Bila kita kasih dan sayang kepada seseorang kita sanggup membuat apa sahaja untuknya,jaga hatinya sekalipun kadangkala si dia tidak menjaga hati kita,jaga tatabahasa ketika bercakap dengan si dia sekalipun si dia tidak menjaga tatabahasanya dengan kita,kita akan membuat yang terbaik untuknya kerana hati kita sudah terpaut padanya...
Begitulah Allah,apabila sayangNya melimpah kepada hamba,sekalipun si hamba melakukan apa yang tidak disukai oleh Allah,namun Dia tetap melimpahkan rahmatNya kepada si hamba..
Allah Yang Maha Agung
Siapakah kita disisiNya?Mengapa kita sombong dan angkuh denganNya?Apakah kita dijamin syurga??
Duhai kita,pohon ampunlah padaNya,,
Tiada kemampuan dalam melakukan ketaatan,tiada kekuatan dalam meninggalkan maksiat melainkan semuanya memerlukan pertolongan Allah.....
Monday, April 30, 2012
Wednesday, April 11, 2012
Mimbar Ulamak 2

Justeru, ketika bangsa lain berpolitik
memerintah negara, orang Melayu pula menjadikan politik sebagai jalan
untuk naik pangkat atau memperoleh harta supaya jadi kaya cepat. Maka
pemimpin politik Melayu yang berkuasa besar tidak perlu bimbang dengan
apa sahaja salah laku dalam amalan politik, ekonomi dan pentadbiran.
Cukup dengan solat lima waktu kalau rajin, atau solat Jumaat secara
mingguan, atau solat hari raya secara tahunan kerana adanya siaran
langsung. Kalau ada duit yang banyak lebih baik mengerjakan amalan haji
dan umrah berulang kali, lebih-lebih lagi nilai tambahnya pula dapat
peluang masuk ke dalam Ka'abah yang diberi keistimewaan kepada para
VVIP, yang tidak mungkin dapat kepada rakyat jelata. Cukup dengan itu,
bagi membersihkan diri dan tangan daripada segala kesalahan mentadbir
negara dan rakyat, atau mencuri sebanyak mana yang mahu daripada harta
negara atau apa sahaja salah laku dalam politik boleh dihilangkan dengan
mudah sahaja.
Pengertian Amanah
Bagi memahami hakikat yang sebenar, baca dan fahamilah firman Allah yang menjadi petunjuk kepada sesiapa yang beriman :

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu
menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu)
apabila melaksanakan hukuman (dalam semua urusan) di antara manusia
supaya kamu berlaku adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang
sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar Lagi
Maha Melihat" - An Nisa':58

"Wahai orang-orang yang beriman,
taatilah Allah dan taatilah RasulNya, dan Ulil Amri (para pemimpin) di
antara kamu. Kemudian jika kamu bertelingkah pendapat tentang sesuatu,
maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (Sunnahnya),
jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, yang
demikian itu lebih baik (bagi kamu) dan lebih baik penyelesaian dan
akibatnya" - An Nisa': 59
Ayat-ayat ini kebiasaannya dibaca secara
berasingan dalam khutbah Jumaat dan ceramah rasmi serta diamalkan
secara berasingan pula. Maka, wajib dibaca semula dalam kitab-kitab
tafsir secara riwayat daripada para ulama salaf dan khalaf (terdahulu
dan kemudiannya sehingga terkini) dan secara dirayat (pengetahuan)
dengan kaedah ilmu Al Quran yang betul.
Kedudukan kedua-dua ayat ini mengikut
penyusunan Al Quran-laksana mata rantai yang tidak boleh dipatah,
dipotong dan dipisahkan. Menunjukkan betapa rapat kaitan antara amanah
dan urusan pemerintahan (politik), serta hubungan kedua-dua kewajipan
itu dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul yang wajib secara mutlak.
Adapun ketaatan kepada Ulil Amri (pemimpin) tidak secara mutlak,
dinyatakan syarat ketaatan kepada Allah dan Rasul, serta kaitannya
dengan istiqamah berpegang kepada Al Quran dan As Sunnah, sehinggalah
dikaitkan pula menjadi syarat beriman kepada hari Akhirat.
Para ulama tafsir Al Quran pula
menegaskan bahawa Ulil Amri itu ialah para ulama (ilmuan Islam) dan
umara (para pemimpin politik). Rasulullah S.A.W menegaskan bahawa Para
Rasul adalah juga ahli politik, bukan hanya pendakwah. Sabda Rasulullah
S.A.W yang bermaksud, "Adalah yang menjadi pemimpin siasah (politik)
kepada kaum Bani Israil ialah Para Anbiya' (Nabi-Nabi). Setiap Nabi
yang wafat, maka diganti Nabi selepasnya dan tidak ada lagi Nabi
selepasku! Akan ada pula para Khalifah (pengganti dikalangan umat)
jumlah mereka ramai".
Para sahabat bertanya, "Apa perintahmu terhadap kami?"
Baginda menjawab, "Tunaikan
baiah (janji ketaatan) kepada yang pertama, kemudian yang berikutnya.
Berikan hak yang wajib ditunaikan terhadap mereka. Maka sesungguhnya
Allah akan bertanya kepada mereka (pada hari kiamat kelak) daripada
apa-apa yang ditugaskan kepada mereka" - (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ibn Majah).
Memilih Khalifah
Hadis ini menafsirkan
ayat-ayat yang tersebut di atas. Kisah Para Anbiya' yang dipaparkan oleh
Al Quran pula menunjukkan perjuangan Para Rasul berdakwah menghadapi
rakyat dan berpolitik dengan mengharungi perjuangan yang getir,
bertarung dengan kerajaan yang zalim dan rakyat yang diperbodohkan.
Selepas wafatnya Rasulullah S.A.W, Para Sahabat R.A berhimpun kerana
bermesyuarat untuk memilih khalifah penggantinya sehingga sebahagian
besar mereka meninggalkan upacara pengkebumian jenazah Rasulullah S.A.W
menunjukkan betapa pentingnya urusan politik negara.
Para Khulafa' Al Rasyidin
(khalifah-Khalifah) di kalangan Para Sahabat pula meneruskan perjuangan
Rasulullah S.A.W menghadapi golongan pemimpin murtad dan kuasa besar
dunia Parsi dan Rom yang zalim. Mereka mengikut contoh Para Rasul S.A.W
bagi menegakkan Islam yang adil kepada seluruh manusia, menunjukkan
bahawa perjuangan mereka adalah melaksanakan konsep dakwah dan politik
yang tidak memisahkan urusan pemerintahan dan agama.
Para ulama hadharah pula diantaranya
Ibnu Khaldun, Al Mawardi, Abu Ya'ala dan lain-lain menafsirkan perkataan
Khalifah atau Khilafah dengan maksud menegakkan Ad Din (Agama) dan
Siasah (politik) mentadbir urusan dunia dengan ajaran agama. Bagi
mencapai tujuannya pula hendaklah melaksanakan kewajipan berdakwah dan
berjihad mengikut peringkat dan cabarannya.
Sunday, April 1, 2012
Dari Mimbar Ulamak

Menjadi saksi bohong adalah dosa besar. Allah Taala memberi amaran yang keras di dalam Al Quranul Karim berhubung dengan saksi dan begitu juga dengan Rasulullah S.A.W. Hal ini menunjukkan bahawa orang yang menjadi saksi mestilah menegakkan keadilan. Jangan menyeleweng ketika menjadi saksi. Penyelewengan ketika menjadi saksi adalah dosa besar kerana membawa kezaliman kepada orang yang dituduh melakukan kesalahan.
Allah Taala berfirman :

"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan" (surah an Nisa':135, Al Quranul Karim)
Dalam bahasa Arab perkataan 'Qawwamin' dengan makna sungguh-sungguh kerana ia dikenali sebagai kalimah `sighah mubalaghah', ertinya kamu hendaklah bersungguh dalam melaksanakan keadilan dalam perkara penyaksian untuk memberi hak kepada seseorang ataupun menjatuhkan hukuman kepada seseorang semata-mata kerana Allah, bukan kerana kepentingan duniawi.
Allah memberi pahala yang besar kepada orang yang menegakkan keadilan walaupun di atas dirinya sendiri. Ertinya kamu menjadi saksi dengan penuh keadilan ke atas diri kamu sehingga dijatuhkan hukuman. Begitulah juga terhadap orang lain ataupun jika kamu menjadi saksi ke atas kedua ibu bapa kamu. Kamu mesti menjadi saksi yang adil ke atas keduanya walaupun hal itu boleh mengakibatkan ibu bapa kamu dijatuhkan hukuman. Soal penyaksian yang adil ini tidak termasuk dalam kes menderhakai ibu bapa kerana dengan menjatuhkan hukuman akibat penyaksian yang adil itu menyebabkan keduanya terselamat dari seksaan api neraka.
Tegasnya tindakan sedemikian termasuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa bukan sebaliknya. Begitu juga dengan saksi yang adil terhadap kaum keluarga menyebabkan mereka dijatuhkan hukuman dan ini bukan bererti memutuskan hubungan keluarga. Yang lebih penting ialah firman Allah :

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya; manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan" (surah at Tahrim:6, Al Quranul Karim)
Tujuan menjadi saksi terhadap mereka ialah supaya mereka terhindar dari menjadi ahli neraka. Apabila ibu bapa menerima hukuman di dunia dengan hukum Islam yang adil maka selamat dari hukuman neraka.
Tiada khilaf di kalangan ulama tentang harusnya seseorang itu menjadi saksi yang boleh mengakibatkan sesuatu hukuman dikenakan ke atas ibu bapa dan keluarganya. Adapun menjadi saksi untuk membela kedua ibu bapa supaya terselamat dari dijatuhkan hukuman, suatu tindakan yang diperselisihkan di kalangan ulama. Ada ulama tidak mengharuskan anak menjadi saksi terhadap ayah dan ibunya, atau adik beradik, isteri tidak boleh menjadi saksi terhadap suami dan begitulah sebaliknya kecuali di dalam Mazhab Syafie yang membenarkan isteri menjadi saksi bagi pihak suami.
link: www.tarbawi.my
Subscribe to:
Posts (Atom)