Tuesday, April 8, 2014

Kaedah buang saka



Untuk perawat dan merawat diri sendiri.

1) Solat hajat 2 raka'at kerana Allah Taala. Raka'at pertama baca ayat kursiy, raka'at kedua baca surah ketiga-tiga ayat 3 qul yakni an-nas, al-falaq dan al-ikhlas. Selesai solat, wirid la ilaha illallah seberapa banyak yang mungkin dan akhir sekali baca al-fatihah 21 kali. Kemudia berdoa yakni Doa Pengisytiharan contohnya:
"bahawasanya Ya Allah, saya tiada hubungan lagi dengan makhluk ghaib, jin mah
upun khadam yang berada bersama saya dan harta benda saya. Hanya kepadamu Ya Allah aku memohon pertolongan dan kepadaMu jua aku kembali."

2) Pengumuman. Ini penting kerana ada setengah kes, pemilik barangan berkhadam sentiasa berubah hati atau sayang khadam. Kalau jenis yang seperti ini, maka kalau nak tolong pun sudah tidak boleh kerana diri sendiri yang berhajat. Cara buat declaration/ pengumuman berikut dengan suara yang jelas:

"Saya, mewakili diri saya, ahli keluarga saya, dan nenek moyang saya, ingin membuat pengumuman bahawa, kami memutuskan dan membatalkan segala kontrak dan perjanjian di antara kami dan kamu jin-jin saka dan juga di antara kami dan khadam-khadam ilmu yang diwariskan/diberikan/diijazahkan kepada kami. Janganlah kamu semua menghuni atau mengganggu kami lagi. Sekiranya kamu berbuat begitu, maka kami layak membunuh kamu, dan jika begitu kamu akan mati. Pergilah kamu pulang ke alam kamu dan jika kamu tiada tempat untuk di tuju, pergilah ke penempatan serambi madinah. Di sana kedatangan kamu di alu-alukan. Pergilah kamu. Kami membuang kamu."

3) Kebanyakan kes khadam barangan ini diikat/dipasung pada barang tersebut. Ambil kayu/besi sebatang dan garis-gariskan di barang tersebut sambil membaca surah Al-Fath 1-3, al-Furqan 23 dan ayat bismillah 5. Niatkan untuk membuka kunci ikatan.

Ayat Bismillah 5
Surah Al-Furqan : 23
Surah al-Fath: 1-3


4) Baca ayat surah al-naml ayat 30-31 dan tiup di tapak tangan. Kemudian buat isyarat mengambil sesuatu dari badan/barang dan buang. Sebut Allahu akbar.


5) Kesan-kesan selepas membuat pengumuman ini ialah,

a) Jin/khadam akan keluar dan pergi ke serambi madinah. Atau
b) Mereka akan keluar dan pulang ke alam mereka atau tempat lain. Atau
c) Mereka akan keluar dan mencari waris yang lain untuk dihuni. Atau
d) Mereka mengganggu tuan empunya barang.

5) Sekiranya keadaan (d) berlaku, dapatkan rawatan dari perawat Islam. Kebiasaannya rawatan akan jadi mudah selepas membuat pengumuman. InsyaAllah.

Bertawakal dan berusaha, insya Allah pasti berjaya.

us Hassan
darul muallij
via- http://darulmualij.blogspot.com/2013/12/kaedah-buang-saka-untuk-perawat-dan.html

No comments: