Wednesday, December 8, 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog hamba yang dah dipenuhi sarang labah-labah dek kerana jarang di update kekonongan menyibukkan diri dengan kerja yang lebih awlawiyat.SALAM TAHUN BARU di ucapkan kepada semua,kali ini kita menyambut tahun baru bagi semua umat islam,sudah 1432 tahun hijrah.Saya tidaklah mahu membebel panjang hanya mahu bertanya kepada anda sekalian..APAKAH KESAN HIJRAH DALAM DIRI KITA?


  Setiap kali tahun Hijrah datang menjelma pasti pelbagai sambutan  di adakan meraikan kedatangannya,tidak kurang juga yang membidaahkannya,namun apakah kesannya kepada kita?hanya mengangkat sepanduk tahun baru hijrah?hanya mengupdate blog menulis mengenai hijrah?hanya diucapkan didalam facebook,twitter,status ym dan pelbagai catatan lagi?adakah hanya begitu kita meraikan tahun baru hijrah?lupakah kita bahawa disebalik kisah hijrah Nabi Muhammad-selawat salam atas baginda-penuh dengan peristiwa yang pahit dan manis di lalui Junjungan Baginda dalam melaksanakan misi hijrah yang diwahyukan Allah.

  Baginda dan para sahabat berhempas pulas dalam melaksanakan hijrah semata-mata untuk memastikan Islam terus bartapak di bumi sekalipun mereka yakin jika mereka tidak memerah keringat untuk Islam,agama ini tetap akan bertapak jua kerana dijaga Allah namun sifat ubudiyyah yang berada dalam diri mereka menjadikan mereka sanggup buat apa sahaja yang disuruh Allah sehingga titisan darah dan keringat yang terakhir.Golongan ini sangat yakin dan bermotokan biarlah diri mereka terkorban dan hancur berkecai ,jangan biarkan ISLAM yang hancur berkecai.Cukup berbeza watak dan perwatakan mereka dengan kita yang hidup di zaman akhir zaman ini,zaman yang dipenuhi alatan canggih,zaman maklumat di hujung jari,update sahaja blog anda dalam satu saat terus dapat dibaca oleh seluruh manusia yang mendiami bumi ini di mana sahaja mereka berada baik di puncak gunung mahupun di dasar lautan.


  Sayangnya umat Islam kini leka dan lalai dengan kehidupan fana mereka,mereka yakin mereka akan mati dan akan dipersoal apa yang dilakukan mereka namun masih terus bergelumang dengan dosa dan noda,dosa menjatuhkan Islam ,dosa malas bekerja untuk Islam,dosa futur dalam perjuangan semuanya mereka tahu tetapi kerana nafsu didalam diri telah menjadi Tuhan maka apa yang di arahnya terus diikuti tanpa nilaian iman di dalam diri.Ayuhlah para sahabat yang membaca blog ini atau kebetulan membacanya atau ingin mencari blog lain tiba-tiba keluar laman ini,kita sama-sama berhijrah untuk mencari redha Allah kerana telah disabda Nabi Muhammad-selawat dan salam atas baginda-TIADA HIJRAH SELEPAS PEMBUKAAN KOTA MAKKAH TETAPI YANG TINGGAL JIHAD DAN NIAT..kita sama-sama berhijrah dengan bersungguh-sungguh menukar niat kita kepada niat yang betul selaras dengan syariat Allah,apapun status kita..ustaz,ustazah,doktor,doktorah,enggineer,pakar-pakar apa sahaja,kita adalah hamba Allah datang dariNya akan kembali kepadaNya.

Salam Maal Hijrah.kullu aam wa antum bikhoirin(^_^)