Sunday, October 27, 2013

Usaha













Pepatah arab pernah menukilkan

'Kamu berharap akan sebuah kejayaan tetapi kamu tidak melalui jalannya#
                                               sesungguhnya Kapal tidak akan berjalan di atas daratan"

Pepatah ringkas namun besar maknanya.Setiap kejayaan yang kita inginkan perlulah melalui usaha.Tiada usaha maka tiadalah kejayaan.Kejayaan berbentuk duniawi atau ukhrawi semuanya memerlukan kepada usaha.Ingin berjaya didalam peperiksaan umum seperti SPM,STAM,STPM,Ijazah Sarjana Muda dan sebagainya bermula dengan sebuah usaha.Apatah lagi kejayaan ukhrawi.

Kita menginginkan Syurga Allah namun kita tiada usaha ke arahnya.Agak mustahil untuk menggapainya melainkan Rahmat Allah yang luas mampu meletakkan kita di dalamnya.

Ayuhlah saudara,kita mulakan langkah ke arah keredhaan Allah.


Wednesday, October 23, 2013

Satu Kenangan

Hujan turun renyai-ranyai membasahi bumi.Sejak semalam lagi ia mula berlumba-lumba  menyirami pepohon yang dahagakan air.Awan masih tidak menunjukkan keinginan memberhentikan 'putera dan puteri' kandungannya itu.

Suasana ini mengingatkan Ahmad kepada kehidupannya semasa kecil.

'Shh..shh..shhh...bunyi air  hujan jatuh ke dalam lopak air ditepi rumahnya.Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.Semua adik-beradiknya enak dibuai mimpi.Entah apakah yang dimimpikan mereka tidak difikirkan Ahmad.

Ahmad tiba-tiba berpaling ke arah dinding.Suara kanak-kanak riang bermain air hujan menarik perhatiannya.
"Sape pulok main air malang-malang gining?'Ahmad mula berfikir.Dia mula membilang adik-adiknya yang sedang tidur kalau-kalau ada di antara mereka terlepas pandang walhal adiknya hanyalah 2 orang pada waktu itu,seorang lelaki dan seorang perempuan.Si adik yang lelaki sedang tidur nyenyak apatah lagi si adik perempuan.

"Aik,doh sape die pulok'..Ahmad cuba merapati dinding.Bunyi tawa riang kanak-kanak bermain air semakin jelas kedengaran apabila telinganya ditekupkan ke dinding.Dia bingkas bangun dan membuka tingkap.

Di celah daun tingkap Ahmad dapat melihat 3 orang budak sedang bermain lopak air ditepi rumahnya.Ahmad mula memikirkan anak siapakah yang sedang seronok bemain air pada waktu larut malam begitu?sedangkan tubuh fizikal mereka boleh dikatakan hanyalah beberapa kaki sahaja.Ahmad menganggarkan umur mereka dalam lingkungan 5 tahun.

Ah.kut panda mung la weh'..anok mok lijoh kot..dok maroh pulok mok lijoh ke anok ye maing air malang2 bute..Ahmad merungut sendirian lalu mengambil selimut dan tidur di sisi adiknya.

Beberapa saat kemudian Ahmad bangun kembali.Dia kembali ke tingkap dan mengintai,budak-budak itu sudah tiada.

"bakpe,dok tido lagi ning? nenek yang datang dari dapur menegur Ahmad."tadi ade nampok budok2 duk maing air tepi umoh kite..ingatke anok mok lijoh,tengok mulla takdop doh'kata Ahmad.

Mok lijoh mane pulok mung ning?Gi tido nung,ujang2 gini sedap tido..balas nenek.
'mad nok tido tepi nenek ah malang ning buleh dop?Ahmad melontarkan idea bernasnya kepada nenek
Neneknya hanya senyum tanda bersetuju..

Ahmad mengambil bantal dan pergi ke hamparan tikar tempat peraduan neneknya,dia sebenarnya baru menyedari bahawa dia berada di rumah neneknya yang dikelilingi hutan kecil.

Mana ada orang disekitar itu..Ahmad berkata di dalam hati.Kisah toyol mencuri duit neneknya mula berputar dalam benak fikirannya...


  

'

Monday, October 21, 2013

Lantunan Nurani

Saudara,
Hati itu adalah raja,anggota badanlah rakyatnya.
Jagalah raja itu,justeru ia  menjaga rakyatnya.

Saudara,
Hati itu tempat tumpuan
Syaitan dan malaikat beradu kerananya
Menangkanlah malaikat dalam peraduan itu

Saudara,
Jadikan hatimu sebuah taman,
Tempat singgahan nur dan iman
Agar Tuhanmu mencintai keindahan tamanmu
Dengannya itu dimasukkan dirimu ke tempat Impianmu.