Wednesday, December 8, 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog hamba yang dah dipenuhi sarang labah-labah dek kerana jarang di update kekonongan menyibukkan diri dengan kerja yang lebih awlawiyat.SALAM TAHUN BARU di ucapkan kepada semua,kali ini kita menyambut tahun baru bagi semua umat islam,sudah 1432 tahun hijrah.Saya tidaklah mahu membebel panjang hanya mahu bertanya kepada anda sekalian..APAKAH KESAN HIJRAH DALAM DIRI KITA?


  Setiap kali tahun Hijrah datang menjelma pasti pelbagai sambutan  di adakan meraikan kedatangannya,tidak kurang juga yang membidaahkannya,namun apakah kesannya kepada kita?hanya mengangkat sepanduk tahun baru hijrah?hanya mengupdate blog menulis mengenai hijrah?hanya diucapkan didalam facebook,twitter,status ym dan pelbagai catatan lagi?adakah hanya begitu kita meraikan tahun baru hijrah?lupakah kita bahawa disebalik kisah hijrah Nabi Muhammad-selawat salam atas baginda-penuh dengan peristiwa yang pahit dan manis di lalui Junjungan Baginda dalam melaksanakan misi hijrah yang diwahyukan Allah.

  Baginda dan para sahabat berhempas pulas dalam melaksanakan hijrah semata-mata untuk memastikan Islam terus bartapak di bumi sekalipun mereka yakin jika mereka tidak memerah keringat untuk Islam,agama ini tetap akan bertapak jua kerana dijaga Allah namun sifat ubudiyyah yang berada dalam diri mereka menjadikan mereka sanggup buat apa sahaja yang disuruh Allah sehingga titisan darah dan keringat yang terakhir.Golongan ini sangat yakin dan bermotokan biarlah diri mereka terkorban dan hancur berkecai ,jangan biarkan ISLAM yang hancur berkecai.Cukup berbeza watak dan perwatakan mereka dengan kita yang hidup di zaman akhir zaman ini,zaman yang dipenuhi alatan canggih,zaman maklumat di hujung jari,update sahaja blog anda dalam satu saat terus dapat dibaca oleh seluruh manusia yang mendiami bumi ini di mana sahaja mereka berada baik di puncak gunung mahupun di dasar lautan.


  Sayangnya umat Islam kini leka dan lalai dengan kehidupan fana mereka,mereka yakin mereka akan mati dan akan dipersoal apa yang dilakukan mereka namun masih terus bergelumang dengan dosa dan noda,dosa menjatuhkan Islam ,dosa malas bekerja untuk Islam,dosa futur dalam perjuangan semuanya mereka tahu tetapi kerana nafsu didalam diri telah menjadi Tuhan maka apa yang di arahnya terus diikuti tanpa nilaian iman di dalam diri.Ayuhlah para sahabat yang membaca blog ini atau kebetulan membacanya atau ingin mencari blog lain tiba-tiba keluar laman ini,kita sama-sama berhijrah untuk mencari redha Allah kerana telah disabda Nabi Muhammad-selawat dan salam atas baginda-TIADA HIJRAH SELEPAS PEMBUKAAN KOTA MAKKAH TETAPI YANG TINGGAL JIHAD DAN NIAT..kita sama-sama berhijrah dengan bersungguh-sungguh menukar niat kita kepada niat yang betul selaras dengan syariat Allah,apapun status kita..ustaz,ustazah,doktor,doktorah,enggineer,pakar-pakar apa sahaja,kita adalah hamba Allah datang dariNya akan kembali kepadaNya.

Salam Maal Hijrah.kullu aam wa antum bikhoirin(^_^)

Monday, October 25, 2010

Al-Durr al-Nafis dan Martabat 7


Tajuk Asal kitab Durrun Nafis ialah Ad-Dur An-Nafis Fi Bayan Wahidah Al-Af'al wa Al-Asma' wa As-Sifat wa Az-Zat Zat At-Taqdis, Ertinya: Permata yang bernilai pada menerangkan keesaan perbuatan, Nama, Sifat dan Zat Allah.

Tarikh kitab ini ditulis - tahun hijrah 1200.

Martabat pertama daripada segala martabat tanazzul zat itu iaitu martabat AHADIYAH. Maka zahir padanya segala sifat dan asma' tetapi binasa keduanya itu di dalam zat dan iaitu martabat kunhi zat Allah s.w.t.
Tiada di atas martabat itu martabat yang lain. Sekalian martabat yang tersebut itu di bawah martabat ini jua.

Martabat kedua daripada segala martabat tanazzul zat itu iaitu martabat WAHDAH namanya. Iaitu zahir daripadanya segala sifat dan asma' dengan ijmal yakni perhimpunan iaitulah hakikat nabi kita Muhammad s.a.w. yang iaitu asal daripada segala yang maujud dan hayatnya.

Martabat ketiga daripada segala martabat tanazzul zat itu iaitu martabat WAHIDIYAH iaitu zahir padanya segala sifat dan asma' dengan mentafsilkan akan barang yang ada ia mujmal pada hadrat WAHDAH.
Pada hadrat WAHIDIYAH ini hasillah khitob dengan ini daripada Allah Taala itu firmannya: INNAHU ANALLAH ertinya bahawasanya Aku Allah.

Martabat keempat daripada segala martabat tanazzul zat itu ialah martabat alam AL-ARWAH iaitu sunyi daripada bersusun lagi keadaannya itu terhampar luas iaitulah hakikat segala ruh yang zahir ia atas segala zatnya dan seumpamanya.

Martabat kelima daripada segala martabat tanazzul zat itu ialah martabat alam AL-MISAL ertinya segala perkara yang dijadikannya berupa yang halus yang tiada menerima bahagi.

Martabat keenam daripada segala martabat tanazzul zat itu ialah martabat alam AL-AJSAD ertinya iaitu segala perkara yang dijadikan berupa lagi kasar yang menerima bahagi.

Martabat ketujuh dari segala martabat tanazzul zat (penurunan Zat) itu menghimpunkan bagi segala martabat yang enam dahulu ialah martabat tajalli dan libas (pakaian) yang akhir iaitu martabat INSAN namanya maka inilah tujuh martabat.

...cinta Adam dan cinta Hawa

                                            (sekadar hiasan:atef dan aisyah jangan marah ye..anda berdua jadi model..huhu)

Allah isikan bahagian Adam yang daripadanya muncul Hawa dengan keinginan terhadapnya (Hawa) kerana tidak seharusnya ada kekosongan pada kewujudan. Bila Dia isikan pada Adam keinginan, Adam merindui Hawa sebagaimana dia merindui dirinya sendiri kerana Hawa adalah daripadanya. Hawa merindui Adam kerana Adam adalah asalnya di mana dia diciptakan. Cinta Hawa adalah kecintaan kepada asal usul, dan kecintaan Adam adalah cintakan diriny sendiri. Kerana sebab itu, kecintaan lelaki kepada perempuan menyata kerana perempuan adalah sama dengannya, dan perempuan pula diberikan bakat yang ditentukan dengan sifat pemalu dalam menyintai lelaki. Perempuan mampu berahsia kerana asal usulnya tidak disatukan kepadanya seperti Adam disatukan kepada Hawa.

Allah gubahkan dalam tulang rusuk itu semua yang Dia gubahkan dan ciptakan pada jasad Adam. Pembentukan jasad Adam dalam bentuknya sama seperti pembuat periuk menggubahkan daripada tanah liat dan bakaran. Pembentukan jasad Hawa sama seperti tukang kayu gubah ukiran pada kayu. Bila dia ukirkan Hawa dalam tulang rusuk dan tentukan bentuknya, sempurnakan pembentukannya, ditiupkan padanya daripada roh-Nya. Hawa mendapat tempat sebagai perempuan yang hidup dan boleh berkata-kata, mengambil tempatnya dalam pembiakan. Adam berasa tenteram dengan Hawa dan Hawa berasa tenteram dengan Adam. Hawa adalah “pakaian Adam dan Adam pakaian Hawa” Allah berfirman,

“Mereka adalah pakaian kamu dan kamu pakaian mereka” (2:187).
Keinginan menjalar kepada seluruh bahagian jasadnya dan dia mencari Hawa.

Friday, October 8, 2010

MALAYSIAKU INDAH

Malaysia indah tanah air tercinta,
Tanah tempat tumpahnya darahku,
Tempatku diasuh dan menimba ilmu,
Negara dimana perjuanganku diasaskan.

Kini Malaysia nun jauh dimata,
Tapi dekat di hati kerana tempat lahirnya cita,
Ia akan jadi tapak Daulah Islamiyah
Ia pasti akan jadi kerana telah disabdakan Baginda,

Bila sampai masanya,
malaysia ini bercahaya,
dengan kemakmuran dan keadilan,
tiada siapa dapat menghalang
tiada siapa dapat menentang,
kerana itu aturan Tuhan.

Zaman itu zaman kemenangan
zaman Islam begemerlapan
Siapa yang menentang dia menentang Tuhan
Siapa yang menghalang Allah pasti bagi balasan

Wahai muslimin sekalian
bangkitlah jangan kelam
jangan dilekakan dengan kebatilan
hatimu itu jangan ditidurkan
kejutkanlah ia dengan Al-Quran
Pakaikan ia dengan Islam
Jangan biarkan ditembusi bisikan syaitan.

Ingatlah wahai anak didik sekular,
akan peristiwa khaibar yang menggerunkan bapamu yahudi,
peristiwa itu akan berulang,
bagi menegakkan Islam

Malaysiaku indah
Dengan panorama dan rakyatnya
Dengan belukar dan lautnya
Tetapi tersangatlah indah jika semuanya
di bawah taklukan ISLAM.

p/s:puas duduk mengadap laptop maka terhasillah pantun k syair tak tahulah.dengan baitnye tak same,ayatnye tak sedap,perkataan tak bombastic....antum bace je lah ye..(^_^)

Thursday, October 7, 2010

USLUB DAKWAH DAN CARA BERBICARA DI HADAPAN UMUM


Dan huraian yang telah lalu, sewajarnya tidaklah diambil pengertian,
bahawa pintu da’wah itu hanya satu saja, iaitu menyakinkan orang yang diseru
tentang ajaran Islam. Bahawa da’wah harus dimulai dengan ‘aqidah, menetapkan
adanya Allah Subhanahu Wata’ala dan di akhiri dengan menetapkan agama
Islam sebagai peraturan hidup dan bahawa memulai kehidupan menurut Islam
dan menegakkan hukum Islam adalah wajib hukumnya bagi tiap-tiap orang
Islam…!


Sebenarnya tidak demikian halnya. Dalam fasal ini akan diterangkan
Jalan Da’wah, yang dimaksudkan ialah kebijaksanaan Da’ie mencari pintu yang
memungkinkan ia dapat memasuki jiwa mad’unya, sehingga ia berhasil
meyakinkan mad’unya tentang kebenaran ajaran yang dikemukakannya itu dan
dapat menarik mad’unya untuk turut bergerak. Dalam masalah ini, seharusnya
kita bertolak dari hukum-hukum Syara’ yang kita jadikan sebagai landasan
gerakan dan tindakan kita. Dengan demikian, gerakan Islam itu tidak hanya
merupakan usaha mendadak yang dilakukan tanpa perhitungan dan banyak
dipengaruhi oleh perasaan, kemahuan dan pendapat seseorang. Usaha yang
demikian, malahan mungkin akan menyimpang dari ketentuan yang asal, dan
peraturan yang ditetapkan oleh agama.  Ajaran agama itu seharusnya
terpelihara dari penyelewengan dan penyimpangan!


Mudah difahami bahawa masyarakat manusia pada masa sekarang ini
memerlukan usaha yang akan menarik perhatian mereka kepada agama Islam.
Mereka perlu diinsafkan tentang kewujudan Islam sebagai Peraturan Hidup.
Islam seharusnya dijadikan Pimpinan Ikutan dan Imam yang akan memberi
petunjuk yang jelas di tengah-tengah arus dan kekuatan alam yang saling
bertentangan. Dan mudah juga difahami, bahawa usaha menarik perhatian ini
merupakan langkah pertama, pengantar yang dikerjakan lebih dahulu, sebelum
dimulai usaha meyakinkan mad’u tentang kebenaran ajaran Islam. Malahan,
usaha menarik perhatian ini merupakan rangsangan pertama yang
dimaksudkan untuk mempersiapkan akal dan jiwa mad’u, supaya
terangsang dan bersedia menerima ajaran Islam itu.


Tuntutan Islam untuk melaksanakan usaha menarik perhatian ini dapat
dilihat dengan jelas, jika kita mengikuti cara-cara Al-Qur’an dan Sunnah
RasuluLlah SaLlaLlahu ‘alaihi Wasallam dalam mengetengahkan da’wah di
kalangan masyarakat. Sebagai contoh misalnya, Al-Qur’an berulang kali menarik
perhatian orang-orang musyrik untuk mendengarkan ayat-ayat Al-Qur’an itu.
Beberapa Surah dimulai dengan huruf-huruf Hija’iyyah ( الحروف الهجائية ) seperti
الم) )dan sebagainya. Huruf-huruf yang terputus-putus ini mempunyai pengaruh
yang besar dalam menggugah perhatian kaum Musyrikin, mendorong mereka
untuk diam, tenang dan mendengarkan lanjutannya baik-baik; walaupun
sebenarnya kaum Musyrikin itu sering menutup telinganya dengan hujung
jarinya, jika mereka mendengar ayat-ayat Al-Qur’an sedang dibacakan!


 Method yang diterapkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam dalam
berda’wah, tidak lain ialah penafsiran secara ‘amali tentang pengarahan ,
Allah Subhanahu Wata ‘ala dalam firman-Nya:
ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِ َ ظةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ َأحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ
هُوَ َأعَْلمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ َأعَْلمُ بِالْمُهْتَدِين
“Ajaklah ummat manusia ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan dengan nasihat
yang baik…”
(Surah Al-Nahl: Ayat 125)
يُؤتِي الْحِكْمََة مَن يَشَاء وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمََة َفَقدْ ُأوتِيَ خَيْرًا َ كثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ ُأوُْلوْا
الأَلْبَاب
“Barang siapa yang diberi nikmat kebijaksanaan, maka sesungguhnya ia telah diberi
kebaikan yang banyak”
(Surah Al-Baqarah: Ayat 269)


Kebijaksanaan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam ialah berusaha
menggerakkan jiwa orang yang diserunya secara tidak langsung.Sebagai contoh
pernah ada seorang pemuda minta izin kepada beliau supaya diperbolehkan
berzina. Maka Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam berganti tanya dengan
pemuda itu apakah ia senang, kalau orang berzina dengan ibunya… dengan
saudaranya yang perempuan… dengan anak puterinya… sehingga akhirnya
orang itu insaf. Demikian juga, kebijaksanaan baginda dapat dilihat dalam cara
baginda menarik perhatian orang kepada Islam, dan membimbing orang itu ke
jalan yang benar, pada waktu seorang lelaki datang lalu mengatakan ia mahu
masuk Islam, tetapi merasa berat untuk mengamalkan ajaran-ajarannya yang
banyak. Maka Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:
هل تعا هدنى على ترك الكذب
“Maukah engkau berjanji dengan saya untuk meninggalkan
berdusta?”
Orang itu mengira, tentu ringan sekali, ia diperintahkan meninggalkan
satu dosa saja, iaitu berdusta. Orang itu bersedia dan lalu masuk Islam. Tetapi
kemudian setiap ia teringat akan mengerjakan sesuatu perbuatan yang tidak
baik, ia selalu teringat akan janjinya. Ia merasa, bahawa besok atau lusa, kalau
bertemu dengan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam maka ia mesti mengakui
perbuatannya di hadapan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam dan tidak boleh
berdusta. Ia merasa segan dan malu, lalu tidak jadi mengerjakan pekerjaan yang
tidak baik itu…! Demikian, akhirnya ia betul-betul menjadi orang baik…!


Demikianlah seterusnya, kebijaksanaan yang baginda tunjukkan dalam
menyampaikan ajaran Islam kepada mad’unya sesuai dengan kemampuan daya
fikir mereka dan dengan nada yang dapat memberi kesan ke atas mereka. Dan
pernah juga baginda menggerakkan suatu pohon besar, sebagai tanda benarnya
keNabian beliau, di hadapan seorang Badwi yang datang menanyakan mukjizat
beliau. Oleh sebab itu, maka termasuk kebijaksanaan dalam berda’wah, menarik
perhatian masyarakat kepada Islam, berbicara dengan mereka dalam bidang
yang dapat mereka fahami dan dengan nada yang menyebabkan mereka
terangsang! Perlu diingatkan bahawa manusia itu berlain-lainan dalam segala-galanya,
dalam kecerdasan dan ilmu pengetahuan, dalam tabi’at dan
perasaannya! Dan juga berbeza-beza pula jalan fikiran dan daya fahamannya,
serta kemahuan dan bakatnya. Kesemuanya ini mengharuskan Da’ie memilih
pintu masuknya yang sesuai, untuk mempengaruhi jiwa mad’unya dan memilih
cara yang sesuai dengan taraf kecerdasan orang-orang yang diserunya itu!
 

Memang banyak kunci yang dapat dimanfaatkan untuk membuka pintu hati
seseorang. Banyak bahan yang dapat dijadikan sebagai pengantar untuk
meyakinkan mereka. Di antaranya:


1. Da’ie mengemukakan suatu jalan keluar terhadap sesuatu masalah hidup yang sedang
dihadapi oleh mad’unya. Atau Da’ie menawarkan jasa untuk menyelesaikan kesibukan
mad’unya itu.


2. Da’ie mengetengahkan suatu jalan penyelesaian terhadap sesuatu persoalan politik
yang sedang hangat dan menyerabutkan fikiran masyarakat.


3. Da’ie mengadakan suatu kunjungan persahabatan (ziarah) yang mesra kepada
seseorang, atau berbicara dengan mesra dalam sesuatu pertemuan menunggu acara
dimulai atau pada waktu sama-sama berangkat ke masjid atau sama-sama pulang dari
masjid.


4. Da’ie menulis sesuatu rencana (artikel) dalam Majalah atau Harian.
 

Demikianlah beberapa contoh cara menarik perhatian mad’unya. Dan
Da’i tentu saja dapat memikirkan contoh yang lain-lain yang dapat
menggerakkan fikiran dan perasaan mereka dan menyebabkan mereka lalu
terangsang.


Gerakan Islam dapat menarik perhatian orang kepada Islam, melalui
celah-celah persoalan hidup yang mereka hadapi, baik yang kecil ataupun yang
besar. Apalagi kalau misalnya Da’ie turut mengambil bahagian dalam
menyelesaikan sesuatu persoalan yang penting dengan cara yang baik, terutama
persoalan politik. Kalau Da’ie pandai memberi jalan keluar yang sesuai dengan
ajaran Islam dan di bawah sinar Islam, maka penyelesaiannya itu mungkin akan
menampakkan kepada masyarakat, bagaimana kekeliruan politik yang sedang
diterapkan. Apa yang perlu Da’ie harus bersabar, kerana mungkin untuk
timbulnya kesedaran itu memerlukan waktu. Namun selanjutnya, peristiwa itu
akan mengarahkan pandangan masyarakat kepada Islam. Tingkah-laku dan
perjalanan Da’ie akan menjadi contoh yang mendorong mereka untuk
mempelajari lebih banyak lagi, fikrah-fikrah serta pengertian dan pandangan
Islam.

 
Dengan demikian jelaslah, bahawa Da’wah dalam bentuk Harakah
Islamiyyah akan dapat memanfa’atkan setiap persoalan yang timbul di kalangan
masyarakat untuk menarik perhatian masyarakat, sehingga mereka bertindak
melenyapkan tradisi- tradisi Jahiliyyah yang masih ada. Secara tidak langsung,
akan menyebabkan perhatian mereka tertarik kepada Islam, mula-mula dengan
dorongan ingin tahu bagaimana Islam itu selengkapnya. Lalu Da’i berusaha
supaya mereka mempelajari cara berfikir dan buah fikiran berdasarkan ajaran
Islam dan bagaimana ni’matya berpegang serta beriltizam dengan prinsip-prinsip
Islam. Mereka akan merasakan keagungan Islam, lalu turut
menikmatinya dan berjihad menegakkan ajaran-ajarannya.

Wednesday, October 6, 2010

JAGA MATA HATIMU



Buta mata tak nampak jalan didunia,
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu kemana hendak dituju kehilir atau ke hulu,
Selamatlah di dunia fana ini bilamana mata tidak buta…………….

Salam pertemuan kembali,segala puji bagi Allah dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad..hari ini tangan rasa tergerak untuk menulis seusai mendengar lagu lama yang didendangkan oleh kumpulan Arqam pada waktu dahulu dan dinyanyikan kembali oleh kumpulan Saff One.

Kata-kata yang tiba-tiba menyentuh sanubari untuk menulis post kali ini…..iaitu berkaitan Buta Mata.Mata kita jika buta di dunia ,kita akan sesat jalan sehingga menyukarkan untuk bergerak ke sesuatu tempat disebabkan tidak dapat melihat.Pada waktu itu kita memerlukan seseorang untuk membawa kita ke mana sahaja kita mahu pergi.Apabila ingin bangun dari tidur menuju ke dapur,seseorang yang buta matanya akan meraba-raba mencari sesuatu untuk dicapai bagi memudahkan dirinya rasa terpandu.Dirinya akan bergantung kepada sesuatu samada dinding,meja dan sebagainya apabila hendak bergerak walaupun dalam keadaan persekitaran yang terang-benderang sekalipun disebabkan si buta itu berada dalam kegelapan buta mata.

Manusia sering menjaga mata zahirnya daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan mata kerana bimbang matanya buta.Tetapi mereka lupa untuk menjaga mata hatinya yang teramat penting untuk dijaga sehingga menyebabkan mata hatinya buta.Bila mata hati buta samalah keadaannya dengan buta mata zahir,berada dalam kegelapan kebenaran biarpun yang menyuluh kehidupannya itu seorang ulamak kerana mata hati sudah buta.

Seseorang yang buta mata hatinya memerlukan ‘tongkat’ untuk memandunya kea rah kebaikan.Individu yang mampu untuk membimbing si buta mata hati sangat diperlukan terutamanya zaman ini kerana manusia sudah buta mata hatinya .Lihat sahaja peristiwa-peristiwa yang diluar jangkaan kita berlaku di hadapan kita seperti bunuh,rompak,zina,cabul dan sebagainya.Anak-anak muda semakin leka dengan dunianya kerana mata hatinya sudah ditutup dengan hiburan,keseronokan dan kemaksiatan.

Saya menyeru kepada orang-orang yang disebut sebagai ustaz,ulamak dan setarafnya turun dalam membantu masyarakat kita yang semakin buta mata hatinya.Untuk merawat penyakit mata hati perlu kepada kuasa yang membolehkan kita menyekat sumber penyakit buta mata hati ini kerana jika kita merawat dan terus merawat tetapi sumber penyakitnya masih berterusan maka sia-sia sahaja kerja kita ibarat kita ingin mengelak penyakit demam denggi kita hanya memasang kelambu tetapi tidak memusnahkan tempat pembiakan nyamuk maka nyamuk akan terus menyerang dan merebakkan penyakit.

Bersama-samalah kita dalam gerakan dakwah agar hati kita terjaga dan dapat mengelakkan daripada terus buta juga dengan gerakan dakwah kita dapat menyekat sumber-sumber yang boleh merosakkan mata hati kita.

Tuesday, October 5, 2010

MURNIKAN PERJUANGAN MAKNAKAN KEMENANGAN





Dengan nama Allah,Segala kepujian ditinggikan kepadaNya dan selawat serta salam keatas kekasihNya Nabi Muhammad.Salam perjuangan ,

Sudah lama menyepi dari menulis kerana menyibukkan diri dengan beberapa kerja yang mungkin pada pandangan saya termasuk dalam amal islami tetapi tidak pada golongan yang lain.Apepun saya hanyalah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dewan Pemuda PAS Pusat kerana telah mengadakan Ijtimak Tarbawi yang julung kali diadakan setelah kebelakangan ini agak menyepi aktiviti-aktiviti tersebut sehingga menimbulkan beberapa kata-kata yang tidak senang kepada sebuah gerakan Islam yang pertama ini bertapak di Malaysia.

Ada suara-suara yang mengatakan gerakan ini tiada tarbiyah,tiada ‘kesufian’,gerakan ini kotor kerana memasuki bidang politik dan sebagainya.Kata-kata yang agak memeritkan bagi orang yang baru memasuki gerakan ini namun ayat Allah telah mendahului dalam memberitahu bahawa apabila kita berintima’ dengan Islam maka akan ada kata-kata cemuhan dan ejekan serta cercaan.Sirah Nabi telah mendahului ini semua dan gerakan yang mengikuti perjuangan yang sama akan turut merasainya maka terimalah dengan hati yang terbuka kerana ia merupakan sunnatullah bagi sebuah gerakan Islam.

Bagi individu-individu yang ingin menjadi pendokong kepada gerakan ini perlulah melalui tarbiyah sebagaimana yang dilalui oleh para sahabat ridhwanullah ajmaiin.Jika sekiranya kita mendokong gerakan islam yang waqii seperti PAS tetapi tidak melalui tarbiyah maka kita akan menjadi batu penghalang kepada kemenangan Islam.Individu atau kumpulan yang menyimpan dendam kepada gerakan Islam akan mengambil peluang untuk menjatuhkan Islam.

Oleh sebab itulah bagi individu yang ingin mendokong perjuangan ini terutamanya golongan muda perlulah menjadikan diri mereka berakhlak sebagaimana Sayyidina Rasulullah(selawat dan salam atas baginda) dan para sahabat,bersungguh dalam menuntut ilmu sebagaimana ulamak agar manusia yang membenci gerakan ini tidak akan mengatakan pendokong Islam dangkal ilmu.Bersungguh dalam memperjuangkan Islam agar kumpulan yang mengatakan gerakan Islam ini tiada tarbiyah tidak ada peluang melancarkan tombak mereka yang dipenuhi racun kebencian itu.

Akhir kata perjuangkan Islam sepenuh hatimu dan dirikan Daulah Islam dalam hatimu nescaya akan tertegak pada negaramu

Monday, September 27, 2010

Cinta Kita Berdua

Nabi muhammad yang dirindui,
Dirimu yang mulia tetap di hati,
Datangku ke maqam cucumu sayyidina husein bertawasul,
Tiada lain permintaanku hanya untuk bertemu dirimu

Namun sehingga kini tidak pernah walau sekali kita diizin untuk bertemu
Walau hanya sebentar jua sekalipun didalam mimpi.

Ya sayyidi ya Rasulallah
Agaknya bila Allah perkenankan pertemuan kita berdua?
Sungguh rindu untukku mendengar kalammu
Sungguhku cinta untuk melihat wajahmu yang tidak pernah sesiapapun puas meniliknya
Sungguhku taksub untuk menghafal setiap apa yang keluar dari mulutmu yang mulia

Begitu bergetar hatiku bergoncang
Meronta dan memberontak kerana dirinya diserang oleh syaitan dan nafsu
Berjuang dan berperang untuk memenangkan malaikat
Agar bisikan yang datang meresap masuk
Adalah datang dari nur ilahi

Ya Allah Yang Maha Hidup Tidak Mati
Ya Allah Yang Maha Mulia Tidak Hina
Ya Allah Yang Maha Pemurah Tidak Bakhil
Ya Allah Yang Memiliki Langit Bumi Dan Isinya

Dengan kemuliaan dan namaMu aku bertawasul sekali lagi
Agar pertemukan diriku dengan kekasihMu yang mulia
Agar diriku semakin bersemangat menegakkan kalimahMu
Agar diriku semakin rapat kepadaMu,Mudah-mudahan hatiku tiada lain hanyaMu sahaja Ya Allah

Monday, August 23, 2010

. BAGAIMANA KITA MENYERU KEPADA ISLAM?

A
Da’wah ditujukan kepada ummat manusia… seluruh manusia…, dalam
keadaan umurnya yang berbeza-beza, serta tingkatan kedudukannya di
kalangan masyarakat di samping kecerdasan dan alam lingkungannya, dan
kemahuan serta jalan fikirannya…! Kesemuanya berlain-lainan!

Hal ini menyebabkan para da’ie harus menjadi orang-orang yang
bijaksana, mahir dalam menyampaikan pendapat dan pengertiannya kepada
sasarannya iaitu manusia yang beraneka ragam itu…! Para da’ie harus mengerti,
dari mana pintu masuk ke tiap-tiap rumah, dan bagaimana caranya memasuki
rumah itu!

Para da’ie yang mendapat taufiq dan kejayaan ialah mereka yang
sanggup memberikan untuk tiap-tiap individu, apa yang diperlukannya, baik
berupa buah fikiran atau pun pengarahan. Da’ie mestilah berusaha meyakinkan
orang itu tentang kebenaran apa yang diajukannya, kemudian berusaha menarik
orang itu supaya bergerak mengamalkan apa yang diajarkannya. Da’ie harus
berbicara dengan gaya bahasa yang menimbulkan kesan dalam hati mad’unya.
Dan inilah rahsia yang terkandung dalam hadith Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
Wasallam:
نحن معاشر الانبياء امر نا ان ننزل الناس منازلهم ونكلمهم على قدر
عقولهم

“Kami, golongan Nabi-nabi, diperintahkan supaya menempatkan manusia sesuai dengan
kedudukannya masing-masing, dan supaya kami berbicara dengan mereka menurut taraf
kecerdasannya masing-masing.”
(Hadith riwayat Abu Daud)

Dalam hal ini, para penda’wah perlu memperhatikan hal-hal yang berikut:

1. Berkenalan dengan seseorang sebelum menyampaikan da’wah kepadanya:
Adalah suatu kewajiban bagi seorang da’ie, supaya ia berkenalan lebih
dahulu dengan seseorang yang akan menerima da’wahnya. Ia harus memahami
terlebih dahulu, bagaimana latar belakang kehidupan orang itu, bagaimana jalan
fikirannya, dan bagaimana pengertian dan gambarannya terhadap alam raya ini
Para penda’wah harus menyelidiki hal itu dengan mengadakan wawancara dan
sebagainya, sehingga ia menemui apa kekurangan dan kesulitan yang sedang
dialami orang yang diserunya itu.

Dengan demikian, para da’ie menemui pintu-pintu dan jendela-jendela,
yang mungkin dijadikannya sebagai batu loncatan untuk mengetuk pintu hati
orang yang diserunya itu. Jadi, harus banyak bergaul secara individu atau fardi,
dan mengadakan percubaan dan usaha, yang diharapkan akan membawa
kejayaan. Penda’wah mesti mencatat pengalaman-pengalamannya, kemudian, ia
berusaha menyampaikan da’wah kepada mad’u’nya itu disertai dengan
pengarahan dan memberikan contoh teladan yang menimbulkan kesan yang
menarik dan mempengaruhi jalan fikiran mad’u itu.

2. Dari mana penda’wah harus mulai dan bagaimana caranya.
Untuk menemukan titik yang tepat dalam menentukan tempat memulai
tugasnya, da’ie harus mengorbankan waktu yang tidak sedikit, supaya ia berjaya
dalam usahanya untuk meyakinkan mad’unya terhadap ajaran yang
disuguhkannya itu. Jangan sampai terjadi, da’ie salah memilih tempat tegak
yang akan menjadi titik tolak da’wahnya. Rasulullah berpesan:
ما لحد یحد ث قوما بحدبث لا تبلعه عقو لهم الا آان فتنة على بعضهم

“Tidak ada seorang pun yang membicarakan sesuatu kepada suatu golongan, dengan
cara yang tidak dapat mereka mengerti, kecuali akan menimbulkan kekacauan bagi
sebahagian di antara mereka.”

3. Sistematika yang akan dijadikan panduan:
Berdasarkan keterangan di atas, jelaslah bahawa perlu sekali ditetapkan.
Sistematika yang baik, agar supaya da’ie dapat mengetahui, bagaimana caranya
ia mulai berda’wah, dan dari mana titik tolak da’wahnya!
Pada detik-detik pertemuan pertama, da’ie harus berusaha keras untuk
benar-benar mengenali mad’u yang akan dihadapinya. Jika hal ini sudah
terlaksana, maka mudahlah ia memperbandingkan di antara satu mad’u dengan
mad’u yang lain, kira-kira bagaimana kedudukan mad’unya di kalangan
masyarakat, dan bagaimana cara menghadapinya. Selanjutnya, da’ie dapat
mengikuti tiga langkah yang berikut, sebagai ukuran dasar da’wahnya:

1. Pembentukan ‘Aqidah:
Membentuk ‘aqidah, maksudnya menciptakan cara berfikir yang benar,
terhadap alam raya serta manusia dan kehidupan ini. Untuk itu, paling minima
harus diyakinkan terhadap Rukun Iman, terutama Iman kepada Allah Maha
Pencipta. Usaha ini merupakan dasar dalam pembentukan keperibadian seorang
Muslim. Inilah asas dan titik tolak dalam menentukan langkah-langkah
selanjutnya. Dan inilah simpulan atau ikatan yang terbesar, pangkal terbukanya
simpulan-simpulan yang lain-lain.

Pembinaan ‘aqidah ini kemudian akan bersambung dengan pembinaan
amal. Mad’u harus diyakinkan bahawa Islam adalah pedoman hidup yang akan
menuntun manusia dalam memenuhi tuntutannya dalam kehidupan ini. Islam
berasal dari Wahyu ILahi, pemberian Tuhan Yang Maha Mengetahui dan Maha
Kuasa. Islam adalah peraturan yang lengkap, mencakup segala lapangan
kehidupan manusia Islam terbit dan filsafat alam yang murni yang akar-akarnya
berdiri sendiri. Sedang peraturan yang lain-lain, semuanya kurang lengkap,
kerana memang kekurangan dasar, kerana semuanya berasal dari manusia. Dan
sifat manusia yang hidup di sesuatu daerah, menyebabkan peraturan-peraturan
yang dibuatnya itu kurang tidak lengkap, kerana terpengaruh dengan alam
sekitar tempat ia berada. Inilah desakan yang menghimpit manusia sebagai
pembuat peraturan!

Untuk mengemukakan hal itu. Da’ie harus mempelajari fikrah Islamiyyah
secara mendalam dan harus juga mempelajari pendapat-pendapat dan
pemikiran-pemikiran yang lain-lain yang berada di luar Islam. Dengan
demikian. Da’ie dapat berusaha meyakinkan mad’unya tentang kekurangan
yang ada dalam peraturan yang lain dan bagaimana lengkapnya peraturan
dalam ajaran Islam.

2). Dan Iman menuju ‘Amal:
Kalau Keimanan mad’unya sudah baik, ‘aqidahnya sudah mendarah
daging, dan sudah sempuma kefahamannya tentang Islam, maka langkah
selanjutnya adalah peringkat ‘amal. Da’ie perlu berusaha mewujudkan teori
Iman itu dalam bentuk ‘amal, ‘ibadah, budi pekerti dan tingkah laku KeIslaman
yang benar. Inilah maksud sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam:

ليس الا یمان بالتحلى ولكن هوما وقر فى القلب وصدقه العمل.
“Iman itu bukanlah angan-angan dan juga bukan perhiasan; tetapi Iman itu adalah
sesuatu yang menetap dalain hati, dan dibenarkan dengan amal”
(Hadith Riwayat Al-Dailamy)

Sebenarnya uslub yang menjadi pegangan dalam pembentukan peribadi
Muslim menurut manhaj tarbiyyah Islamiyyah dimulai dengan meletakkan batu
pertama, iaitu mananam ‘Aqidah Islamiyyah, memperdalam dasarya di dalam
jiwa manusia. Ajaran Keimanan ini diturunkan lebih dahulu, lama sebelum
diturunkan perintah dan ajaran Islam tentang ‘Ibadah. Syari’ah dan pengarahan
kepadanya. Dan pasti hal ini tidak boleh dilakukan sebaliknya dengan cara
diajarkan amal dahulu baru diterangkan Iman…!
Urut-urutan ini timbul, kerana ‘ibadah, budi pekerti (akhlaq) dan
mu’amalah menurut Islam, itu semuanya adalah cetusan dari ‘aqidah dan salah
satu perwujudannya…! Dan menurut bagaimana dalamnya ‘aqidah dan amal…!
Dan sebagai fakta yang menguatkan dugaan ini, kita melihat bahawa perintah
‘ibadah dan hukum-hukum syara’ diturunkan setelah Rasulullah menunjuki kita
ke jalan yang lurus. Dan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam tidak lupa
meninggalkan pesan:
لان یحدى الله بك رجلا واحدا خيرلك من الد تيا وما فيها.
“Sesungguhnya, Allah menunjuki seorang manusia dengan berkat usahanya, itu lebih
baik, bagimu daripada dunia ini dan segala isinya.”
(Hadith riwayat Al-Tabrani)
Dan Allah Subhanahu Wata’ala memberi peringatan:
وَقُلِ اعْمَُلوْا َفسَيَرَى اللّهُ عَمََلكُمْ وَرَسُوُلهُ وَاْلمُؤْمِنُو َ ن وَسَتُرَدُّو َ ن إَِلى عَالِمِ الْغَيْبِ
وَالشَّهَادَةِ َفيُنَبُِّئ ُ كم بِمَا ُ كنتُمْ تَعْمَلُون
“Dan katakanlah: “Beramallah kamu maka sesungguhnya Allah akan melihat amal
kamu, serta Rasul-rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Dan kelak kamu akan
dikembalikan kepada Allah, yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu
diberitakan-Nya kepada kamu, apa yang di dunia ini selalu kamu kerjakan.”
(Surah Al-Taubah: Ayat 105)

Thursday, August 5, 2010

Selamat datang Universiti Ramadhan Kareem


Segala puji bagi Allah Tuhan yang mentadbir dan menciptakan alam ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad serta ahli keluarga baginda dan para sahabat juga para pangikutnya hingga hari akhirat.

Kita masih berada pada bulan syaaban dan menunggu masuk pintu gerbang bulan yang cukup mulia yang merupakan satu pusat pentarbiyahan kepada semua umat Islam yang berada di atas muka bumi ini.Bulan Ramadhan yang cukup dikenali dan dirindui bagi mereka yang soleh tetapi tidak digemari oleh penggemar maksiat.

Seluruh umat Islam bersedia untuk menyambut ketibaan bulan Ramadhan.Mereka akan memastikan keperluan bagi menyambut bulan Ramadhan dibeli secukupnya agar bulan Ramadhan dapat disambut dengan sempurna.Namun,persediaan mereka terhadap kedatangan Ramadhan hanya dari sudut materialnya sahaja seperti kuih-muih,bahan-bahan makanan dan barang-barang yang berkaitan dengannya sahaja tetapi mereka lupa dan leka dari menyediakan persiapan yang paling besar iaitu dari sudut rohani.

Persediaan terhadap bulan Ramadhan mestilah dibuat dengan penelitian yang bersungguh-sungguh supaya kita dapat mengutip segala ganjaran yang terdapat di dalamnya.Jika kita masuk tetapi tidak membawa alat-alat untuk mengutip ganjaran bulan Ramadhan maka kita akan keluar daripada bulan Ramadhan dengan sia-sia seperti kita pergi ke tepi sungai untuk menangkap ikan namun kita tidak membawa alat-alat untuk menangkap ikan maka kita akan pulang ke rumah dalam keadaan hampa kerana perbuatan kita adalah sia-sia.

Persiapan untuk ramadhan mestilah dibuat dari sekarang iaitu pada bulan syaaban agar apabila kita masuk ke dalam institusi Ramadhan kita akan dapat menghayati dan dapat mentarbiyah diri kita supaya keluar dari bulan Ramadhan hasilnya dapat dilihat dan berterusan sehingga kita bertemu Allah.

Apakah perkara yang patut kita lakukan ketika bulan syaaban ini bagi menghadapi Ramadhan?Pertama sekali ialah kita perlu bartaubat kepada Allah sebagaimana disebut dalam Al-Quran surah ar-Rum ayat 31 yang bermaksud:Hendaklah kamu sentiasa kembali kepada Allah(bertaubat)dan bertaqwa kepadaNya dan dirikanlah solat dan janganlah kamu masuk dikalangan orang-orang yang musyrik.

Didalam kitab Tajul Arus karangan ibnu atoillah juga meletakkan bab yang pertama mengenai taubat menunjukkan betapa taubat itu tersangat perlu bagi orang-orang islam kerana mereka tidak sedar melakukan dosa.Alat yang kedua pula sebagaimana firman Allah yag di atas ialah kita perlu bertaqwa kepada Allah iaitu dengan mengerjakan segala arahan dan meninggalkan segala laranganNya.Bab mengenai taqwa juga banyak disebut di dalam kitab-kitab karangan ulamak dan auliya bahkan Al-Quran sendiri menyebut bahawa :Semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang paling bertaqwa.
Perkara yang ketiga yang patut dilakukan oleh kita ialah mendirikan solat .Solat mestilah diadaptasikan dalam kehidupan kita bukan hanya didirikan di surau-surau ataupun tempat sembahyang sahaja kerana semua kita tahu bahawa falsafah solat itu tersangatlah luas.Oleh sebab itu Allah menyebut di dalam setiap ayat al-quran agar mendirikan solat bukan bersolatlah kamu menunjukkan bahawa solat itu perlu didirikan dalam kehidupan kita seharian.

Perkara yang terakhir di dalam ayat yang disebut Allah di atas tadi di dalam surah ar-Rum bahawa kita janganlah sekali-kali masuk dalam orang-orang yang musyrik,tidak kiralah syirik kecil ataupun besar kerana Allah melarang perbuatan menyekutukan Dia.Umat Islam pada hari ini hanya melihat perkara yang membatalkan solat,zakat,puasa mereka sahaja tetapi tidak menghiraukan perkara yang membatalkan syahadah mereka.Oleh sebab itulah apabila kita bergelar islam kita mestilah hidup dengan kehidupan Islam yang sebenar tidak memisahkan Islam dalam kehidupan seharian kita dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara.

Mudah-mudahan Institusi Ramadhan yang akan datng ini dapat mentarbiyyah ruh dan jasad kita agar menjadi seorang muslim sejati bukan muslim yang mengambil sebahagian sahaja islam dan meninggalkan sebahagian yang lain.

Monday, July 26, 2010

Bagaimana kita berdakwah?


Para da’ie yang bergerak di dalam gerakan Islam pada hari ini sangat
berhajat kepada suatu manhaj kerja dalam kerja-kerja mereka - dan sudut fikrah
dan harakah sebagai landasan perjalanan dalam usaha mereka menyeru manusia
kembali kepada Islam. Mereka memerlukan manhaj yang disusun dengan jelas,
teliti lagi terperinci agar darinya dapat melihat dengan terang jarak perjalanan
yang akan ditempuhi, ciri-ciri khusus serta sifat-sifatnya. Perkara-perkara ini
sangat penting diketahui untuk diambil sebagai pedoman agar para da’iee tidak
terseleweng dari jalan sebenar dalam kerja-kerja da’wah mereka. Dengan
demikian tidak lagi dikhuatiri mereka melakukan sesuatu yang merugikan Islam
pada hal mereka menyangka mereka melakukan kebaikan untuk Islam.

Untuk tujuan di atas, para da’ie memerlukan kepada suatu manhaj yang
memandu mereka dalam kerja-kerja mereka menyeru manusia kepada Allah
Subhanahu wata’ala, cara penyampaian yang berkesan serta meyakinkan, begitu
juga cara menentukan atau memilih tajuk-tajuk, bahan dan ruang-lingkup
ceramah atau perbicaraan yang ingin disampaikan agar orang yang mendengar
dapat menerimanya dengan rasa puas. Manhaj ini menurut pandangan saya
terdiri dan empat perkara pokok:

Pertama — Persoalan wajibnya Da’wah.
Sebenarnya beriman dengan Islam bererti kita wajib beramal untuk-Nya,
menyeru orang lain menta’ati ajaran-Nya, serta berjihad dan berkorban pada
jalan-Nya. Usaha-usaha demikian menuntut adanya jama’ah yang bersifat
gerakan kerana usaha-usaha yang dilakukan oleh individu (fardi) tidak mungkin
sama sekali dapat mencorakkan suasana kelslaman apa lagi menegakkan
masyarakat Islam.

Kedua - Persoalan memilih serta meneliti uslub (cara-gaya) yang baik untuk
diikuti dalam usaha menyeru manusia kepada Islam.
Adalah menjadi kewajiban ke atas para da’iee memilih cara (dan medan)
yang disertai dengan kadar kemampuan orang-orang yang diseru agar mereka
dapat menerimanya dengan baik. Dalam kerja-kerja ini para da’iee mestilah
memiliki ilmu pengetahuan yang luas serta bersikap bijaksana dan sentiasa
bersabar.


Ketiga - Persoalan bahan da’wah yang merupakan huraian dan garis-garis
besar Islam seperti ‘Aqidah dan Syari’ah kerana di atasnyalah Manhaj Islami
dibina. Permasalahan ini dengan segala perinciannya merupakan bahanbahan
yang wajar diketengahkan di hadapan orang yang diserunya.

Keempat - Persoalan terakhir yang perlu disebutkan ialah tentang tuntutan
(darurah) melaksanakan ‘amal Jama’iy yang bersifat haraki untuk perjuangan
menegakkan Islam. Sesungguhnya amal Jama’iy yang bersifat haraki
merupakan satu-satunya jalan yang dilalui oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam dalam usaha baginda membina Jama’ah Islam yang pertama. Usaha-usaha
yang dilakukan secara fardi (individu) sukar mendatangkan hasil jika
tidak terikat dengan tanzim haraki. Sesungguhnya semua kewajiban-kewajiban
ini difardhukan oleh Islam ke atas orang-orang Mu’min agar
mereka membina tanzim haraki (Harakah Islamiyyah) atau mereka
melibatkan diri di dalam Harakah Islamiyyah yang sudah sedia ada.

Monday, June 7, 2010

Al Masuniyyah(freemasonary)




Maknanya:Pembina-pembina yang bebas

Satu pertubuhan yang ditaja oleh Yahudi laknatullah untuk menguasai bangsa-bangsa yang lain dengan pelbagai cara walaupun buruk dan ganas ke arah jangka panjang menguasai dunia keseluruhannya kerana mereka mengatakan Nabi Sulaiman yang merupakan nabi di kalangan bani Israel pernah menguasai dunia.
Sejarah penubuhan Al masuniyyah(freemason)
Berlaku perselisihan pendapat kerana ia merupakan satu pertubuhan rahsia yang tidak tahu dengan jelas titik mula pertubuhannya. Pendapat yahudi yang sesat mengatakan bahawa yang menubuhkan freemason ialah Allah taala,ada yang mengatakan ialah Nabi Adam.

Pendapat yang paling kuat ,orang yang menubuhkan freemason adalah Raja Herodos Aqriva pada tahun 44 masihi.Raja yang membunuh Nabi Allah Yahya alaihissalam dan merancang untuk membunuh Nabi Allah Isa alaihissalam.Herodos menubuhkan freemason bersama-sama beberapa orang yahudi untuk menentang perkembangan agama kristian pada waktu tersebut.

Di antara pemimpin-pemimpin freemason:
1. Hiram adyut muadlami(zaman dahulu)
2. Mirabu-salah seorang pemimpin revolusi perancis
3. Gefroso
4. Porte
5. Jurji zaidan-seorang arab yang beragama kristian yang mengarang beberapa buah buku dan diantara yang dikarangnya ialah sejarah islam dan didalam buku tersebut penuh dengan penyelewengan.
6. Karl marx pengasas komunis
Sebab rahsia-rahsia freemason terdedah kerana ada diantara mereka yang tidak tahan dengan kekejaman yang dilakukan oleh freemason.Diantara orang yang mendedahkan rahsia ini ialah seorang jeneral turki General Atalkhan yang berkhidmat dalam tentera turki ketika peperangan dunia yang pertama ketika menangkap beberapa orang perisik yahudi dan didalam soal siasat terhadap perisik itu jeneral itu dapat merungkai rahsia rangkaian yahudi freemason.
Dasar-dasar dan ajaran Al masuniyyah

1. Mengingkari Allah,para Rasul,kitab-kitab Allah dan perkara ghaib seperti syurga dan neraka kerana merka menganggap itu semua adalah karut dan dongeng.
Di antara caranya dalam mengingkari semua ini mereka menganjurkan perpaduan semua agama iaitu Islam,yahudi dan kristian dan al marhum jamaluddin al afghani serta Syeikh Muhammad abduh pernah memasuki perpaduan pertubuhan ini kerana tidak menyedari rancangan freemason lalu mereka berdua keluar apabila menyedari mereka terperangkap dengan rancangan halus freemason.

2. berusaha menjatuhkan kerajaan yang tidak bekerjasama dengan mereka melalui pelbagai cara.apabila sesebuah kerajaan tidak dapat dikuasai freemason maka mereka akan menjatuhkan kerajaan tersebut dan antara badan pertubuhan yang jelas dibawah mereka ialah CIA iaitu badan pengintip Amerika kerana Amerika dikuasai freemason,begitu juga dengan Rusia.

3. Mengharuskan yang haram seperti zina dan menggalakkan pelacuran serta menggunakan perempuan untuk mempengaruhi pemerintah

4. Membahagikan bangsa-bangsa lain selain yahudi kepada beberapa kelas yang rendah dan berusahamelaga-lagakan antara bangsa yang lain dari yahudi itu agar tercetus peperangan di antara mereka supaya timbul masalah ekonomi,politik dan sempadan dunia agar mereka boleh berniaga senjata melalui peperangan itu dan ekonomi mereka meningkat melalui peperangan itu sekaligus melumpuhkan bangsa-bangsa selain yahudi yang memang perkara itulah diinginkan mereka.

5. Membekalkan senjata kepada orang jahat seperti perompak,pencuri,pengintip dan penyeludup dadah agar merosakkan akhlak ,politik,ekonomi dan segala-galanya.

6. Menimbulkan perbalahan kaum dan puak di dalam masyarakat dunia menimbulkan semangat kebangsaan dan fahaman nasionalisma agar tercetusnya peperangan di antara bangsa-bangsa di dunia.

7. Meruntuhkan akhlak dengan pelbagai cara seperti menggunakan alat sebaran am cetakan dan tayangan dengan memberi biaya dan menggalakkannya agar menimbulkan kegelisahan dalam beragama dan berakhlak dan menaburkan unsur-unsur kekufuran dan keganasan dalam filem-filem dan majalah-majalah agar pegangan akhlak manusia runtuh.

8. Menggalakkan rasuah dan keruntuhan moral dikalangan pemimpin-pemimpin dunia atau kerajaan dengan mengadakan kegiatan-kegiatan seperti itu agar sesebuah kerajaan itu lemah dan mengadaka pesta hiburan dan pelbagai kegiatan hiburan untuk meruntuhkan moral pemimpin.

9. Menjerat dan mengumpan orang-orang yang penting dalam masyarakat supaya mereka tunduk dengan kehendak freemason dan boleh diperalatkan.seperti memberi rasuah kepada pemimpin agar menurut kehendak freemason dan akan dibongkar kegiatan rasuah jika tidak mengikut mereka begitu juga mereka akan memberi perempuan kepada pemimpin untuk digunakan dan jika menolak kehendak freemason maka mereka akan mendedahkan kegiatan seksual pemimpin tersebut.tujuan yang dilakukan freemason terhadap pemimpin masyarakat supaya pemimpin tersebut menekan gerakan islam

10. Menubuhkan beberapa persatuan dan pertubuhan untuk menarik orang-orang yang terpenting supaya masuk dalam perangkap mereka seperti pertubuhan LION dan kelab Rotary

11. Menguasai belia-belia melalui kegiatan yang menggalakkan seperti kegiatan sukan,perlumbaan dan sebagainya lalu memasukkan dalam kegiatan itu unsur-unsur maksiat seperti pembukaan aurat,percampuran lelaki dan perempuan agar belia-belia terleka.

12. Melahirkan ideology-ideologi dan teori sesat seperti fahaman komunis,sosialis,kapitalis dan demokrasi barat. contohnya karl max pengasas komunis adalah yahudi,adam smith yang melahirkan kapitalis juga yahudi,Darwin yang melahirkan teori evolusi juga yahudi.begitu juga ajaran-ajaran sesat di dalam islam juga ditimbulkan oleh yahudi

13. Mempengaruhi pertubuhan-pertubuhan antara bangsa dalam semua bidang contohnya pertubuhan bangsa-bangsa bersatu,bank dunia.

Tujuan utama freemason adalah menguasai dunia dengan pelbagai cara.persidangan mereka di perancis 1923 masihi mendedahkan dalam jangka pendek mereka mengadakan beberapa parti politik yang menganut ajaran mereka untuk menguasai seberapa banyak manusia yang akhirnya boleh dipergunakan untuk melaksanakan kerja-kerja yang menguntungkan freemason.menurut kenyataan mereka yang dikeluarkan pada tahun 1744 bahawa mereka mempunyai jangka panjang menubuhkan negara antarabagsa yang berdasarkan demokrasi sebagai cara mencapai kuasa.
menurut protocol pendeta yahudi iaitu kenyataan rahsia pemimpin mereka mengatakan apabila tiba waktu kita berkuasa kita perlu menubuhkan cawangan masuniah di seluruh pelusuk dunia dengan menguasai orang-orang yang berkuasa di dalam masyarakat sekurang-kurangnya dapat maklumat yang baik untuk kita bagi keperluan dakyah.

Martabat ahli terbahagi kepada tiga

1. ahli-ahli diperingkat permulaan

2. ahli-ahli yang bersedia mengingkari ajaran agama ,negara dan umatnya sehingga bersedia bekerja untuk Yahudi.contoh mereka yang berada tahap ini ialah Charlches yang pernah memegang jawatan perdana menteri inggeris dan Balco yang pernah memegang jawatan menteri luar inggeris yang bertanggunjawab memeterikan perjanjian bersama yahudi untuk menyerahkan Palestin kepada mereka.

3. Freemason sejagat

Wednesday, June 2, 2010

PALESTIN DI BAWAH JAGAAN ALLAH


salam pertemuan di alam siber.saat jariku menaip keyboard ini tidak ku ketahui bagaimana nasib peserta konvoi misi kemanusiaan yang menghantar bantuan ke Gaza.Kelmarin baru sahaj mengetahui 20 orang yang terkorban dalam salah sebuah kapal konvoi tersebut.Betapa CELAKA DAN BIADAPNYA yahudi laknatullahualaih menyerang rombongan misi kemanusiaan tersebut.

Benarlah kata-kata Allah dalam Al-Quran bahawa:mereka orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan redha kepadamu sehingga kamu mengikut agama mereka.

perjanjian demi perjanjian dimeterai semenjak zaman Nabi-Nabi yang terdahulu sehingga zaman Nabi Sayyidina Muhammad p.b.u.h mereka yahudi laknatullah melanggar dan sehingga kini mereka terus melanggar perjanjian-perjanjian yang dimeterai.

Mereka golongan yahudi begitu benci sekali dengan golongan bangsa selain yahudi kerana kata mereka BANGSA SELAIN YAHUDI ADALAH BINATANG..

Maka tidak hairanlah mereka dengan rakusnya membunuh dan melakukan kepada orang selain bangsa mereka lebih teruk daripada binatang bahkan mereka sebelum ini membunuh Nabi-Nabi dikalangan bangsa mereka sendiri sebagaimana diceritakan di dalam ayat-ayat al quran.

Maka kita sebagai umat ISLAM sayugialah untuk menolong umat islam yang dilanda kesusahan dengan berdoa kepada Allah agar YAHUDI LAKNATULLAH DIBERI PERINGATAN OLEH ALLAH.Biarlah Allah yang memberi pengajarana kepada mereka.Cukuplah Allah sebagai wakil kita,tadahlah tangan bermohon munajat kepadaNya,bersihkanlah hati kita daripada sifat-sifat yang menghijabkan doa kita,hindarilah dosa-dosa yang menjauhkan kita dari Allah kerana pernah sayyidina Umar Al-khattab berkata kepada tenteranya aku lebih takutkan dosa kalian dari musuh kita.

Wahai saudara seagamaku seislam marilah sama-sama kita bertawakkal kepada Allah agar Allah melaksanakan PERINGATANNYA SEBAGAIMANA DIA PERNAH MEMBERI PERINGATANNYA KEPADA FIRAUN,NAMRUD,HAMAN,QARUN,KAUM NABI NUH,KAUM NABI LUT, KAUM THAMUD,DAN AGARA ALLAH MEMBERI PERTOLONGAN KEPADA UMAT ISLAM SEBAGAIMANA MENOLONG TENTERA NABI MUSA,TENTERA AL AHZAB..Ya Allah Ya zaljalaaliwal ikraam.

Sunday, May 9, 2010

Tugas-tugas Rasulullah s.a.w(pengembang risalah)

Risalah islamiyyah adalah risalah terakhir yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.Risalah ini berisfat sejagat(universal),bersepadu(intergiti),sesuai dengan tempat dan abadi sepanjang masa.
Jika kita renungkan isi kandungan Al-quran akan kita ketahui bahawa tugas-tugas risalah islamiyyah yang dipikul Nabi s.a.w ini begitu banyak sekali seperti menerima wahyu ,ilmu dan agama dari Allah s.w.t dengan tatacara tertentu ,membacakan wahyu,menyampaikan seluruh perintah Allah s.w.t .memperluaskan makna Al-Quran sekaligus menjelaskannya kepada manusia.sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud :”dan kami turunkan kepadamu Al-Quran agar engkau menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mareka memikirkannya.”-surah an-nahl:44

Tugas-tugas risalah islamiyyah itu juga mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya memimpin umat manusia dan mentarbiyyah para pengikutnya dengan pendidikan yang luhur bersesuaian dengan tahap keimanan mereka kepada Allah s.w.t.
Jika kita klasifikasikan tugas-tugas Rasulullah ini sebenarnya berdiri di atas tiga unsur yang secara dasarnya berkaitan antara satu sama lain dan tidak berpisah .
Firman Allah s.w.t:
Sebagaimana telah Kami utuskan kepada kalian seorang Rasul daripada kalian yang mambacakan ayat-ayat Kami kepadamu dan mensucikanmu dan mengajarkan kitab-kitab dan hikmah serta mengajarkanmu apa yang tidak kamu ketahui. ‘ surah al-baqarah:151

TIGA UNSUR POKOK RISALAH ISLAMIYYAH
1. Tablighul ahkam.(menyampaikan hukum-hukum syariat Allah )
2. Tanfizulhukmi.(melaksanakan pemerintahan mengikut syariat Allah)
3. Tazkiyatunnafsi.(membersihkan jiwa)


Tablighul ahkam ialah menyampaikan segala hukum-hukum agama kepada manusia iaitu perintah dan larangan serta halal dan haram dalam urusan ibadah dan muamalat.dimana unsure ini setelah peristiwa fitnah dimasa khalifah terakhir khulafa arrasyidin di ambil alih peranannya oleh para ulamak islam yang disebut faqih atau ulamak fuqaha.

Tanfizulhukmi ialah pelaksanaan kekuasaan pemerintahan,memimpin dan mengatur umat manusia dalam urusan agama dan kehidupan dunia.Maka Rasulullah bagi kaumnya adlah seorang pimpinan ,penguasa dan mengatur siasah islamiyyah yang menggabungkan duniawi dan ukhrawi serta membimbing manusia agar mereka kenal hakikat kehidupan dunia yang mereka lalui.Misi tugas ini setelah zaman fitnah tadi diteruskan peranannya oleh para khalifah daulah islamiyyah sehingga kejatuhan kerajaan uthmaniyyah dan diteruskan selepas itu oleh ulamak haraki.

Tazkiyatunnafsi ialah menyucikan serta mendidik jiwa umat .Kata zakah atau tazkiyyah dalam kamus moden disebut sebagai tarbiyyah kerana tazkiyyah adalah mendidik jiwa ,mengendalikan syahwat dan membuat penguasaan akal terhadap hawa nafsu serta menciptakan manusia-manusia yang mampu untuk menyelaraskan kelakuan peribadinya agar sesuai dengan kehendak Allah taala.Perkara ini mula dikenali oleh umat islam selepas zaman fitnah tersebut sebagai tasawwuf dan dikendalikan selepas zaman fitnah oleh ulamak sufi atau tareqat.

Tiga unsur pokok risalah islamiyyah ini terus berlangsung dari zaman Rasullah lalu diteruskan oleh khulafa arrasyidin sehingga muncul zaman fitnah di akhir zaman khalifah sayyidina Ali dan permulaan Daulah dinasti Umawiyyah .Rasulullah dan khulafa arrasyidin bertanggungjawab memikul tiga unsur pokok ini(tabligh,tanfiz dan tazkiyyah atau dalam bahasa modennya ialah taalim,siyasah dan tarbiyyah ruhiyyah).Tetapi apabila munculnya zaman fitnah di akhir zaman khilafah sayyidina Ali dan permulaan dinasti umawiyyah maka terpecahlah umat islam dan seiring terpecahnya umat islam itu maka dari urusan politik sehingga kepada sector kehidupan yang lain ,tiga unsure pokok tersebut terpecah dan berpisah.sejajar dengan perkembangan daulah umat islam,tiga unsure tersebut terpisah kepada tiga komponen dan dipegang oleh tiga golongan yang berbeza iaitu :taalim-Ulamak fuqaha,Tarbiyyah-Ulamak Tasawwuf dan siyasah-Khalifah haraki.

Setiap khalifah dalam daulah Islam dinasti umawiyyah kecuali khalifah umar bin abdul azizi, tidak lagi menjadi pemegang amanah dalam menyampaikan risalah islamiyyah yang tiga ini.Mereka hanya menumpukan dari sudut politik dan kekuasaan pemerintahan sahaja berlandaskan al-quran dan sunnah atau dalam bahasa modennya hanya menumpukan dari sudut harakinya .Adapun dua misi islam lagi dipegang dan dikendalikan oleh ulamak fuqaha sebagai pemegang tablighul ahkam iaitu pengembangan hukum-hukum islam yang bersangkutan dengan ibadah,muamalah dan hukum yang lainnya.Manakala misi yang satu lagi Tarbiyyah ruhiyyah pula diambil alih oleh ulamak tasawwuf yang mentarbiyyah ruh,akhlaq umat manusia yang mana pada pertengahan abad ke-2 hijrah ia dikenali sebutan sufi dengan karya-karyanya dituangkan ke dalam kitab tasawwuf.Dan keadaan ini terus berlaku sehingga runtuhnya kerajaan Islam keseluruhannya pada tahun 1924 masihi sehingga sekarang.

Monday, April 19, 2010

salam pertemuan kembali

Assalamualaikum bagi sidang pembaca blog sekalian,setelah begitu lama menyepi dalam ruangan ini tiba-tiba pada malam ini bersamaan dengan malam ulang minggu kelahiran Baginda Rasulullah hati terdetik untuk membuat satu entri bagi ruangan ini.

Saat dilahirkan Baginda Rasul runtuhnya istana qaisar,padamnya api majusi disebabkan datangnya cahaya islam yang dibawa bersama-sama kelahiran Rasulullah.Kegemilangan Islam yang bermula pada zaman itu terpancar sehingga kini biarpun berjuta kali cuba dipadamkan oleh puak-puak kufar sejak zaman Baginda sehingga hari ini.Orangnya berbeza tetapi wataknya sama.Dahulu dikenali dengan penyembahan berhala tetapi kini dikenali penyembahan ideologi dan fahaman barat..
Betapa ramai umat Islam yang terpengaruh dengan ideologi mereka dan lalai dibuai syurga dunia menyebabkan mereka ketawa dan bersenang hati melihat kita.

oleh itu,,sayugia marilah kita buktikan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad sayyidina kita dengan mengikut segala sunnahnya.Menentang kejahilan jahiliyyah di zaman moden dan menyedarkan umat islam yang tertidur batin mereka di dalam jaga mata mereka.

Sunday, March 7, 2010

RISALAH DAN RASUL







Risalah menurut bahasa ialah sesuatu diberikan ,perintah atau pesanan terdiri dari beberapa masalah yang sama jenis sedangkan majalah pula bermakna satu lembaran yang berisi hukum.
Rasul menurut bahasa ialah orang yang diperintahkan untuk menyampaikan risalah secara tunduk dan patuh.
Risalah menurut istilah ialah pengkhususan yang diberikan kepada sseeseorang hamba yang mana dengannya dia dapat mendengar wahyu Allah s.w.t berupa hokum taklifi dan diperintahkan untuk menyampaikannya.atau Allah s.w.t mengutus para rasulNya kepada manusia agar mereka menyampaikan wahyu yang diberikan kepadanya yang berupa keyakinan –keyakinan ,perintah ibadah ,hukum-hukum serta akhlak.
Ar-risalah berbeza dengan an-nubuwwah yang bererti pengkhususan yang diberikan kepada seseorang hamba yang mana dia dapat mendengar wahyu Allah s.w.t berupa hukum taklifi,baik diperintah untuk menyampaikan atau tidak.
Rasul ialah seseorang manusia yang diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan hukum-hukumNya .Imam al-kalabi dan al-farra mengatakan bahawasanya setiap rasul adlah nabi tetapi bukan setiap nabi itu rasul.Rasul ialah seorang manusia pilihan Allah yang akan menjadi saksi di antara Allah dan para hambaNya ,menyampaikan khabar gembira berupa pahala kepada orang-orang beriman di antara mereka sebagai habuan terhadap keimanan ,ketaatan dan perilaku baik mereka .Para Rasul juga member peringatan kepada orang-orang kafir yang berpaling dari kebenaran bahawa mereka akan mendapat seksa atas kekafiran dan berpalingnya mereka dari kebenaran.
Kewajipan seorang Rasul ialah menyampaikan perintah Allah dan mengajak manusia kepada ajaran yang diwahyukan kepadanya.
Hikamah pengutusan Rasul ialah Allah memenuhi semua keperluan hamba-hambaNya, ketenteraman dan teratur hidup hingga tercapai kebahagian dunia dan akhirat.