Surah Al-Fatihah
Muqaddimah
Setiap orang Islam membaca surah ini sekurang-kurangnya 17 kali sehari semalam dan lebih sekali ganda apabila dia menunaikan solat sunat.Setiap solat tidak sah tanpa membaca surah ini.
Sabda Rasulullah s.a.w :
لا صلاة لمن لا يقرأ بفاتحة الكتاب
Dari hadis Ubadah bin Somit :Tiada solat bagi mereka yang tidak membaca Surah Al-Fatihah
Dalam surah ini terkandung dasar-dasar aqidah dan pandangan-pandangan hidup Islam yang pokok dan disinilah letaknya hikmat Surah Al-Fatihah dipilih untuk diulang-ulang bacaannya dalam setiap rakaat solat
dan hikmah batalnya setiap solat yang tidak dibacakan surah al-fatihah.
p/s: Sayangnya jika kita sentiasa mengulang-ulang pokok kehidupan (aqidah) hanya didalam sembahyang sahaja tetapi menolaknya diluar sembahyang..
1 comment:
Post a Comment