Thursday, November 3, 2011

Beberapa masalah berkaitan mengucap 2 kalimah syahadah


Didalam kitab Risalah Al Imla’,terdapat 4 jenis manusia yang mempunyai masalah dengan ucapan dua kalimah syahadah:

1.      1.Golongan yang mengucap dua kalimah syahadah  tetapi tidak beri’tiqad untuk mengikutinya.

2.      2.Golongan mengucap dua kalimah syahadah  disertai perkara yang membatalkan syahadah.

3.       3.Golongan yang mengucap dua kalimah syahadah tetapi beri’tiqad lain daripada itu.

4.       4.Golongan mengucap dua kalimah syahadah tetapi jahil dengan syahadah.


Bagi golongan yang pertama ,mereka mengucap kalimah tauhid tetapi jahil tentang hakikat tauhid tersebut bahkan mereka malas  untuk mengetahui makna kalimah dan tuntutannya.Oleh itu mereka rehatkan diri mereka di dunia ini dan sibukkan diri mereka dengan tuntutan dunia yang penuh tipu daya serta seronok bersama dunia.Apabila ditanya adakah mereka muslim ?Ya,kami muslim .Tetapi hakikatnya islam mereka hanya pada nama.

Golongan kedua adalah terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang menyeleweng daripada islam. Mereka mengucap dua kalimah syahadah tetapi dalam masa yang sama bekerja menjatuhkan islam bahkan mengutuk individu yang ingin menegakkan syariat Allah serta tidak mahu menunaikan syariat Allah.Sebagai contohnya ialah kumpulan yang mengikuti Musailamah Al Kazzab,kumpulan yang enggan membayar zakat pada zaman Saidina Abu Bakr Assiddiq,kumpulan Assabaiyyah yang bertuhankan Saidina Ali karramallahuwajhah dan  kumpulan ini menjelma dalam solekan baru pada zaman serba moden ini dengan wajah sekularisma,komunisma,liberalisma,dan sekutunya seperti golongan tertentu dalam Malaysia ini yang mengambil idea dan fahaman sekular sebagai panduan hidup dan panduan Negara.

Kumpulan yang ketiga ini merupakan  individu-individu yang berpura-pura islam.Apabila bersama kumpulan islam mereka mengatakan mereka islam tetapi apabila mereka bersama golongan kufur mereka mempersendakan islam dan penganutnya serta menentang segala apa yang dibawa islam.Golongan inilah yang dikenali kumpulan munafiq sebagaimana Allah taala menyebut dalam surah Al Baqarah ayat 14.

Manusia yang keempat ialah individu yang jahil dengan kalimah syahadah walaupun mereka mengucapkannya setiap hari dalam solatnya.Tetapi apabila mereka mengkaji dan mengetahui hakikat kalimah ini mereka beriman dan percaya serta redha dan melaksanakan tuntutan syahadah .Maka golongan ini tidak boleh dikafirkan sewenang-wenangnya kerana rahmat dan hidayah Allah sentiasa terbuka luas kepada hamba-hambanya.

Kesimpulannya,sebagai masyarakat Melayu yang beragama Islam,janganlah kita abaikan tuntutan syahadah yang ditaklifkan Allah ke atas kita agar kita sentiasa di atas jalan yang lurus serta diredhai Allah.Wallahua’lam.  

No comments: