Wednesday, October 6, 2010

JAGA MATA HATIMU



Buta mata tak nampak jalan didunia,
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu kemana hendak dituju kehilir atau ke hulu,
Selamatlah di dunia fana ini bilamana mata tidak buta…………….

Salam pertemuan kembali,segala puji bagi Allah dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad..hari ini tangan rasa tergerak untuk menulis seusai mendengar lagu lama yang didendangkan oleh kumpulan Arqam pada waktu dahulu dan dinyanyikan kembali oleh kumpulan Saff One.

Kata-kata yang tiba-tiba menyentuh sanubari untuk menulis post kali ini…..iaitu berkaitan Buta Mata.Mata kita jika buta di dunia ,kita akan sesat jalan sehingga menyukarkan untuk bergerak ke sesuatu tempat disebabkan tidak dapat melihat.Pada waktu itu kita memerlukan seseorang untuk membawa kita ke mana sahaja kita mahu pergi.Apabila ingin bangun dari tidur menuju ke dapur,seseorang yang buta matanya akan meraba-raba mencari sesuatu untuk dicapai bagi memudahkan dirinya rasa terpandu.Dirinya akan bergantung kepada sesuatu samada dinding,meja dan sebagainya apabila hendak bergerak walaupun dalam keadaan persekitaran yang terang-benderang sekalipun disebabkan si buta itu berada dalam kegelapan buta mata.

Manusia sering menjaga mata zahirnya daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan mata kerana bimbang matanya buta.Tetapi mereka lupa untuk menjaga mata hatinya yang teramat penting untuk dijaga sehingga menyebabkan mata hatinya buta.Bila mata hati buta samalah keadaannya dengan buta mata zahir,berada dalam kegelapan kebenaran biarpun yang menyuluh kehidupannya itu seorang ulamak kerana mata hati sudah buta.

Seseorang yang buta mata hatinya memerlukan ‘tongkat’ untuk memandunya kea rah kebaikan.Individu yang mampu untuk membimbing si buta mata hati sangat diperlukan terutamanya zaman ini kerana manusia sudah buta mata hatinya .Lihat sahaja peristiwa-peristiwa yang diluar jangkaan kita berlaku di hadapan kita seperti bunuh,rompak,zina,cabul dan sebagainya.Anak-anak muda semakin leka dengan dunianya kerana mata hatinya sudah ditutup dengan hiburan,keseronokan dan kemaksiatan.

Saya menyeru kepada orang-orang yang disebut sebagai ustaz,ulamak dan setarafnya turun dalam membantu masyarakat kita yang semakin buta mata hatinya.Untuk merawat penyakit mata hati perlu kepada kuasa yang membolehkan kita menyekat sumber penyakit buta mata hati ini kerana jika kita merawat dan terus merawat tetapi sumber penyakitnya masih berterusan maka sia-sia sahaja kerja kita ibarat kita ingin mengelak penyakit demam denggi kita hanya memasang kelambu tetapi tidak memusnahkan tempat pembiakan nyamuk maka nyamuk akan terus menyerang dan merebakkan penyakit.

Bersama-samalah kita dalam gerakan dakwah agar hati kita terjaga dan dapat mengelakkan daripada terus buta juga dengan gerakan dakwah kita dapat menyekat sumber-sumber yang boleh merosakkan mata hati kita.

No comments: