Monday, August 23, 2010

. BAGAIMANA KITA MENYERU KEPADA ISLAM?

A
Da’wah ditujukan kepada ummat manusia… seluruh manusia…, dalam
keadaan umurnya yang berbeza-beza, serta tingkatan kedudukannya di
kalangan masyarakat di samping kecerdasan dan alam lingkungannya, dan
kemahuan serta jalan fikirannya…! Kesemuanya berlain-lainan!

Hal ini menyebabkan para da’ie harus menjadi orang-orang yang
bijaksana, mahir dalam menyampaikan pendapat dan pengertiannya kepada
sasarannya iaitu manusia yang beraneka ragam itu…! Para da’ie harus mengerti,
dari mana pintu masuk ke tiap-tiap rumah, dan bagaimana caranya memasuki
rumah itu!

Para da’ie yang mendapat taufiq dan kejayaan ialah mereka yang
sanggup memberikan untuk tiap-tiap individu, apa yang diperlukannya, baik
berupa buah fikiran atau pun pengarahan. Da’ie mestilah berusaha meyakinkan
orang itu tentang kebenaran apa yang diajukannya, kemudian berusaha menarik
orang itu supaya bergerak mengamalkan apa yang diajarkannya. Da’ie harus
berbicara dengan gaya bahasa yang menimbulkan kesan dalam hati mad’unya.
Dan inilah rahsia yang terkandung dalam hadith Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
Wasallam:
نحن معاشر الانبياء امر نا ان ننزل الناس منازلهم ونكلمهم على قدر
عقولهم

“Kami, golongan Nabi-nabi, diperintahkan supaya menempatkan manusia sesuai dengan
kedudukannya masing-masing, dan supaya kami berbicara dengan mereka menurut taraf
kecerdasannya masing-masing.”
(Hadith riwayat Abu Daud)

Dalam hal ini, para penda’wah perlu memperhatikan hal-hal yang berikut:

1. Berkenalan dengan seseorang sebelum menyampaikan da’wah kepadanya:
Adalah suatu kewajiban bagi seorang da’ie, supaya ia berkenalan lebih
dahulu dengan seseorang yang akan menerima da’wahnya. Ia harus memahami
terlebih dahulu, bagaimana latar belakang kehidupan orang itu, bagaimana jalan
fikirannya, dan bagaimana pengertian dan gambarannya terhadap alam raya ini
Para penda’wah harus menyelidiki hal itu dengan mengadakan wawancara dan
sebagainya, sehingga ia menemui apa kekurangan dan kesulitan yang sedang
dialami orang yang diserunya itu.

Dengan demikian, para da’ie menemui pintu-pintu dan jendela-jendela,
yang mungkin dijadikannya sebagai batu loncatan untuk mengetuk pintu hati
orang yang diserunya itu. Jadi, harus banyak bergaul secara individu atau fardi,
dan mengadakan percubaan dan usaha, yang diharapkan akan membawa
kejayaan. Penda’wah mesti mencatat pengalaman-pengalamannya, kemudian, ia
berusaha menyampaikan da’wah kepada mad’u’nya itu disertai dengan
pengarahan dan memberikan contoh teladan yang menimbulkan kesan yang
menarik dan mempengaruhi jalan fikiran mad’u itu.

2. Dari mana penda’wah harus mulai dan bagaimana caranya.
Untuk menemukan titik yang tepat dalam menentukan tempat memulai
tugasnya, da’ie harus mengorbankan waktu yang tidak sedikit, supaya ia berjaya
dalam usahanya untuk meyakinkan mad’unya terhadap ajaran yang
disuguhkannya itu. Jangan sampai terjadi, da’ie salah memilih tempat tegak
yang akan menjadi titik tolak da’wahnya. Rasulullah berpesan:
ما لحد یحد ث قوما بحدبث لا تبلعه عقو لهم الا آان فتنة على بعضهم

“Tidak ada seorang pun yang membicarakan sesuatu kepada suatu golongan, dengan
cara yang tidak dapat mereka mengerti, kecuali akan menimbulkan kekacauan bagi
sebahagian di antara mereka.”

3. Sistematika yang akan dijadikan panduan:
Berdasarkan keterangan di atas, jelaslah bahawa perlu sekali ditetapkan.
Sistematika yang baik, agar supaya da’ie dapat mengetahui, bagaimana caranya
ia mulai berda’wah, dan dari mana titik tolak da’wahnya!
Pada detik-detik pertemuan pertama, da’ie harus berusaha keras untuk
benar-benar mengenali mad’u yang akan dihadapinya. Jika hal ini sudah
terlaksana, maka mudahlah ia memperbandingkan di antara satu mad’u dengan
mad’u yang lain, kira-kira bagaimana kedudukan mad’unya di kalangan
masyarakat, dan bagaimana cara menghadapinya. Selanjutnya, da’ie dapat
mengikuti tiga langkah yang berikut, sebagai ukuran dasar da’wahnya:

1. Pembentukan ‘Aqidah:
Membentuk ‘aqidah, maksudnya menciptakan cara berfikir yang benar,
terhadap alam raya serta manusia dan kehidupan ini. Untuk itu, paling minima
harus diyakinkan terhadap Rukun Iman, terutama Iman kepada Allah Maha
Pencipta. Usaha ini merupakan dasar dalam pembentukan keperibadian seorang
Muslim. Inilah asas dan titik tolak dalam menentukan langkah-langkah
selanjutnya. Dan inilah simpulan atau ikatan yang terbesar, pangkal terbukanya
simpulan-simpulan yang lain-lain.

Pembinaan ‘aqidah ini kemudian akan bersambung dengan pembinaan
amal. Mad’u harus diyakinkan bahawa Islam adalah pedoman hidup yang akan
menuntun manusia dalam memenuhi tuntutannya dalam kehidupan ini. Islam
berasal dari Wahyu ILahi, pemberian Tuhan Yang Maha Mengetahui dan Maha
Kuasa. Islam adalah peraturan yang lengkap, mencakup segala lapangan
kehidupan manusia Islam terbit dan filsafat alam yang murni yang akar-akarnya
berdiri sendiri. Sedang peraturan yang lain-lain, semuanya kurang lengkap,
kerana memang kekurangan dasar, kerana semuanya berasal dari manusia. Dan
sifat manusia yang hidup di sesuatu daerah, menyebabkan peraturan-peraturan
yang dibuatnya itu kurang tidak lengkap, kerana terpengaruh dengan alam
sekitar tempat ia berada. Inilah desakan yang menghimpit manusia sebagai
pembuat peraturan!

Untuk mengemukakan hal itu. Da’ie harus mempelajari fikrah Islamiyyah
secara mendalam dan harus juga mempelajari pendapat-pendapat dan
pemikiran-pemikiran yang lain-lain yang berada di luar Islam. Dengan
demikian. Da’ie dapat berusaha meyakinkan mad’unya tentang kekurangan
yang ada dalam peraturan yang lain dan bagaimana lengkapnya peraturan
dalam ajaran Islam.

2). Dan Iman menuju ‘Amal:
Kalau Keimanan mad’unya sudah baik, ‘aqidahnya sudah mendarah
daging, dan sudah sempuma kefahamannya tentang Islam, maka langkah
selanjutnya adalah peringkat ‘amal. Da’ie perlu berusaha mewujudkan teori
Iman itu dalam bentuk ‘amal, ‘ibadah, budi pekerti dan tingkah laku KeIslaman
yang benar. Inilah maksud sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam:

ليس الا یمان بالتحلى ولكن هوما وقر فى القلب وصدقه العمل.
“Iman itu bukanlah angan-angan dan juga bukan perhiasan; tetapi Iman itu adalah
sesuatu yang menetap dalain hati, dan dibenarkan dengan amal”
(Hadith Riwayat Al-Dailamy)

Sebenarnya uslub yang menjadi pegangan dalam pembentukan peribadi
Muslim menurut manhaj tarbiyyah Islamiyyah dimulai dengan meletakkan batu
pertama, iaitu mananam ‘Aqidah Islamiyyah, memperdalam dasarya di dalam
jiwa manusia. Ajaran Keimanan ini diturunkan lebih dahulu, lama sebelum
diturunkan perintah dan ajaran Islam tentang ‘Ibadah. Syari’ah dan pengarahan
kepadanya. Dan pasti hal ini tidak boleh dilakukan sebaliknya dengan cara
diajarkan amal dahulu baru diterangkan Iman…!
Urut-urutan ini timbul, kerana ‘ibadah, budi pekerti (akhlaq) dan
mu’amalah menurut Islam, itu semuanya adalah cetusan dari ‘aqidah dan salah
satu perwujudannya…! Dan menurut bagaimana dalamnya ‘aqidah dan amal…!
Dan sebagai fakta yang menguatkan dugaan ini, kita melihat bahawa perintah
‘ibadah dan hukum-hukum syara’ diturunkan setelah Rasulullah menunjuki kita
ke jalan yang lurus. Dan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam tidak lupa
meninggalkan pesan:
لان یحدى الله بك رجلا واحدا خيرلك من الد تيا وما فيها.
“Sesungguhnya, Allah menunjuki seorang manusia dengan berkat usahanya, itu lebih
baik, bagimu daripada dunia ini dan segala isinya.”
(Hadith riwayat Al-Tabrani)
Dan Allah Subhanahu Wata’ala memberi peringatan:
وَقُلِ اعْمَُلوْا َفسَيَرَى اللّهُ عَمََلكُمْ وَرَسُوُلهُ وَاْلمُؤْمِنُو َ ن وَسَتُرَدُّو َ ن إَِلى عَالِمِ الْغَيْبِ
وَالشَّهَادَةِ َفيُنَبُِّئ ُ كم بِمَا ُ كنتُمْ تَعْمَلُون
“Dan katakanlah: “Beramallah kamu maka sesungguhnya Allah akan melihat amal
kamu, serta Rasul-rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Dan kelak kamu akan
dikembalikan kepada Allah, yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu
diberitakan-Nya kepada kamu, apa yang di dunia ini selalu kamu kerjakan.”
(Surah Al-Taubah: Ayat 105)

Thursday, August 5, 2010

Selamat datang Universiti Ramadhan Kareem


Segala puji bagi Allah Tuhan yang mentadbir dan menciptakan alam ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad serta ahli keluarga baginda dan para sahabat juga para pangikutnya hingga hari akhirat.

Kita masih berada pada bulan syaaban dan menunggu masuk pintu gerbang bulan yang cukup mulia yang merupakan satu pusat pentarbiyahan kepada semua umat Islam yang berada di atas muka bumi ini.Bulan Ramadhan yang cukup dikenali dan dirindui bagi mereka yang soleh tetapi tidak digemari oleh penggemar maksiat.

Seluruh umat Islam bersedia untuk menyambut ketibaan bulan Ramadhan.Mereka akan memastikan keperluan bagi menyambut bulan Ramadhan dibeli secukupnya agar bulan Ramadhan dapat disambut dengan sempurna.Namun,persediaan mereka terhadap kedatangan Ramadhan hanya dari sudut materialnya sahaja seperti kuih-muih,bahan-bahan makanan dan barang-barang yang berkaitan dengannya sahaja tetapi mereka lupa dan leka dari menyediakan persiapan yang paling besar iaitu dari sudut rohani.

Persediaan terhadap bulan Ramadhan mestilah dibuat dengan penelitian yang bersungguh-sungguh supaya kita dapat mengutip segala ganjaran yang terdapat di dalamnya.Jika kita masuk tetapi tidak membawa alat-alat untuk mengutip ganjaran bulan Ramadhan maka kita akan keluar daripada bulan Ramadhan dengan sia-sia seperti kita pergi ke tepi sungai untuk menangkap ikan namun kita tidak membawa alat-alat untuk menangkap ikan maka kita akan pulang ke rumah dalam keadaan hampa kerana perbuatan kita adalah sia-sia.

Persiapan untuk ramadhan mestilah dibuat dari sekarang iaitu pada bulan syaaban agar apabila kita masuk ke dalam institusi Ramadhan kita akan dapat menghayati dan dapat mentarbiyah diri kita supaya keluar dari bulan Ramadhan hasilnya dapat dilihat dan berterusan sehingga kita bertemu Allah.

Apakah perkara yang patut kita lakukan ketika bulan syaaban ini bagi menghadapi Ramadhan?Pertama sekali ialah kita perlu bartaubat kepada Allah sebagaimana disebut dalam Al-Quran surah ar-Rum ayat 31 yang bermaksud:Hendaklah kamu sentiasa kembali kepada Allah(bertaubat)dan bertaqwa kepadaNya dan dirikanlah solat dan janganlah kamu masuk dikalangan orang-orang yang musyrik.

Didalam kitab Tajul Arus karangan ibnu atoillah juga meletakkan bab yang pertama mengenai taubat menunjukkan betapa taubat itu tersangat perlu bagi orang-orang islam kerana mereka tidak sedar melakukan dosa.Alat yang kedua pula sebagaimana firman Allah yag di atas ialah kita perlu bertaqwa kepada Allah iaitu dengan mengerjakan segala arahan dan meninggalkan segala laranganNya.Bab mengenai taqwa juga banyak disebut di dalam kitab-kitab karangan ulamak dan auliya bahkan Al-Quran sendiri menyebut bahawa :Semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang paling bertaqwa.
Perkara yang ketiga yang patut dilakukan oleh kita ialah mendirikan solat .Solat mestilah diadaptasikan dalam kehidupan kita bukan hanya didirikan di surau-surau ataupun tempat sembahyang sahaja kerana semua kita tahu bahawa falsafah solat itu tersangatlah luas.Oleh sebab itu Allah menyebut di dalam setiap ayat al-quran agar mendirikan solat bukan bersolatlah kamu menunjukkan bahawa solat itu perlu didirikan dalam kehidupan kita seharian.

Perkara yang terakhir di dalam ayat yang disebut Allah di atas tadi di dalam surah ar-Rum bahawa kita janganlah sekali-kali masuk dalam orang-orang yang musyrik,tidak kiralah syirik kecil ataupun besar kerana Allah melarang perbuatan menyekutukan Dia.Umat Islam pada hari ini hanya melihat perkara yang membatalkan solat,zakat,puasa mereka sahaja tetapi tidak menghiraukan perkara yang membatalkan syahadah mereka.Oleh sebab itulah apabila kita bergelar islam kita mestilah hidup dengan kehidupan Islam yang sebenar tidak memisahkan Islam dalam kehidupan seharian kita dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara.

Mudah-mudahan Institusi Ramadhan yang akan datng ini dapat mentarbiyyah ruh dan jasad kita agar menjadi seorang muslim sejati bukan muslim yang mengambil sebahagian sahaja islam dan meninggalkan sebahagian yang lain.