Wednesday, December 28, 2011

اتقان الملك بالتعديل السلك

FASAL 51 ITQANUL MULUK BITTA'DIL LISSULUK

ٍ"Sesungguhnya telah disifatkan dan disebutkan dan ditetapkan selama-lamanya Kerajaan Terengganu ini Kerajaan Islamiyyah Malayuwiyyah ialah yang dikatakan agama negeri dan kerajaan,maka tiadalah boleh sekali-kali sebarang agama lain dijadikan atau disebut Ugama Negeri ,sekalipun banyak bangsa dan agama diamankan dan dibenarkan masuk diam di dalam Negeri dan Jajahan Terengganu"

saya tertarik dengan fasa 51 ini setelah seminggu lebih membuat persiapan menebual para pemimpin gerakan Islam Terengganu berkaitan sambutan 100 tahun memperingati ITQANUL MULUK BITTA'DIL LISSULUK atau Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu.Ketika menebual Tuan Guru hj Hadi di kediaman beliau selepas sesi kuliah dhuha ,tuan guru mengulas bahawa 'Perlembagaan Negeri Terengganu ‘Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk’, ini berlaku di zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin (III) yang menunjukkan kepintaran beliau.

“Baginda Sultan mewujudkan Perlembagaan Negeri yang digubal oleh Ulama-ulama dan Pembesar negeri waktu itu. “Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk” itu nama Perlembagan Negeri Terengganu,......



Peranan kita (PAS) yang mencapai kemenangan (pilihan raya) besar tahun 1999. Kita (PAS) meminda Perlembagaan Negeri dengan meletakkan al-Quran, Hadis, Ijma’-ulama’ dan Qias sebagai hukum tertinggi.

“Ini kita (PAS) kembalikan semula kedaulatan Islam sebagaimana yang diasaskan oleh Nabi SAW yang tidak sempat disempurnakan oleh Sultan Zainal Abidin (III). Jadi kita kembalikan semula dan menjadi tanggungjawab kita'


ayuh saudara sekalian,,andaikata mahu mempertahankan undang-undang Allah dilaksanakan kembali di bumi TERENGGANU,pilihlah pemimpin yang beriman dan mahu menegakkan Islam..

Tuesday, December 20, 2011

buta mata

Buta mata tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu ke mana hendak dituju
Ke hilir atau ke hulu

Selamatlah di dunia fana ini
Bilamana mata tidak buta
Melalui pengalaman diri
Kerana jalan itu sudah biasa

Ada pedoman yang menunjuk kita
Tongkat di tangan membantu jua
Boleh jadi orang simpati yang membawa
Tapi jika buta hati menderita

Tidak nampak jalan menuju ke akhirat
Negeri yang kekal abadi
Tidak diukur, tidak diukur dengan mata
Kerana tiada kawan yang membantu
Tiada pengalaman yang memastikannya
Tiada pedoman menunjuk kita
Tidak ada yang simpati menolong kita
Dalam kegelapan terjun ke neraka

Menderita di negeri yang abadi
Tidak kembali ke dunia lagi
Tiada gunanya penyesalan diri
Oleh itu banyakkan 'amal dan bakti

Saturday, December 17, 2011

AsSyahid Syeikh Imaduddin Afat Al-Azhari

Sedih dan pilu serta sebak hati ini.Baru semalam saya 'post'kan catatan terbaru berkait dengan perjuangan,hari ini guru saya yang mengajar di ruaq atrak di Masjid Al Azhar dijemput Allah sebagai seorang AsSyahid.Beliau ditembak di dada semalam 16 Disember 2011 kerana menyertai protes di hadapan kabinet.Al Fatihah..


Tiada apa yang dapat dikatakan melainkan semoga Allah membalas perbuatan taghut tersebut..Namun disebalik kesedihan terdapat perasaan gembira.Guru telah memberi contoh yang terbaik kepada kami sebagai seorang pelajar al-azhar.Gololongan agamawan mestilah menjadi contoh terbaik sebagai seorang pejuang.Mestilah paling lantang dalam menegakkan kebenaran serta mencegah kemungkaran sekalipun peluru yang merobek diri.

Menitis air mata ini apabila melihat gambar-gambarnya...masih terbayang susuk tubuh ini mengajar di ruaq atrak Masjid Azhar.


Ya Allah yang menurunkan kitab ,Wahai Tuhan yang menggerakkan awan, Wahai Tuhan yang menghancurkan tentera Ahzab,Hancurkan mereka golongan Taghut dan sekutunya serta tolong dan bantulah kami...Hancurkan mereka dan bantulah kami..Hancurkan golongan penentang agamaMu ini,,

Ingatlah wahai penentang Allah,,hari ini kamu membunuh guru kami,,kelak kamu akan dibinasakan Allah..tunggulah azabnya.

Friday, December 16, 2011

Perkongsian




Berjuang menempah susah
menanggung derita menongkah fitnah
itulah gelombang hidup samudera duka
seorang mujahid memburu syahid.......

Lagu ini didendangkan oleh kumpulan Nada Murni pada tahun 1990an.Ianya di 'up-date' kembali oleh kumpulan Hijjaz yang juga merupakan bekas ahli Nada Murni pada era millenium ini.Walau siapa pun yang mengalunkan ,ianya mengingatkan saya pada waktu yang lampau.Pertama kali saya mendengarnya pada waktu umur saya baru mencecah 5 tahun.Lagu ini saya ulang dengar berkali-kali sehingga rosak kaset yang memutarnya ,hari ini entah ke mana kaset itu.Kini saya ikuti lagu asal dendangan Nada Murni ini melalui youtube.

 Walaubagaimanapun,tidak dapat dinafikan bahawa lagu ini membangkitkan semangat saya untuk terus berada di medan juang.Perjuangan adalah merupakan perbuatan yang cukup payah.Menuturkannya memang mudah tetapi melakukannya tersangat payah.Kesukaran berada di dalam perjuangan hanya Allah mengetahuinya ,tetapi Allah menjadikan sukarnya berada di dalam medan ini untuk memberi ganjaran yang cukup banyak kepada kita
Allah telah berfirman

والذين جاهدوا فينا لنهدينّهم سبلنا
mereka yang bejihad pada jalan kami akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami

Sekiranya Rasulullah sallallahualahiwasallam masih hidup di zaman sekarang,pasti Baginda teramat sedih melihat umat baginda di akhir zaman ini.Umat Islam terbahagi kepada pelbagai golongan.Mereka yang sibuk dengan ilmu memberi alasan untuk melepaskan diri dari perjuangan atas alasan ilmu.Golongan Sufi pula sibuk dengan majlis mereka sedangkan kerajaan yang memerintah terus menerus merosakkan aqidah rakyat.Golongan pro-salafi pula membesarkan isu-isu khilaf dengan mendakwa khilaf itu adalah bid'aah sesat.Kesemuanya itu menjadikan kerugian yang teramat besar buat umat islam dan perpecahan ini merupakan 'nasi tambah' bagi golongan kuffar dan anak buahnya.

Ayuhlah sahabat-sahabiah sekalian,buat masa ini hentikan dahulu 'jarum yahudi' ini.Kita bersatu menjatuhkan kerajaan hasil tarbiyah sekular di negara kita ini sekalipun ianya mungkin teramat pahit bagi sesetengah golongan.Namun ingatlah bahawa golongan yang menolong agama Allah pasti Allah menolong mereka...

perjuangan Islam tidak dihampar dengan permaidani merah
,tetapi perjuangan Islam dihampar dengan duri dan darah.

Monday, December 5, 2011

Al-Quran panduan hidup


 AL-QURAN MEMBERI PANDUAN ASAS DALAM MEMBAIKI MASYARAKAT

Al-Quran adalah pengumpul  segala cara untuk membaiki masyarakat secara
menyeluruh. Al-quran telah diturunkan ke atas Nabi s.a.w. dan dibacakan di kalangan
orang-orang mukmin dari satu ketika ke satu ketika bersesuaian dengan  keadaan, gejala dan musibah yang berlaku kepada masyarakat . 
Firman Allah:

“Demikianlah supaya Kami perkuat hatimu dengannya dan Kami (menurunkannya)
dan membacakannya kelompok demi kelompok. Tidaklah orang-orang kafir itu datang
kepada mu (membawa) sesuatu yang ganjil melainkan Kami datangkan kepadamu suatu
yang benar dan yang paling baik penjelasannya”.



Al-quran diturunkan dari peringkat demi peringkat sehinggalah sempurna wahyu itu  diturunkan dan dihafal di setiap dada orang islam dalam masa dua puluh tiga tahun . Allah telah kumpulkan di dalamnya untuk umat ini penjelasan tiap-tiap perkara
dasar dalam membaiki masyarakat. Apa yang didatangkan oleh al-quran itu ialah berkaitan perkara-perkara berikut:

(a) Ketuhanan (rabbaniah)

(b) Ketinggian jiwa manusia

(c) Ketetapan aqidah terhadap pembalasan

(d) Pengisytiharan persaudaraan di kalangan manusia

(e) Kebangkitan lelaki dan wanita seluruhnya serta pengisytiharan tanggungjawab
dan persamaan di antara keduanya dan penentuan tugas masing-masing.

(f) Jaminan dari masyarakat dengan ketetapan hak-hak hidup, kerja, kesihatan,
kebebasan, pelajaran, keselamatan individu dan penentuan sumber laba.

(g) Memelihara dua sifat semulajadi  memelihara jiwa dan mengatur kehendak perut
dan kemaluan.

(h) Kesungguhan dalam memerangi jenayah-jenayah besar.

(i) Menguatkan kesatuan umat ini menghapuskan seluruh unsur-unsur dan sebab
pecah belah umat.

(j) Mewajibkan umat supaya berjihad dalam menegakkan prinsip-prinsip kebenaran
yang didatangkan oleh sistem ini.

(k) Meletakkan negara bertanggungjawab melindunginya dan melaksanakan
objektfinya dalam masyarakat yang tertentu dan menyampaikannya kepada
seluruh manusia.

Dipetik dari risalah Hasan Al-Banna yang bertajuk Saranan Hasan Al-Banna kepada Pemuda