Friday, January 14, 2011

SETIAP YANG BERNYAWA AKAN MATI

sudah 21 tahun diri ini mengembara.21 tahun merupakan umur muda dan lama sudah Allah memberi umur ini kepada al-faqir..namun persoalan demi persoalan timbul..apakah yang dilakukan diri ini untuk berkhidmat kepada agama Allah?apakah sudah sama tahap dengan khidmat yang diberikan makhluk termulia Sayyidina Muhammad sollohualaihiwasallam..?jauh langit bumi..Allohurobbi....

rumah kata pergi kubur kata mari-pepatah orang tua-tua sama dengan apa yang disebut Sayyidina Ali:sesungguhnya dunia berjalan pergi meninggalkan kita manakala akhirat berlari datang mendapatkan kita....Allah Allah Allah

Amalan untuk akhirat tidak boleh ditangguh,mana tahu selepas menaip ini Sang malakul maut menunggu ditepi?mengira detik-detik waktu untuk menyempurnakan tugas yang Allah taklifkan kepada beliau..Allah Allah Allah

Sahabat blogger dan pembaca sekalian..andai ini tulisan terakhir..... hamba ini mahu memohon kemaafan dari hujung rambut sehingga hujung kaki..mudah-mudahan amalan ini dikira Allah