Monday, July 26, 2010

Bagaimana kita berdakwah?


Para da’ie yang bergerak di dalam gerakan Islam pada hari ini sangat
berhajat kepada suatu manhaj kerja dalam kerja-kerja mereka - dan sudut fikrah
dan harakah sebagai landasan perjalanan dalam usaha mereka menyeru manusia
kembali kepada Islam. Mereka memerlukan manhaj yang disusun dengan jelas,
teliti lagi terperinci agar darinya dapat melihat dengan terang jarak perjalanan
yang akan ditempuhi, ciri-ciri khusus serta sifat-sifatnya. Perkara-perkara ini
sangat penting diketahui untuk diambil sebagai pedoman agar para da’iee tidak
terseleweng dari jalan sebenar dalam kerja-kerja da’wah mereka. Dengan
demikian tidak lagi dikhuatiri mereka melakukan sesuatu yang merugikan Islam
pada hal mereka menyangka mereka melakukan kebaikan untuk Islam.

Untuk tujuan di atas, para da’ie memerlukan kepada suatu manhaj yang
memandu mereka dalam kerja-kerja mereka menyeru manusia kepada Allah
Subhanahu wata’ala, cara penyampaian yang berkesan serta meyakinkan, begitu
juga cara menentukan atau memilih tajuk-tajuk, bahan dan ruang-lingkup
ceramah atau perbicaraan yang ingin disampaikan agar orang yang mendengar
dapat menerimanya dengan rasa puas. Manhaj ini menurut pandangan saya
terdiri dan empat perkara pokok:

Pertama — Persoalan wajibnya Da’wah.
Sebenarnya beriman dengan Islam bererti kita wajib beramal untuk-Nya,
menyeru orang lain menta’ati ajaran-Nya, serta berjihad dan berkorban pada
jalan-Nya. Usaha-usaha demikian menuntut adanya jama’ah yang bersifat
gerakan kerana usaha-usaha yang dilakukan oleh individu (fardi) tidak mungkin
sama sekali dapat mencorakkan suasana kelslaman apa lagi menegakkan
masyarakat Islam.

Kedua - Persoalan memilih serta meneliti uslub (cara-gaya) yang baik untuk
diikuti dalam usaha menyeru manusia kepada Islam.
Adalah menjadi kewajiban ke atas para da’iee memilih cara (dan medan)
yang disertai dengan kadar kemampuan orang-orang yang diseru agar mereka
dapat menerimanya dengan baik. Dalam kerja-kerja ini para da’iee mestilah
memiliki ilmu pengetahuan yang luas serta bersikap bijaksana dan sentiasa
bersabar.


Ketiga - Persoalan bahan da’wah yang merupakan huraian dan garis-garis
besar Islam seperti ‘Aqidah dan Syari’ah kerana di atasnyalah Manhaj Islami
dibina. Permasalahan ini dengan segala perinciannya merupakan bahanbahan
yang wajar diketengahkan di hadapan orang yang diserunya.

Keempat - Persoalan terakhir yang perlu disebutkan ialah tentang tuntutan
(darurah) melaksanakan ‘amal Jama’iy yang bersifat haraki untuk perjuangan
menegakkan Islam. Sesungguhnya amal Jama’iy yang bersifat haraki
merupakan satu-satunya jalan yang dilalui oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam dalam usaha baginda membina Jama’ah Islam yang pertama. Usaha-usaha
yang dilakukan secara fardi (individu) sukar mendatangkan hasil jika
tidak terikat dengan tanzim haraki. Sesungguhnya semua kewajiban-kewajiban
ini difardhukan oleh Islam ke atas orang-orang Mu’min agar
mereka membina tanzim haraki (Harakah Islamiyyah) atau mereka
melibatkan diri di dalam Harakah Islamiyyah yang sudah sedia ada.