Friday, December 16, 2011

Perkongsian




Berjuang menempah susah
menanggung derita menongkah fitnah
itulah gelombang hidup samudera duka
seorang mujahid memburu syahid.......

Lagu ini didendangkan oleh kumpulan Nada Murni pada tahun 1990an.Ianya di 'up-date' kembali oleh kumpulan Hijjaz yang juga merupakan bekas ahli Nada Murni pada era millenium ini.Walau siapa pun yang mengalunkan ,ianya mengingatkan saya pada waktu yang lampau.Pertama kali saya mendengarnya pada waktu umur saya baru mencecah 5 tahun.Lagu ini saya ulang dengar berkali-kali sehingga rosak kaset yang memutarnya ,hari ini entah ke mana kaset itu.Kini saya ikuti lagu asal dendangan Nada Murni ini melalui youtube.

 Walaubagaimanapun,tidak dapat dinafikan bahawa lagu ini membangkitkan semangat saya untuk terus berada di medan juang.Perjuangan adalah merupakan perbuatan yang cukup payah.Menuturkannya memang mudah tetapi melakukannya tersangat payah.Kesukaran berada di dalam perjuangan hanya Allah mengetahuinya ,tetapi Allah menjadikan sukarnya berada di dalam medan ini untuk memberi ganjaran yang cukup banyak kepada kita
Allah telah berfirman

والذين جاهدوا فينا لنهدينّهم سبلنا
mereka yang bejihad pada jalan kami akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami

Sekiranya Rasulullah sallallahualahiwasallam masih hidup di zaman sekarang,pasti Baginda teramat sedih melihat umat baginda di akhir zaman ini.Umat Islam terbahagi kepada pelbagai golongan.Mereka yang sibuk dengan ilmu memberi alasan untuk melepaskan diri dari perjuangan atas alasan ilmu.Golongan Sufi pula sibuk dengan majlis mereka sedangkan kerajaan yang memerintah terus menerus merosakkan aqidah rakyat.Golongan pro-salafi pula membesarkan isu-isu khilaf dengan mendakwa khilaf itu adalah bid'aah sesat.Kesemuanya itu menjadikan kerugian yang teramat besar buat umat islam dan perpecahan ini merupakan 'nasi tambah' bagi golongan kuffar dan anak buahnya.

Ayuhlah sahabat-sahabiah sekalian,buat masa ini hentikan dahulu 'jarum yahudi' ini.Kita bersatu menjatuhkan kerajaan hasil tarbiyah sekular di negara kita ini sekalipun ianya mungkin teramat pahit bagi sesetengah golongan.Namun ingatlah bahawa golongan yang menolong agama Allah pasti Allah menolong mereka...

perjuangan Islam tidak dihampar dengan permaidani merah
,tetapi perjuangan Islam dihampar dengan duri dan darah.

No comments: