Wednesday, December 28, 2011

اتقان الملك بالتعديل السلك

FASAL 51 ITQANUL MULUK BITTA'DIL LISSULUK

ٍ"Sesungguhnya telah disifatkan dan disebutkan dan ditetapkan selama-lamanya Kerajaan Terengganu ini Kerajaan Islamiyyah Malayuwiyyah ialah yang dikatakan agama negeri dan kerajaan,maka tiadalah boleh sekali-kali sebarang agama lain dijadikan atau disebut Ugama Negeri ,sekalipun banyak bangsa dan agama diamankan dan dibenarkan masuk diam di dalam Negeri dan Jajahan Terengganu"

saya tertarik dengan fasa 51 ini setelah seminggu lebih membuat persiapan menebual para pemimpin gerakan Islam Terengganu berkaitan sambutan 100 tahun memperingati ITQANUL MULUK BITTA'DIL LISSULUK atau Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu.Ketika menebual Tuan Guru hj Hadi di kediaman beliau selepas sesi kuliah dhuha ,tuan guru mengulas bahawa 'Perlembagaan Negeri Terengganu ‘Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk’, ini berlaku di zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin (III) yang menunjukkan kepintaran beliau.

“Baginda Sultan mewujudkan Perlembagaan Negeri yang digubal oleh Ulama-ulama dan Pembesar negeri waktu itu. “Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk” itu nama Perlembagan Negeri Terengganu,......



Peranan kita (PAS) yang mencapai kemenangan (pilihan raya) besar tahun 1999. Kita (PAS) meminda Perlembagaan Negeri dengan meletakkan al-Quran, Hadis, Ijma’-ulama’ dan Qias sebagai hukum tertinggi.

“Ini kita (PAS) kembalikan semula kedaulatan Islam sebagaimana yang diasaskan oleh Nabi SAW yang tidak sempat disempurnakan oleh Sultan Zainal Abidin (III). Jadi kita kembalikan semula dan menjadi tanggungjawab kita'


ayuh saudara sekalian,,andaikata mahu mempertahankan undang-undang Allah dilaksanakan kembali di bumi TERENGGANU,pilihlah pemimpin yang beriman dan mahu menegakkan Islam..

Tuesday, December 20, 2011

buta mata

Buta mata tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu ke mana hendak dituju
Ke hilir atau ke hulu

Selamatlah di dunia fana ini
Bilamana mata tidak buta
Melalui pengalaman diri
Kerana jalan itu sudah biasa

Ada pedoman yang menunjuk kita
Tongkat di tangan membantu jua
Boleh jadi orang simpati yang membawa
Tapi jika buta hati menderita

Tidak nampak jalan menuju ke akhirat
Negeri yang kekal abadi
Tidak diukur, tidak diukur dengan mata
Kerana tiada kawan yang membantu
Tiada pengalaman yang memastikannya
Tiada pedoman menunjuk kita
Tidak ada yang simpati menolong kita
Dalam kegelapan terjun ke neraka

Menderita di negeri yang abadi
Tidak kembali ke dunia lagi
Tiada gunanya penyesalan diri
Oleh itu banyakkan 'amal dan bakti

Saturday, December 17, 2011

AsSyahid Syeikh Imaduddin Afat Al-Azhari

Sedih dan pilu serta sebak hati ini.Baru semalam saya 'post'kan catatan terbaru berkait dengan perjuangan,hari ini guru saya yang mengajar di ruaq atrak di Masjid Al Azhar dijemput Allah sebagai seorang AsSyahid.Beliau ditembak di dada semalam 16 Disember 2011 kerana menyertai protes di hadapan kabinet.Al Fatihah..


Tiada apa yang dapat dikatakan melainkan semoga Allah membalas perbuatan taghut tersebut..Namun disebalik kesedihan terdapat perasaan gembira.Guru telah memberi contoh yang terbaik kepada kami sebagai seorang pelajar al-azhar.Gololongan agamawan mestilah menjadi contoh terbaik sebagai seorang pejuang.Mestilah paling lantang dalam menegakkan kebenaran serta mencegah kemungkaran sekalipun peluru yang merobek diri.

Menitis air mata ini apabila melihat gambar-gambarnya...masih terbayang susuk tubuh ini mengajar di ruaq atrak Masjid Azhar.


Ya Allah yang menurunkan kitab ,Wahai Tuhan yang menggerakkan awan, Wahai Tuhan yang menghancurkan tentera Ahzab,Hancurkan mereka golongan Taghut dan sekutunya serta tolong dan bantulah kami...Hancurkan mereka dan bantulah kami..Hancurkan golongan penentang agamaMu ini,,

Ingatlah wahai penentang Allah,,hari ini kamu membunuh guru kami,,kelak kamu akan dibinasakan Allah..tunggulah azabnya.

Friday, December 16, 2011

Perkongsian




Berjuang menempah susah
menanggung derita menongkah fitnah
itulah gelombang hidup samudera duka
seorang mujahid memburu syahid.......

Lagu ini didendangkan oleh kumpulan Nada Murni pada tahun 1990an.Ianya di 'up-date' kembali oleh kumpulan Hijjaz yang juga merupakan bekas ahli Nada Murni pada era millenium ini.Walau siapa pun yang mengalunkan ,ianya mengingatkan saya pada waktu yang lampau.Pertama kali saya mendengarnya pada waktu umur saya baru mencecah 5 tahun.Lagu ini saya ulang dengar berkali-kali sehingga rosak kaset yang memutarnya ,hari ini entah ke mana kaset itu.Kini saya ikuti lagu asal dendangan Nada Murni ini melalui youtube.

 Walaubagaimanapun,tidak dapat dinafikan bahawa lagu ini membangkitkan semangat saya untuk terus berada di medan juang.Perjuangan adalah merupakan perbuatan yang cukup payah.Menuturkannya memang mudah tetapi melakukannya tersangat payah.Kesukaran berada di dalam perjuangan hanya Allah mengetahuinya ,tetapi Allah menjadikan sukarnya berada di dalam medan ini untuk memberi ganjaran yang cukup banyak kepada kita
Allah telah berfirman

والذين جاهدوا فينا لنهدينّهم سبلنا
mereka yang bejihad pada jalan kami akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami

Sekiranya Rasulullah sallallahualahiwasallam masih hidup di zaman sekarang,pasti Baginda teramat sedih melihat umat baginda di akhir zaman ini.Umat Islam terbahagi kepada pelbagai golongan.Mereka yang sibuk dengan ilmu memberi alasan untuk melepaskan diri dari perjuangan atas alasan ilmu.Golongan Sufi pula sibuk dengan majlis mereka sedangkan kerajaan yang memerintah terus menerus merosakkan aqidah rakyat.Golongan pro-salafi pula membesarkan isu-isu khilaf dengan mendakwa khilaf itu adalah bid'aah sesat.Kesemuanya itu menjadikan kerugian yang teramat besar buat umat islam dan perpecahan ini merupakan 'nasi tambah' bagi golongan kuffar dan anak buahnya.

Ayuhlah sahabat-sahabiah sekalian,buat masa ini hentikan dahulu 'jarum yahudi' ini.Kita bersatu menjatuhkan kerajaan hasil tarbiyah sekular di negara kita ini sekalipun ianya mungkin teramat pahit bagi sesetengah golongan.Namun ingatlah bahawa golongan yang menolong agama Allah pasti Allah menolong mereka...

perjuangan Islam tidak dihampar dengan permaidani merah
,tetapi perjuangan Islam dihampar dengan duri dan darah.

Monday, December 5, 2011

Al-Quran panduan hidup


 AL-QURAN MEMBERI PANDUAN ASAS DALAM MEMBAIKI MASYARAKAT

Al-Quran adalah pengumpul  segala cara untuk membaiki masyarakat secara
menyeluruh. Al-quran telah diturunkan ke atas Nabi s.a.w. dan dibacakan di kalangan
orang-orang mukmin dari satu ketika ke satu ketika bersesuaian dengan  keadaan, gejala dan musibah yang berlaku kepada masyarakat . 
Firman Allah:

“Demikianlah supaya Kami perkuat hatimu dengannya dan Kami (menurunkannya)
dan membacakannya kelompok demi kelompok. Tidaklah orang-orang kafir itu datang
kepada mu (membawa) sesuatu yang ganjil melainkan Kami datangkan kepadamu suatu
yang benar dan yang paling baik penjelasannya”.



Al-quran diturunkan dari peringkat demi peringkat sehinggalah sempurna wahyu itu  diturunkan dan dihafal di setiap dada orang islam dalam masa dua puluh tiga tahun . Allah telah kumpulkan di dalamnya untuk umat ini penjelasan tiap-tiap perkara
dasar dalam membaiki masyarakat. Apa yang didatangkan oleh al-quran itu ialah berkaitan perkara-perkara berikut:

(a) Ketuhanan (rabbaniah)

(b) Ketinggian jiwa manusia

(c) Ketetapan aqidah terhadap pembalasan

(d) Pengisytiharan persaudaraan di kalangan manusia

(e) Kebangkitan lelaki dan wanita seluruhnya serta pengisytiharan tanggungjawab
dan persamaan di antara keduanya dan penentuan tugas masing-masing.

(f) Jaminan dari masyarakat dengan ketetapan hak-hak hidup, kerja, kesihatan,
kebebasan, pelajaran, keselamatan individu dan penentuan sumber laba.

(g) Memelihara dua sifat semulajadi  memelihara jiwa dan mengatur kehendak perut
dan kemaluan.

(h) Kesungguhan dalam memerangi jenayah-jenayah besar.

(i) Menguatkan kesatuan umat ini menghapuskan seluruh unsur-unsur dan sebab
pecah belah umat.

(j) Mewajibkan umat supaya berjihad dalam menegakkan prinsip-prinsip kebenaran
yang didatangkan oleh sistem ini.

(k) Meletakkan negara bertanggungjawab melindunginya dan melaksanakan
objektfinya dalam masyarakat yang tertentu dan menyampaikannya kepada
seluruh manusia.

Dipetik dari risalah Hasan Al-Banna yang bertajuk Saranan Hasan Al-Banna kepada Pemuda

Wednesday, November 30, 2011

Hijrah

المسلم من سلم المسلمون من لسانه و يده والمهاجر من هاجر ما نهى الله عنه
Muslim yang sebenar adalah muslim yang menyelamatkan muslim lain dari bahaya lidahnya dan tangannya,Orang yang berhijrah yang sebenar adalah siapa yang berhijrah dari melakukan perkara yang ditegah Allah

Bulan Muharram baru saja menjengah beberapa hari.Peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w bersama pengikutnya dijadikan teks kuliah samada di kaca tv,radio bahkan ustaz-ustaz yang mengajar di kampung.Sayangnya mereka hanya menceritakan detik-detik peristiwa yang berlaku zaman Rasulullah s.a.w sahaja tanpa menghubungkan dengan situasi masyarakat kita pada hari ini.Ini menyebabkan peristiwa hijrah tidak 'hidup' dan berlalu begitu sahaja tanpa ada apa-apa pengajaran disebaliknya.

Peristiwa hijrah yang terbesar ini mempunyai pengajaran yang sangat agung dalam sejarah Islam.Dr said Ramadhan Al-Buti  melalui kitabnya yang berjudul Fiqhu Sirah menyatakan bahawa ibrah yang paling besar dalam peristiwa ini ialah Rasulullah s.a.w sanggup meninggalkan Bangsanya,Tanah Airnya yang dicintai kerana islam tersekat dalam bangsanya sendiri.Islam bukan hanya berlegar pada ibadah semata-mata,ianya perlu diNegarakan dan di Daulatkan agar islam itu tinggi dan dapat mentadbir seluruh alam.

Apabila Islam hanya berlegar pada peringkat ibadat sahaja maka kesyumulan Islam akan terhakis.Dengan itu,Rasulullah s.a.w meninggalkan bangsanya dan tanah air untuk mendaulatkan islam agar agama islam mendapat nafas baru dan dapat mengurus sistem manusia dari segenap sudut seperti sudut ibadat bagi individu dan sudut politik bagi negara.

Peristiwa Hijrah  sangat berkait rapat kepada kita umat Melayu yang beragama islam.Hari ini,umat Islam di Malaysia hanya mengenali islam dari secebis sudut sahaja.Rata-rata umat melayu Malaysia mengambil islam sebagai agama dalam hal sembahyang,berpuasa,menunaikan haji dan bernikah kahwin.Apabila diseru supaya menegakkan islam dalam negara dengan cara menyokong kumpulan Islam dalam pilihanraya agar agama islam ini mendapat tempat dalam politik ,mereka mencemuh dan mengejek,bahkan menghina serta mengutuk ulamak yang ingin mendaulatkan Islam dengan pelbagai cemuhan.Semuanya hasil kebodohan umat melayu dan kejahilan mereka tentang islam.

Justeru itu,saya menyeru kepada individu,keluarga,masyarakat dan semua warganegara Malaysia agar kita sama-sama berhijrah dari melakukan kemungkaran kepada melakukan kebaikan.Hindarkan kemungkaran menyokong dan mengundi kumpulan yang menentang hukum Allah kepada kebaikan menyokong dan mengundi  kumpulan islam yang ingin menegakkan negara berdasarkan al-quran,hadis,ijmak dan qias..wallahua'lam.

Wednesday, November 16, 2011

Kewajipan mengikut kitab Allah


                              

    كتاب الله عز و جلَ هو حبل الله من اتبعه كان على الهدى ومن تركه كان على ضلالة                        

Dari Zaid Bin Arqam yang diredhai Allah,katanya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Kitab Allah ialah tali Allah(yang membawa kepada rahmat Allah),sesiapa yang mengikutinya,keadaannya berada didalam petunjuk yang sebenar,dan sesiapa yang meninggalkannya(kitab Allah),keadaannya berada dalam kesesatan-Hadis Riwayat Imam Muslim.

Hadis yang dibentangkan di atas diambil daripada kitab Mustika Hadis yang disusun oleh Syeikh Abdullah basmeih.Di dalam menghuraikan hadis yang dibawa ini,penyusun memberikan faedah dan pengajaran daripada hadis supaya dapat kita jadikan panduan di dalam hidup kita seharian terutamanya  yang berada di akhir zaman ini iaitu :
1.     
             Kitab Allah ialah jalan perhubungan seseorang dengan Allah

Allah s.w.t ialah pencipta sekalian alam yang memerintah langit dan bumi serta tiada sesuatu terlepas dari kawalannya kerana semuanya bergerak dan diam mengikut aturan Allah.Setiap makhluk Allah seperti bukit-bukau dan pepohon,air sungai dan laut,planet-planet dan bulan bintang serta binatang liar dan ternakan, tunduk dan patuh pada perintah Allah azzawajalla.

Tidak pernah kita mendengar sekumpulan binatang dan haiwan ternakan berdemonstrasi membantah aturan Allah.Kita juga tidak pernah melihat paparan di dada akhbar ,sekumpulan lembu betina menuntut  hak sama rata antara jantan dan betina apatah lagi melihat mereka menyusun kumpulan untuk melawan hukum Allah kerana  makhluk Allah selain manusia dan jin mengikut segala peraturan Allah pada setiap waktu dan ketika.

Namun bagi manusia,hanya segelintir sahaja yang mengikut aturan Allah azzawajalla,sebahagian besar manusia lain menentang Allah baik secara terang atau secara senyap.Dengan sebab itulah sistem kehidupan menjadi pincang seperti timbulnya lambakan anak luar nikah,peningkatan jenayah seksual,jenayah pecah rumah ,jenayah  rompakan serta kes bunuh menakutkan berlaku setiap hari yang satu ketika dahulu kita merasakan agak mustahil berlaku di Malaysia.

Apabila manusia meninggalkan al-quran yang menjadi penghubung kepada Allah maka dia tidak dapat mengawal ke arah manakah hala tuju kehidupannya, manusia akan melakukan sesuatu perkara mengikut hawa nafsunya,apabila nafsu menjadi panduan hidup timbullah kepincangan dalam sistem kehidupan yang menimbulkan pelbagai kerosakan di atas muka bumi serta melahirkan kemusnahan sistem kemanusiaan .Benarlah kata Rasulullah bahawa apabila meninggalkan al-quran manusia teraba-raba  hidup dalam kesesatan.

Marilah para pembaca sekalian kita berpegang dengan tali Allah melalui sistem Islam yang diajar Allah dalam kitabnya al-quran ,hadis nabi,ijma’ ulamak dan kumpulan Islam mutakhir ini.

Thursday, November 3, 2011

Beberapa masalah berkaitan mengucap 2 kalimah syahadah


Didalam kitab Risalah Al Imla’,terdapat 4 jenis manusia yang mempunyai masalah dengan ucapan dua kalimah syahadah:

1.      1.Golongan yang mengucap dua kalimah syahadah  tetapi tidak beri’tiqad untuk mengikutinya.

2.      2.Golongan mengucap dua kalimah syahadah  disertai perkara yang membatalkan syahadah.

3.       3.Golongan yang mengucap dua kalimah syahadah tetapi beri’tiqad lain daripada itu.

4.       4.Golongan mengucap dua kalimah syahadah tetapi jahil dengan syahadah.


Bagi golongan yang pertama ,mereka mengucap kalimah tauhid tetapi jahil tentang hakikat tauhid tersebut bahkan mereka malas  untuk mengetahui makna kalimah dan tuntutannya.Oleh itu mereka rehatkan diri mereka di dunia ini dan sibukkan diri mereka dengan tuntutan dunia yang penuh tipu daya serta seronok bersama dunia.Apabila ditanya adakah mereka muslim ?Ya,kami muslim .Tetapi hakikatnya islam mereka hanya pada nama.

Golongan kedua adalah terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang menyeleweng daripada islam. Mereka mengucap dua kalimah syahadah tetapi dalam masa yang sama bekerja menjatuhkan islam bahkan mengutuk individu yang ingin menegakkan syariat Allah serta tidak mahu menunaikan syariat Allah.Sebagai contohnya ialah kumpulan yang mengikuti Musailamah Al Kazzab,kumpulan yang enggan membayar zakat pada zaman Saidina Abu Bakr Assiddiq,kumpulan Assabaiyyah yang bertuhankan Saidina Ali karramallahuwajhah dan  kumpulan ini menjelma dalam solekan baru pada zaman serba moden ini dengan wajah sekularisma,komunisma,liberalisma,dan sekutunya seperti golongan tertentu dalam Malaysia ini yang mengambil idea dan fahaman sekular sebagai panduan hidup dan panduan Negara.

Kumpulan yang ketiga ini merupakan  individu-individu yang berpura-pura islam.Apabila bersama kumpulan islam mereka mengatakan mereka islam tetapi apabila mereka bersama golongan kufur mereka mempersendakan islam dan penganutnya serta menentang segala apa yang dibawa islam.Golongan inilah yang dikenali kumpulan munafiq sebagaimana Allah taala menyebut dalam surah Al Baqarah ayat 14.

Manusia yang keempat ialah individu yang jahil dengan kalimah syahadah walaupun mereka mengucapkannya setiap hari dalam solatnya.Tetapi apabila mereka mengkaji dan mengetahui hakikat kalimah ini mereka beriman dan percaya serta redha dan melaksanakan tuntutan syahadah .Maka golongan ini tidak boleh dikafirkan sewenang-wenangnya kerana rahmat dan hidayah Allah sentiasa terbuka luas kepada hamba-hambanya.

Kesimpulannya,sebagai masyarakat Melayu yang beragama Islam,janganlah kita abaikan tuntutan syahadah yang ditaklifkan Allah ke atas kita agar kita sentiasa di atas jalan yang lurus serta diredhai Allah.Wallahua’lam.  

Tuesday, November 1, 2011

Wajib bersama kumpulan Islam



Sesungguhnya Allah telah menghadiahkan kepada golongan beriman bilamana dibangkitkan dikalangan mereka Rasul yang membaca kepada mereka ayat-ayat keterangan kami dan menyucikan jiwa mereka dan mengajar kepada mereka kitab dan ilmu-ilmu sesungguhnya keadaan mereka sebelum ini dalam keadaan sesat yang nyata.

Allah telah mengutuskan kepada kita seorang nabi dan rasul pada setiap kaum kerana sayangkan hamba-hambanya  bermula dari Nabi Adam alaihissalam yang bertugas untuk keluarganya sahaja pada waktu itu seterusnya nabi-nabi dan rasul sesudahnya sehingga  nabi kita Sayyidina Muhammad salallahualaihiwasallam yang melengkapi tugas-tugas Rasul secara keseluruhan.

  Tugas Nabi Muhammad salallahualaihiwasallam amat besar dek kerana Baginda seorang utusan yang terakhir, lantaran itu aturan Allah Taala menetapkan Baginda menjadi nabi kepada seluruh umat manusia bermula dari kaum baginda sendiri  seterusnya kepada seluruh manusia yang berbeza warna kulit dan keturunan .Bangsa dan warna kulit  bukanlah penghalang untuk tunduk dan patuh kepada Allah bahkan perbezaan tersebut memberi keuntungan kepada manusia kerana dapat saling  mengenali antara satu sama lain sehingga bertautnya kasih sayang didalam hati sanubari lantaran jalinannya dari sulaman aqidah islamiyyah.

  Peranan Rasulullah sebagai pemimpin politik Islam diambil alih oleh para sahabat baginda setelah kewafatan baginda untuk meneruskan tugas menyampaikan islam kepada manusia melalui kuasa politik khilafah islamiyyah yang diwarisi Rasulullah dan mereka menjalankan peranan tersebut dengan kecemerlangan yang cukup gemilang sehingga kedaulatan Islam bertahan ratusan tahun.Perkara ini sangat dibenci oleh golongan kuffar penentang Islam dan mereka berjaya meruntuhkan sistem khilafah warisan Rasulullah yang dipegang oleh khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924 melalui seorang manusia bertopengkan Islam pujaan manusia jahil waktu itu.Maka setelah itu timbullah pelbagai kekusutan dan kemurungan islam sehingga ke hari ini lantaran kekuasaan politik islam dicarik robek oleh penentang Islam dan paling menyedihkan golongan Islam sendiri yang menentang sistem politik islam kerana terpengaruh dengan agenda yahudi yang memisahkan politik dari agama.

   Kegawatan ini berterusan bahkan keruntuhan umat islam berlaku satu demi satu dari satu negara kepada negara yang lain dek kerana umat islam jahil dengan agama mereka sendiri.Umat islam menerima kekalahan demi kekalahan apabila mengambil sistem yahudi sebagai cara hidup yang bertopengkan nasionalis kononnya bagi membangkitkan semangat dan kekuatan sesama kaum dalam menongkah hidup dan kononnya semangat nasionalis dapat menyatukan sesama bangsa.Namun hasilnya dapat dilihat pada hari ini,umat islam hanya islam pada nama ,sistem kehidupannya adalah sistem jahiliyyah yang menjelma dalam bentuk baru melalui fahaman-fahaman yahudi yang diadun bertepatan dengan situasi keadaan semasa.Golongan yahudi juga menyediakan kepada umat islam acuan pembelajaran agama islam mengikut adunan bahan mentah mereka yang akhirnya mengakibatkan umat islam sendiri menentang agama islam.Si Yahudi laknatullah bertepuk tangan melihat umat islam berpecah kerana mereka berjaya membodohkan umat islam dan mereka berjaya menjauhkan umat islam dari kefahaman islam yang sebenar.

 Hari ini kita melihat umat islam menentang perjuangan Rasulullah dengan nama nasionalis,bahkan mereka juga menuduh kumpulan islam sebagai pengganas dan pemecah belah masyarakat,semuanya kerana mereka mempelajari ilmu islam yang telah di adun oleh si yahudi laknatullah.

Kesimpulannya,tugas Rasulullah seperti yang  dinyatakan ayat di atas itu dipikul pada hari ini oleh golongan kumpulan islam pimpinan ulamak ,maka sayugialah kita bersama dengan mereka dan berjuang dengan mereka sehingga akhir hidup kita..

Thursday, August 25, 2011

Tafsir Dalam bayangan Al-Quran:syed qutb


بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasihani.
Menurut pendapat yang terkuat,basmalah adalah sebahagian dari ayat surah al-fatihah dan dengannya dikira tujuh ayat

.Firman Allah azzawajalla:
ولقد أتيناك سبعا من المثانى والقرأن العظيم
Sesungguhnya Kami telah kurniakan kepada kamu  tujuh ayat yang diulang-ulang dan Al-Quran yang agung.(surah Al Hijr/87)

Menurut satu pendapat,yang dimaksudkan dengan tujuh ayat yang diulang-ulang itu adalah Surah Al-fatihah.Memulakan  sesuatu dengan ‘nama Allah’ itu merupakan satu adab cara yang diwahyukan oleh Allah kepada RasulNya dalam ayat pertama yang diturunkan kepadanya iaitu:

اقرأ باسم ربّك
Bacalah dengan Nama Tuhanmu

Adab cara ini amat sesuai dengan aqidah pokok islam yang menganggapkan Allah subhanahuwataala sebagai zat maujud yang sebenar iaitu seluruh maujud yang  lain mendapat kewujudan mereka dari kewujudan Allah dan segala permulaan maujud Allah yang lain berpangkal dari wujud Allah. Kerana itu amatlah wajar segala permulaan dan segala tindakan itu dimulakan dengan namaNya.

Allah sifatkan diriNya dengan sifat-sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim (maha pemurah dan penyayang)iaitu dua sifat yang mencakup segala pengertian kasih sayang dan kasihan belas.hanya pada Allah sahaja terkumpul dua sifat tersebut.begitu juga hanya Allah sahaja yang wajar disifatkan dengan sifat sedemikian .Mana-mana hamba Allah tidak boleh disifatkan dengan sifat ar-Rahman dari segi kepercayaan dan lebih tidak wajar lagi dikembarkan kedua-dua sifat  itu kepadanya.

Kedua-dua sifat  ar-Rahman dan ar-Rahim yang meliputi segala pengertian kasih sayang dankasihan belas adalah menggariskan hakikat hubungan di antara hamba Allah dengan hamba-hambaNya.  

p/s:sekiranya pembaca ingin mengetahui perbahasan wajib wujud Allah,sifat ar-Rahman dan ar-Rahim secara detail dan mendalam bolehlah membuka kitab tauhid (jauharah tauhid,hasyiah syarqowi dan lain-lain),@kitab tafsir al-wasit,adapun perbahasan syed qutb adalah secara ringkas untuk memahamkan masyarakat awam yang pada waktunya dipenuhi pengaruh-pengaruh sekular yang menebal..

Wednesday, August 24, 2011

TAFSIR DI DALAM BAYANGAN AL-QURAN: Syed qutb



Surah Al-Fatihah
Muqaddimah

Setiap orang Islam membaca surah ini sekurang-kurangnya 17 kali sehari semalam dan lebih sekali ganda apabila dia menunaikan solat sunat.Setiap solat tidak sah tanpa membaca surah ini.
Sabda Rasulullah s.a.w :
لا صلاة لمن لا يقرأ بفاتحة الكتاب
Dari hadis Ubadah bin Somit :Tiada solat bagi mereka yang tidak membaca Surah Al-Fatihah

Dalam surah ini terkandung dasar-dasar aqidah dan pandangan-pandangan hidup Islam yang pokok  dan disinilah letaknya hikmat  Surah Al-Fatihah dipilih untuk diulang-ulang  bacaannya dalam setiap rakaat solat 
dan hikmah batalnya setiap solat yang tidak dibacakan surah al-fatihah.

p/s: Sayangnya jika kita sentiasa mengulang-ulang  pokok kehidupan (aqidah) hanya didalam sembahyang sahaja tetapi menolaknya diluar sembahyang..

Sunday, July 31, 2011

Selamat Datang bulan Mulia Ramadhan

Ramadhan menjelma lagi,
Menghimpun rahmat dan maghfirah,
Bertambah keberkatannya dengan amal ibadah,
Diri tunduk keinsafan dan rasa berdosa.

Alhamdulillah,kedatangan tetamu yang dirindui telah datang menjelma,setahun menunggu dan umum mengetahui penantian merupakan penyeksaan.Semoga kedatangan bulan mulia ini dapat melatih kita semua menjadi individu yang betul-betul muslim dari sudut diri,keluarga,masyarakat,serta yang paling penting negara.Negara apabila rakyatnya muslim sejati secara automatiknya akan bertukar menjadi negara islam dari segenap sudut.

Monday, May 2, 2011

Kepentingan Kepimpinan Ulamak (siri 1)

Mengapa perlunya kepimpinan Ulamak
                                  
            ومن لم يحكم بما أنزل الله فأولىأكهم الكافرون     
                                            
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian,segala puji-pujian  hanya layak kepada Allah yang mencipta dan mentadbir sekalian raja-raja diatas muka bumi .Selawat dan salam kepada sebaik-baik makhluk  Sayyidina Muhammad  dan keluarga serta sahabatnya.Tergeraknya  hati ini untuk menulis setelah ‘beruzlah’ agak lama di ruangan blog ini kerana melihat  sedikit kepincangan yang berlaku didalam masyarakat kita Malaysia yang semakin hari jauh daripada Allah dan syariatnya.Dengan itu saya rasa diri ini menjadi wajib untuk menegakkan kebenaran  sekadar ilmu yang ada dalam membetulkan masyarakat yang tempang fahaman agama ini kerana mengingatkan azab Allah yang pedih kepada sesiapa yang menyembunyikan kebenaran.

Saya tidak mahu berceloteh panjang pada kali ini melainkan untuk menerangkan kepada anda sekalian bahawa wajib kepada umat Islam menegakkan negara yang diperintah oleh hukum Islam kerana Islam itu perlu memerintah bukan diperintah.Beberapa persoalan akan timbul apabila perkara ini diketengahkan.Antaranya ialah,apa itu negara Islam?Siapa yang layak menjadi pemimpin  negara Islam?Siapa itu ulamak?Apa kepentingan politik dengan ulamak?Saya akan huraikan sekadar  ilmu yang ada  mengikut  tertib soalan diatas.

Apa itu Negara Islam?

Negara Islam mengikut istilah ringkasnya ialah sebuah negara yang diperintah oleh orang Islam yang faham secara mendalam tentang Islam dan menjadikan dasar serta perlembagaan negara tersebut bersumberkan Al-quran ,hadis ,ijmak dan qias.

Siapa yang layak menjadi pemimpin negara Islam?

Golongan yang layak menjadi pemimpin negara Islam ialah individu yang mengetahui dan faham secara mendalam tentang  Al-Quran,Hadis,Ijmak dan Qias  kerana ianya merupakan sumber utama rujukan sesebuah negara Islam.

Siapa itu ulamak?

Ulamak ialah golongan yang mendalami secara terperinci  tentang Islam dan mempunyai kepakaran dalam menghuraikan al-quran ,hadis,ijmak dan qias sama ada dalil-dalil yang disepakati ataupun dalil-dalil yang tidak disepakati.

Apa kepentingan Ulamak dengan politik?

Politik biasanya dikaitkan dengan pemerintahan didalam sesebuah negara baik menggunakan kaedah demokrasi atapun tidak.Didalam sistem politik terutamanya di Malaysia pada hari ini  menggunakan kaedah demokrasi berparlimen dimana, mana-mana individu atau parti  yang mendapat undian terbanyak daripada rakyat akan diangkat menjadi sebuah kerajaan yang membolehkan memerintah negara.Oleh itu jika individu yang diangkat menjadi pemimpin itu adalah golongan yang pakar dalam agama ,maka beliau akan memerintah sesebuah kerajaan  bersumberkan al-quran,hadis,ijmak dan qias dan itulah sepatutnya berlaku kerana ianya adalah arahan Allah.Jika individu yang diangkat menjadi pemimpin adalah mereka yang jahil tentang agama ,mereka akan memerintah mengikut pengetahuan yang ada,jika dia berfikiran sekular maka sekularlah pemerintahannya,jika liberal maka pemerintahannya liberal.Maka dengan itu golongan yang selayaknya memerintah sesebuah negara ialah golongan yang pakar dalam undang-undang dan perlembagaan Allah yang boleh menghuraikan al-quran dan hadis secara terperinci serta membawa negara itu sesuai dengan kehendak Allah iaitulah golongan yang dipanggil ulamak.

Kesimpulannya ,Pemimpin yang terbaik memerintah negara adalah Rasulullah(selawat dan salam atasnya dan keluarga),kemudian para sahabat baginda,kemudian para pengikut sahabat baginda dan kemudian adalah para ulamak.

“Bersama Mempertahankan Kepimpinan Ulamak"

Thursday, March 17, 2011

Tarbiyah Iman

'Iman itu bertambah dan berkurang'.

'Perbaharui Iman kamu dengan mengatakan Tiada Tuhan Melainkan Allah'

Beberapa pesanan Rasulullah dan kata-kata ulamak terhadap manusia memesan agar memeriksa tahap kesihatan Iman yang berada didalam diri kita pada setiap masa.Iman yang menguasai diri mampu untuk memerintah diri dan orang lain ke arah kebaikan dan mampu memerintah rakyat dengan adil dan saksama sekiranya pemerintah sesebuah negara memerintah negaranya dengan tahap keimanan yang berada pada dirinya begitu tinggi.

Marilah sama-sama kita memeriksa tahap keimanan dalam diri kita dengan menyoal adakah perkara-perkara berikut boleh kita laksanakan?

1. Upaya melaksanakan dan menghayati nilai-nilai ibadah kepada Allah dalam arti yang seluas-luasnya sesuai dengan bimbingan Rasulullah SAW.

2. Pembiasaan dalam mengingat Allah (dzikrullah) dengan membaca ayat-ayat Al Qur’an atau dengan menyebut-nyebut nama Allah dengan cara yang tepat di saat-saat tertentu.

3. Membiasakan merasakan adanya bimbingan Allah dalam melaksanakan kebaikan dan pengawasan Allah dalam setiap aspek kehidupan. Iaitu dengan menghubungkan kejadian-kejadian sehari-hari yang dialami dengan kekuasaan Allah.

4. Membiasakan menggantungkan diri kepada Allah misalnya dengan berdo’a dalam berbagai situasi dan kondisi.

5. Meningkatkan akhlak (perilaku) yang baik dengan mencontohkan tindakan-tindakan baik dan memperbaiki perilaku.

6. Membimbing orang lain untuk yang berhubungan dengan pendekatan diri kepada Allah.