Monday, December 2, 2013

Lihatlah Musibah dengan mata hati yang Bersih :-)

Ujian kepahitan di dalam kehidupan
padanya ada Kemanisan,Ketenangan dan Kebahagiaan
Kerana dengannya dapat kita melangkah ke Syurga...

Teringat kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,mantan MB Kelantan,apabila ditanya apakah komen tuan guru terhadap ujian yang berlaku,lalu beliau berkata

"Nasi tidak akan masak jika air tidak mendidih,begitu juga kehidupan,ianya tidak akan matang jika tidak ada ujian"

Berfikir dengan ssatu kata-kata hikmah
"golongan mukmin ibarat sebuah pohon,dilempar padanya batu,tetapi diberi kepada pelontar itu buah yang masak ranum untuk dinikmati"

Mudah-mudahan al-faqir seperti itu.
Semoga ujian yang dilalui oleh diri al-faqir mendapat ganjaran disisi Allah :-)

Wednesday, November 13, 2013

DENGARLAH DUHAI SI ZALIM

Wahai golongan yang mengikut nafsu dan mempunyai kekuasaan serta menghinaku,
Bagaimanakah jalan untuk sampai kepadamu bagi menunjukkan kepadaku,

Kamu bersumpah kepadaku,
 bersumpah bahawa anda tidak akan mengkhianati .
tetapi kamu mengkhianatiku,
Dan  bersumpah bahawa kamu tidak cenderung dengan mewah,

Dimanakah sumpah?Dimanakah Janji?
Kamu meninggalkanku dalam keadaan kehairanan........

Sunday, October 27, 2013

Usaha













Pepatah arab pernah menukilkan

'Kamu berharap akan sebuah kejayaan tetapi kamu tidak melalui jalannya#
                                               sesungguhnya Kapal tidak akan berjalan di atas daratan"

Pepatah ringkas namun besar maknanya.Setiap kejayaan yang kita inginkan perlulah melalui usaha.Tiada usaha maka tiadalah kejayaan.Kejayaan berbentuk duniawi atau ukhrawi semuanya memerlukan kepada usaha.Ingin berjaya didalam peperiksaan umum seperti SPM,STAM,STPM,Ijazah Sarjana Muda dan sebagainya bermula dengan sebuah usaha.Apatah lagi kejayaan ukhrawi.

Kita menginginkan Syurga Allah namun kita tiada usaha ke arahnya.Agak mustahil untuk menggapainya melainkan Rahmat Allah yang luas mampu meletakkan kita di dalamnya.

Ayuhlah saudara,kita mulakan langkah ke arah keredhaan Allah.


Wednesday, October 23, 2013

Satu Kenangan

Hujan turun renyai-ranyai membasahi bumi.Sejak semalam lagi ia mula berlumba-lumba  menyirami pepohon yang dahagakan air.Awan masih tidak menunjukkan keinginan memberhentikan 'putera dan puteri' kandungannya itu.

Suasana ini mengingatkan Ahmad kepada kehidupannya semasa kecil.

'Shh..shh..shhh...bunyi air  hujan jatuh ke dalam lopak air ditepi rumahnya.Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.Semua adik-beradiknya enak dibuai mimpi.Entah apakah yang dimimpikan mereka tidak difikirkan Ahmad.

Ahmad tiba-tiba berpaling ke arah dinding.Suara kanak-kanak riang bermain air hujan menarik perhatiannya.
"Sape pulok main air malang-malang gining?'Ahmad mula berfikir.Dia mula membilang adik-adiknya yang sedang tidur kalau-kalau ada di antara mereka terlepas pandang walhal adiknya hanyalah 2 orang pada waktu itu,seorang lelaki dan seorang perempuan.Si adik yang lelaki sedang tidur nyenyak apatah lagi si adik perempuan.

"Aik,doh sape die pulok'..Ahmad cuba merapati dinding.Bunyi tawa riang kanak-kanak bermain air semakin jelas kedengaran apabila telinganya ditekupkan ke dinding.Dia bingkas bangun dan membuka tingkap.

Di celah daun tingkap Ahmad dapat melihat 3 orang budak sedang bermain lopak air ditepi rumahnya.Ahmad mula memikirkan anak siapakah yang sedang seronok bemain air pada waktu larut malam begitu?sedangkan tubuh fizikal mereka boleh dikatakan hanyalah beberapa kaki sahaja.Ahmad menganggarkan umur mereka dalam lingkungan 5 tahun.

Ah.kut panda mung la weh'..anok mok lijoh kot..dok maroh pulok mok lijoh ke anok ye maing air malang2 bute..Ahmad merungut sendirian lalu mengambil selimut dan tidur di sisi adiknya.

Beberapa saat kemudian Ahmad bangun kembali.Dia kembali ke tingkap dan mengintai,budak-budak itu sudah tiada.

"bakpe,dok tido lagi ning? nenek yang datang dari dapur menegur Ahmad."tadi ade nampok budok2 duk maing air tepi umoh kite..ingatke anok mok lijoh,tengok mulla takdop doh'kata Ahmad.

Mok lijoh mane pulok mung ning?Gi tido nung,ujang2 gini sedap tido..balas nenek.
'mad nok tido tepi nenek ah malang ning buleh dop?Ahmad melontarkan idea bernasnya kepada nenek
Neneknya hanya senyum tanda bersetuju..

Ahmad mengambil bantal dan pergi ke hamparan tikar tempat peraduan neneknya,dia sebenarnya baru menyedari bahawa dia berada di rumah neneknya yang dikelilingi hutan kecil.

Mana ada orang disekitar itu..Ahmad berkata di dalam hati.Kisah toyol mencuri duit neneknya mula berputar dalam benak fikirannya...


  

'

Monday, October 21, 2013

Lantunan Nurani

Saudara,
Hati itu adalah raja,anggota badanlah rakyatnya.
Jagalah raja itu,justeru ia  menjaga rakyatnya.

Saudara,
Hati itu tempat tumpuan
Syaitan dan malaikat beradu kerananya
Menangkanlah malaikat dalam peraduan itu

Saudara,
Jadikan hatimu sebuah taman,
Tempat singgahan nur dan iman
Agar Tuhanmu mencintai keindahan tamanmu
Dengannya itu dimasukkan dirimu ke tempat Impianmu.



Monday, August 12, 2013

Peristiwa Penting dalam Islam di Bulan Syawal

Peristiwa Sejarah Syawal
27 Syawal, Perjalanan Nabi saw. ke Thaif, tahun ke-10 kenabian.
13 Syawal, kelahiran ahli hadits Imam Bukhari
Syawal 1 H, Perang Bani Qainuqa
17 Syawal 3 H, Perang Uhud

Tuesday, July 9, 2013

Tazkirah Ramadhan Siri 2-Peristiwa Ramadhan

17 Ramadhan 2H

Perang Badar Al-Kubra

Rasulullah SAW berangkat dari Madinah pada 8 Ramadhan. Ibnu Hisyam menyatakan bahawa perang ini merupakan kemenangan pertama yang menentukan kedudukan umat Islam dalam menghadapi kekuatan kemusyrikan dan kebatilan. Allah SWT telah mengutuskan segerombolan malaikat untuk membantu pasukan muslimin menghancurkan pasukan musyrik. Perang ini berlaku pada pagi Jumaat, 17 Ramadhan 2H di Badar. Kemenangan lebih kurang 300 orang  tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah ini yang telah megalahkan lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin Mekah.

Monday, July 8, 2013

TAZKIRAH RAMADHAN 1433H



Fasal Pertama

الآية: 183 { يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Ayat ini mengandungi beberapa perbahasan

Sunday, March 31, 2013

Kenangan Terindah 1997-2002

Apabila melihat rakan-rakan di FB,al-faqir meng'klik' ke dalam Group yang di ajak oleh sahabat-sahabat lama SKBTB 1997-2002.Maka kenangan di zaman sekolah rendah mula memenuhi ruang minda.

 Teringat kembali detik-detik yang dilalui di zaman ini.Mind-set pada zaman ini hanyalah untuk bermain.Setiap petang tidak pernah miss bermain bola.Kebiasaan permainan bola pada waktu itu akan berakhir dengan pergaduhan.hehe. Namun keesokannya akan bermain kembali.Lumrah kanak-kanak,tiada dendam di hati.
 Rakan-rakan sepengajian pada waktu ini masih lagi mengenali diri ini.Ribuan kemaafan kepada sahabat-sahabiah sekalian yang tidak dapat bersua pada Aidil Fitri 2012..Insyaa Allah jika di izinkan kita dapat bertemu kembali.Sejuta tahniah diucapkan kepada mereka yang telah mendirikan rumah tangga dan doa serta al-fatihah kepada sahabat yang telah meninggal dunia.

Apa yang paling menggembirakan saya ialah beberapa rakan-rakan di sekolah ini juga kini menjadi PEJUANG ISLAM SEJATI..Bertemu di alam persekolahan,Allah menemukan lagi kita di alam perjuangan.Semoga Islam di tegakkan di muka bumi ini.

Thursday, January 10, 2013

Royalti

Dahulu dan sekarang...

12 Rabiul awwal kian menjengah,sambutan Maulidur Rasul di sesetengah tempat agak meriah.Pada zaman kelahiran Rasulullah s.a.w yang dikenali dengan tahun gajah,individu  paling sibuk menyiapkan kenduri yang meriah bagi menyambut anak saudara yang baru dilahirkan ialah Abu Lahab.Dia sangat gembira.Namun kegembiraan terhenti apabila anak saudaranya itu membawa anutan baru baginya dan dia menggelarkannya sebagai pemecah belah masyarakat.Pada tahun kelahiran ini dipanggil tahun gajah.Kenapa??

Peristiwa yang tidak perlu dihurai panjang.Rejimen Askar Abrahah membawa gajah menyerang Makkah untuk meruntuhkan Kaabah.Ketika sampai disitu,Abrahah ditahan oleh datuk Baginda s.a.w iaitu Abdul Muttalib.Abrahah memberikan ruang kepada Abdul Muttalib untuk membuat permintaan.Apa yang memeranjatkan Abrahah ialah datuk Baginda s.a.w tidak meminta untuk berundur dan jangan meruntuhkan kaabah sebaliknya meminta agar memulangkan barang-barang yang dirampas.Abrahah menunaikannya.Mengembalikan barang-barang yang dirampas olehnya kepada kaum arab pada waktu itu.Kaabah diserahkan kepada Allah kerana Dia yang menjaganya.Peristiwa ini berakhir dengan kekalahan Abrahah seperti yang dirakam di dalam surah Al-Fiil.

Pengajaran
1-Jangan jadi Abu Lahab dalam menyambut kelahiran Rasulullah s.a.w(bukan bermakna saya menegah maulid),jadilah golongan yang mengikuti Rasulullah s.a.w,bergembira dengan kelahiran Baginda lalu memperjuangkan agama dibawa Baginda s.a.w

2-Sejahat-jahat abrahah pun dia memulangkan juga harta rampasan kaum arab.KENAPA KERAJAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA TIDAK MENGEMBALIKAN ROYALTI MINYAK KEPADA TERENGGANU DAN KELANTAN?????



Wednesday, January 9, 2013

Entah.....

Dah beberapa bulan ruangan ini kosong,menyepi ibarat kawasan perkuburan lama yang jauh diceruk hutan.Kebarangkalian tinggi kerana menyibukkan diri yang sebenarnya tak sibuk, padahal jika diberi ruangan nafas kepada blog ini boleh sahaja ianya hidup .

Kemungkinan kerana tiada idea untuk dicoret di ruangan ini?Jawapan itu adalah alasan semata-mata.Dalam keadaan masyarakat yang hiruk pikuk dengan masalah sosial dan fahaman yang menyeleweng dari islam.Apakah kekeringan idea?Atau kerana kemalasan yang menyelimuti diri??

Kali ini saya ingin berpesan sedikit.TAMBAHKAN KETAQWAAN DIMANA SAHAJA KAMU BERADA.