Wednesday, November 30, 2011

Hijrah

المسلم من سلم المسلمون من لسانه و يده والمهاجر من هاجر ما نهى الله عنه
Muslim yang sebenar adalah muslim yang menyelamatkan muslim lain dari bahaya lidahnya dan tangannya,Orang yang berhijrah yang sebenar adalah siapa yang berhijrah dari melakukan perkara yang ditegah Allah

Bulan Muharram baru saja menjengah beberapa hari.Peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w bersama pengikutnya dijadikan teks kuliah samada di kaca tv,radio bahkan ustaz-ustaz yang mengajar di kampung.Sayangnya mereka hanya menceritakan detik-detik peristiwa yang berlaku zaman Rasulullah s.a.w sahaja tanpa menghubungkan dengan situasi masyarakat kita pada hari ini.Ini menyebabkan peristiwa hijrah tidak 'hidup' dan berlalu begitu sahaja tanpa ada apa-apa pengajaran disebaliknya.

Peristiwa hijrah yang terbesar ini mempunyai pengajaran yang sangat agung dalam sejarah Islam.Dr said Ramadhan Al-Buti  melalui kitabnya yang berjudul Fiqhu Sirah menyatakan bahawa ibrah yang paling besar dalam peristiwa ini ialah Rasulullah s.a.w sanggup meninggalkan Bangsanya,Tanah Airnya yang dicintai kerana islam tersekat dalam bangsanya sendiri.Islam bukan hanya berlegar pada ibadah semata-mata,ianya perlu diNegarakan dan di Daulatkan agar islam itu tinggi dan dapat mentadbir seluruh alam.

Apabila Islam hanya berlegar pada peringkat ibadat sahaja maka kesyumulan Islam akan terhakis.Dengan itu,Rasulullah s.a.w meninggalkan bangsanya dan tanah air untuk mendaulatkan islam agar agama islam mendapat nafas baru dan dapat mengurus sistem manusia dari segenap sudut seperti sudut ibadat bagi individu dan sudut politik bagi negara.

Peristiwa Hijrah  sangat berkait rapat kepada kita umat Melayu yang beragama islam.Hari ini,umat Islam di Malaysia hanya mengenali islam dari secebis sudut sahaja.Rata-rata umat melayu Malaysia mengambil islam sebagai agama dalam hal sembahyang,berpuasa,menunaikan haji dan bernikah kahwin.Apabila diseru supaya menegakkan islam dalam negara dengan cara menyokong kumpulan Islam dalam pilihanraya agar agama islam ini mendapat tempat dalam politik ,mereka mencemuh dan mengejek,bahkan menghina serta mengutuk ulamak yang ingin mendaulatkan Islam dengan pelbagai cemuhan.Semuanya hasil kebodohan umat melayu dan kejahilan mereka tentang islam.

Justeru itu,saya menyeru kepada individu,keluarga,masyarakat dan semua warganegara Malaysia agar kita sama-sama berhijrah dari melakukan kemungkaran kepada melakukan kebaikan.Hindarkan kemungkaran menyokong dan mengundi kumpulan yang menentang hukum Allah kepada kebaikan menyokong dan mengundi  kumpulan islam yang ingin menegakkan negara berdasarkan al-quran,hadis,ijmak dan qias..wallahua'lam.

No comments: