ini berlalu
pergi.Perasaan diri ini masih merasakan baru semalam melangkah kaki ke alam
sekolah,tetapi hakikatnya diri ini sudah berusia pemuda.
Tahun 2014 berlalu dalam keadaan saudara
saya di beberapa negeri di uji dengan ujian yang agak berat dari Allah.Harta
mereka hilang,rumah mereka musnah,saudara mereka mati,mereka berada dalam
kelaparan ,bahkan ada di antara mereka tiada tempat berlindung.
Menjejak ke tahun baru ini,bermakna umur
kita semakin berkurang.Apa yang kita ingin capai sepanjang berada di atas muka
bumi ini?Apakah matlamat kita hanya ingin berjaya dalam kehidupan yang kita
ceburi sahaja dengan meminggirkan matlamat utama kita?Tujuan hidup janganlah
kita lupakan kerana matlamat itulah yang perlu kita selesaikan.
1-Allah menciptakan kita adalah supaya
kita menjadi hamba Allah,maka setiap perbuatan dari bangun tidur hingga kita ke
tempat pembaringan di atas katil mestilah mengikut arahan dan suruhan Allah
taala serta kita menjauhkan diri dari larangan Allah.Inilah maksud ayat
Allah didalam surah Azzariyat ayat 56
وما خلقت الجن و الانس الا ليعبدون
tidak aku cipta jin dan manusia melainkan
untuk beribadat kepadaku
2.Allah menjadikan kita supaya kita
mentadbir urus dunia ini mengikut agamaNya iaitu Islam.Jika kita adalah seorang
ketua keluarga,pastikan isteri dan anak-anak kita hidup dalam keadaan
Islam.Jika kita adalah Ketua Kampung pastikan kita melakukan program yang dapat
menyebabkan penduduk kampung mengenali Islam dan beramal dengan
ajarannya,apatah lagi jika kita adalah ketua sesebuah kerajaan,tanggungjawab
itu lebih besar berada dipundak kita.
Firman Allah taala di dalam surah al baqarah ayat 30
30. dan (ingatlah)
ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat
ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak
menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah
(berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan
mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan
apa Yang kamu tidak mengetahuinya".
3.Allah memberikan kita amanah untuk
dipikul.Amanah ini akan disoal sebaik sahaja kita menghembuskan nafas yang
terakhir didunia ini,Seorang jua pun tidak akan terlepas dari tanggungjawab
masing-masing.
Allah mengingatkan kita di dalam kitab
Al-Quran dengan firmanNya surah al ahzab ayat 70
72. Sesungguhnya Kami telah
kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta
gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang
tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk
memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya)
sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah
suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut
dikerjakan.
oleh itu,apabila kita sudahpun masuk ke
tahun baru ini,Marilah kita mempersiapkan diri dengan amalan yang banyak agar
kita ada bekalan buat menuju ke hari Akhirat
Hari ini adalah hari menambhkan amal,Di
dunia ini tiada Hisab dari Allah
Esok ialah hari Hisab.di Akhirat.Tiada lagi peluang untuk beramal
Esok ialah hari Hisab.di Akhirat.Tiada lagi peluang untuk beramal
No comments:
Post a Comment