Tuesday, April 8, 2014

Rawatan Islam siri 4

Fasal 4: Hubungan Intim Di Antara Syaitan Dengan Manusia


Siapakah Syaitan Sebenarnya?
Ibun Jarir at Tobari berkata, Syaitan bermaksud bentuk kejahatan yang lahir dari perbuatan jahat jin, manusia, binatang dan seumpamanya. Firmannya:
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ يُوحِي
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin (Al-An'aam:112)

Tragedi Awal
قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ
Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah" (Al-A'raaf:12)

قَالَ أَنْظِرْنِي إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ
Iblis menjawab: "Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan".(Al-A'raaf:14)

Perencanaan Jahat Yang Diberi Tempoh
قَالَ رَبِّ فَأَنْظِرْنِي إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ
Berkata iblis: "Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari (manusia) dibangkitkan (Al-Hijr:36)

Matlamat Sumpahan
قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنْظَرِينَ
Allah berfirman: "(Kalau begitu) maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh (Al-Hijr:37)
إِلَى يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ
sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan (Al-Hijr:38)
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ
Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma`siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, (Al-Hijr:39)
إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ
kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (bertaqwa) di antara mereka". (Al-Hijr:040)

Serangan Pertama
“Tangisan bayi ketika kelahirannya (adalah akibat perbuatan jahat) dari syaitan.” (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

“Setiap anak Adam pasti akan ditusuk di bahagian tepi (badannya) dengan jari-jarinya (Iblis) ketika dilahirkan, melainkan Isa bin Maryam sahaja. Iblis telah cuba melakukan tusukan tetapi tusukannya telah terhalang”. (Riwayat Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.)

Perbezaan Di Antara Syaitan Dengan Permusuhan Manusia
خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ
Jadilah engkau pema`af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma`ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh. (Al-A`raaf:199)
وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al-A`raaf:200)

Allah menyuruh manusia bersikap rasional terhadap musuhnya dan hanya meminta perlindungan kepada Allah.

Tindakan Menimbulkan Rasa Kekeliruan Di Dalam Tauhid
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata: ”Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Sehingga syaitan akan berkata: ”Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?” Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.” (Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Belitan-belitan Syaitan dan Cara-Cara Menghuraikannya
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ
يَبْلُغُ بِهِ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَعْقِدُ الشَّيْطَنُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدٍكُمْ ثَلاثَ
عُقَدٍ إِذَانَامَ بِكُلِّ عُقْدَةٍ يَضْرِبُ عَلَيْكَ لَيْلا طَوِيْلا
فَاِذَا استَيْقَظَ فَذَكَرَ اللهَ نْحَلَّتْ عُقْدَةٌ
وَاِذَا تَوَضَّا انْحَلَّتْ عَنْهُ عُقْدَتَانِ
فَاِذَا صَلَّى انْحَلَّتْ الْعُقَدُ فَأَصْبَحَ نَشِيْطًا طَيِّبَ الْنَّفْسِ
وَالا أَصْبَحَ خَبِيْثَ الْنَّفْسِ كَسْلانَ
"Rasulullah SAW berkata : Syaitan itu membelit tengkuk seseorang dengan tiga ikatan ketika ia tidur. Lalu syaitan memukul tempat tiap ikatan pada tengkuk orang yang sedang tidur sambil berkata, "Tidurlah, kamu mempunyai malam yang cukup panjang"
Bila seseorang yang tidur itu bangun dan berzikir pada Allah, lepaslah satu ikatan.
Lalu jika ia pergi berwudu', terurailah satu ikatan lagi. Dan manakala ia solat, lepaslah ikatan terakhir sehingga ia bersemangat dalam ibadah, terlepas segala ikatan kesempitan jiwa dan terlindungilah daripada rasa malas" (HR riwayat al-Bukhari)

Ibnu Abi Masud al-Ansoori berkata, Rasulullah saw bersabda: Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya. (HR Bukhari dan Muslim)

Syaitan Akan Bertindak Memperolok-olokkan Individu Yang Mengabaikan Dari Bersolat Malam
عَنْ عَبْدِ اللهِ قَالَ ذِكْرَ
عِنْدَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
رَجُلٌ نَامَ لَيْلَةَ حَتَّى أَصْبَحَ
قَالَ ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَنُ فِى أَذُنَيْهِ
Dari Abdullah r.a katanya: ”Diceritakan kepada Rasulullah SAW, seorang lelaki yang tidur sepanjang malam sampai Subuh. Maka bersabda baginda Rasulullah SAW: “Orang itu telah dikencingi oleh syaitan di kedua-dua telinganya.” (al-Bukhari)

Keresahan Seseorang Muslim Dan Kesukaran Untuk Melelapkan Mata
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. : “Mimpi itu tiga jenis, mimpi yang benar berbentuk khabar gembira daripada Allah, mimpi sedih daripada syaitan dan mimpi yang disebabkan mainan jiwa seseorang.” [Hadis riwayat Imam Muslim]

Hadis riwayat Abu Qatadah, ia berkata:
Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Mimpi baik (rukyah) itu datang dari Allah dan mimpi buruk (hilm) datang dari setan. Maka apabila salah seorang di antara kalian bermimpi yang tidak menyenangkan hendaklah dia meludah ke samping kiri sebanyak tiga kali dan memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatannya sehingga mimpi itu tidak akan membahayakannya. (Shahih Muslim No.4195)

Ibrahim bin Nakhaie berkata, apabila seseorang dari kamu bermimpi dengan mimpi yang buruk hendaklah dia menyebut doa ini apabila bangun tidur:
أَعُوْذُ بِمَ عَاذَتْ بِهِ مَلائِكَةُ اللهِ وَرَسُوْلُهُ مِنْ شَرِّ رُؤْأيَايَ هَذِهِ أَنْ يُصِيْبَنِي مِنْهَا مَا أَكْرَهُ فِي دِيْنِيْ وَدُنْيَايَ
Menurut al Hafiz Ibnu Hajar, hadis ini dikeluarkan oleh Said Ibnu Mansor, Ibnu Abi Syaibah dan Abdul Razak dengan sanad-sanadnya yang sahih.

Syaitan Ketawa Melihat Orang Menguap
“Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan benci terhadap menguap. Maka apabila ia bersin, hendaklah ia memuji Allah (dengan mengucapkan ‘Alhamdullillah’). Dan merupakan kewajiban bagi setiap muslim yang mendengarnya untuk mendoakannya. Adapun menguap, maka ia berasal dari setan. Hendaklah setiap muslim berusaha untuk menahannya sebisa mungkin, dan apabila mengeluarkan suara ‘ha’, maka saat itu setan menertawakannya.” (HR Bukhari)

Nabi saw bersabda: 
ولا يقل آه آه فإن أحدكم إذا فتح فاه فإن الشيطان يضحك منه
“ Dan janganlah seseorang itu berkata “aaaaaaaa” semasa menguap. Syaitan akan ketawa bila dia membuka mulut semasa menguap.” (HR Ahmad.)

Di Manakah Syaitan Suka Melepak
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اِذَا اسْتَيْقَظَ اَحَدُ كُنْ مِنْ مَنَا مِهِ فَلْيَسْتَنْثِرْ ثَلاثَ مَرَّاتٍ
فَاِنَّ الشَّيْطَانَ يَبِيْتُ عَلىَ خَيَا شِيْمِهِ
Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (HR Muslim)

Beberapa Taktik Kotor Syaitan
Taktik 1: Memporak peranda manusia:
Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsana di atas air, kemudian mengutus pasukannya, maka yang paling dekat daripadanya (antara syaitan) kedudukannya adalah yang paling besar membuat fitnah sehingga datang salah satu daripada mereka mengatakan bahawa tidaklah dia tinggalkan seorang suami dan isteri, dia berkata: “Maka mendekatlah dia daripadanya dan mengatakan sebaik-baik orang adalah kamu.” – (Riwayat Muslim dan Nawawi)

Taktik 2 Was-was

Taktik 3 Was was ketika solat
عَنِ أَبِى هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
إِنَّ أَحَدُ كُمْ إِذَا قَانَ يُصَلِّى جَاءَهُ الشَّيْطَنُ
فَلَبَسَ عَلَيْهِ حَتَّى لا يَدْرِى كُم صَلَّى
فَاِذَا وَجَدَ ذلِكَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْجُدْ
سَجْدَتَيْنِ وَهُوَ جَالِسٌ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Bersabda Rasululllah s.a.w.: Apabila salah seorang di antara kamu berdiri hendah sembahyang, sesungguhnya syaitan itu mendatanginya , lalu membimbangkannya, sehingga orang itu tak tahu berapa rakaat yang telah dikerjakan.
Apabila di antara kemu mengalami yang demikian itu, hendahlah ia sujud sahwi dua kali duduk." (sahih Bukhari dan Muslim)

Taktik 4 Terlupa
وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَى ءَادَمَ مِنْ قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا
Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat. (Toha:115)

Taktik 5 Memarak Api Permusuhan
وَقُلْ لِعِبَادِي يَقُولُوا الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْزَغُ بَيْنَهُمْ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلْإِنْسَانِ عَدُوًّا مُبِينًا
Dan katakanlah kepada hamha-hamba-Ku: "Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia. (Al-Isra: 53)

Lokasi Kesukaan Syaitan Ketika Berada Di Dalam Jasad Seseorang
Telah bersabda Rasullulah SAW Ertinya : "Sesungguhnya syaitan itu (mampu) bergerak (didalam tubuh badan) seseorang manusia (melalui) saluran saluran darah” (HR Al Bukhari dan Muslim).

Diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir bahawa Rasulullah mengingatkan kepada umatnya mengenai kepentingan menjaga hati, yang bermaksud:

“Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati.” (HR Bukhari dan Muslim)

Keimanan Yang Kuat Boleh Bertindak Melemahkan Syaitan
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Umar r.a.,
“Demi diriku di tangan-Nya, tidak ada suatu pun jejak langkah perjalanan yang ditemui oleh syaitan melainkan syaitan akan memanjangkan langkahnya (untuk mendapatkan yang empunya jejak langkah), melainkan jejak langkahmu.”
Hadis ini direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Saad ibnu Abi Waqqas.

Salah seorang sahabat pernah bercerita, “Aku pernah membonceng di belakang Rasulullah s.a.w. mengenderai keldai. Tiba-tiba, sang keldai itu tergelincir lalu terpacul perkataan dari lidahku, ‘Bedebah syaitan!’ Lalu baginda bersabda,
“Jangan kamu berkata, ‘Bedebah syaitan,’ kerana kalau kamu berkata demikian, syaitan akan bertambah sombong dan bangga diri seraya berkata, ‘Ha-ha, aku berjaya menumpaskannya dengan kekuatanku.’ Akan tetapi kalau kamu berkata, ‘Bismillah,’ dirinya akan berasa cukup kerdil, bahkan lebih kerdil daripada lalat.”
Menurut Munziri r.h., hadis ini turut diriwayatkan oleh Imam Ahmad dengan sanadnya hasan.

Serunai Syaitan
Abu Hurairah ra telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah saw: Loceng (muzik) adalah serunai syaitan (HR Muslim)

Syaitan Suka Menjilat
Sesungguhnya syaitan suka merasa dan menjilat oleh itu hendaklah kalian mengawal diri kalian. Barangsiapa yang tidur dan di tangannya masih terlekat sisa-sisa bauan kunyit (sisa makanan) kemudian ditimpa apa-apa, maka janganlah dia mengecam (marah atau menyesal) melainkan dirinya sendiri. (Riwayat At-Tirmizi dan Al-Hakim)

Pasar Adalah Medan Pertempuran Syaitan
Syaitan juga memiliki tempat kegemarannya, atau apa yang dapat disebut sebagai tempat melepaknya. Rasulullah saw bersabda:
لاَ تَكُونَنَّ إِنْ اسْتَطَعْتَ أَوَّلَ مَنْ يَدْخُلُ السُّوقَ وَلاَ آخِرَ مَنْ يَخْرُجُ مِنْهَا
فَإِنَّهَا مَعْرَكَةُ الشَّيْطَانِ وَبِهَا يَنْصِبُ رَايَتَهُ.
Selagi mampu, janganlah menjadi orang yang pertama memasuki pasar dan janganlah menjadi orang terakhir keluar dari pasar kerana sesungguhnya pasar adalah medan tempur syaitan dan di situlah benderanya dicacak. (HR Muslim)
via- http://ibnnajib.blogspot.com/2010/12/fasal-4-perisai-kebal-untuk-menangkis.html

No comments: