Saturday, January 14, 2012

PerJUANGan

Sudah sunnah orang berjuang
mengembara dan berkelana
miskin dan papa jadi tradisi,
berenggang dengan anak dan isteri.......

salam buat pembaca sekalian,kali ini saya terfikir untuk berkongsi satu tajuk yang biasa dibahaskan oleh pendakwah,ustaz,profesor,ulamak dan seangkatannya bagi menyedarkan umat islam tentang tanggungjawab mereka.Hidup ini merupakan ujian Allah kepada kita sebagai hambanya,maka untuk menghadapi ujian tersebut memerlukan satu perjuangan.Apa itu perjuangan?

Perjuangan itu jika dialih bahasa kedalam bahasa arab ianya disebut Jihad.Perkataan itu sangat familiar bagi kita kerana ramai yang menuturkannya,baik yang memahami maksud jihad bahkan mereka yang jahil tentang jihad sekalipun menyebutnya dari sudut pandangan mereka.Mungkin apa yang saya ingin ketengahkan ini agak berat sedikit kerana  dah tajuknya perjuangan kan?Baik,mari kita lihat perbahasannya.

Bahasa: Mengerahkan segala jerih payah untuk mencapai tujuan(tafsir Naisabury)
Istilah: Jihad secara mutlak ialah memerangi orang kafir bagi meninggikan kalimah Allah(Ibnu Rushd)

Namun perlu diingat bahawa jika digunakan perkataan Jihad secara umum,ianya tidaklah menjurus kepada peperangan semata-mata.

JIHAD DI ZAMAN SEKARANG
1)Jihad Qital(peperangan)
2)Jihad Siyasi(politik)

Jihad Qital berlaku di negara yang waqienya berperang seperti Palestin,Afghanistan,Rusia,Selatan Thailand dan sebagainya.
Jihad Siyasi ialah berjuang untuk memperbetul pemerintah dan kerajaan supaya berjalan pemerintahan itu mengikut kehendak syara'.

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah di Mina:Apakah Jihad yang paling afdhal?Sabda Rasulullah: berkata benar dihadapan sultan yang zalim.-Hadis

Ulamak Amilin menghuraikan hadis ini mengikut waqie sekarang,segala bentuk yang menyumbang untuk memenangkan wakil rakyat dalam Dun atau Parlimen adalah sebaik-baik jihad.Sekalipun anda hanya menjadi tukang masak untuk program,pahala anda adalah pahala orang yang berjihad.

3 GOLONGAN SILAP FAHAM TENTANG PERJUANGAN

1)Orang Kafir : mereka menuduh pejuang itu pengganas.

2)Orang Islam fasiq dan munafiq: malas dan takut untuk berjuang

3)Orang Islam ekstrim: berjuang  mengikut kefahaman sempit mereka sehingga golongan tidak faham istilah jihad menganggap islam itu ganas.

sebab itu kita sebagai umat islam perlu faham dengan pengertian jihad atau perjuangan,Dr Yusuf Qardhawi telah mengarang sebuah kitab Fiqh Jihad bagi umat islam agar mereka faham bagaimana maksud perjuangan yang sebenar mengikut waqie setiap negara.

BAGAIMANA KITA BERJUANG?

 Sebagai mahasiswa menjadi kewajipan ke atas kita untuk berjuang mempertahankan Islam baik lelaki atau perempuan terutamanya kita berada di negara Malaysia.Sebabnya?Yahudi dan Nasrani tidak menghantar tentera mereka dalam bentuk peperangan untuk menghancurkan umat islam Malaysia tetapi mereka melatih golongan sebangsa dengan kita tetapi berideologi dan berfahaman sekular yang sangat membahayakan rakyat islam Malaysia.Mereka berjaya sehingga kini kerana lihat sahaja masyarakat Islam Malaysia,berapa ramai yang faham islam yang sebenar?jawapannya,amat sedikit.....

oleh itu,tiada masa untuk kita membiarkan masyarakat dalam keadaan jahil kerana jika kita hanya membiarkan sahaja semakin banyak dosa kita dihadapan Allah..

renungan bersama...


Monday, January 9, 2012

nota buatmu teman

Teman,
hidup ini banyak dugaan,
kerana disini tempat ujian
bagi memilih siapa beriman.

Teman,
ujian hidup bukannya enteng,
ia menggugat hati yang kering,
iman tiada nafsu melenting.

Teman,
ujian dewan ramai bersedia,
pelajar sekolah,universiti dan pekerja,
kerana habuannya membutakan mata,
tujuan hidup entah ke mana.

Teman,
pasakkan imanmu setinggi langit,
agar dirimu terjaga tidak digigit,
pemangsamu menunggu di setiap detik,
lalai sedikit parahnya membukit...

coretan buatmu teman di musim peperiksaan,betulkan niat,tawakkal pada Allah,mudah-mudahan Allah menolong teman di dewan...(^_^)