Tuesday, October 5, 2010

MURNIKAN PERJUANGAN MAKNAKAN KEMENANGAN





Dengan nama Allah,Segala kepujian ditinggikan kepadaNya dan selawat serta salam keatas kekasihNya Nabi Muhammad.Salam perjuangan ,

Sudah lama menyepi dari menulis kerana menyibukkan diri dengan beberapa kerja yang mungkin pada pandangan saya termasuk dalam amal islami tetapi tidak pada golongan yang lain.Apepun saya hanyalah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dewan Pemuda PAS Pusat kerana telah mengadakan Ijtimak Tarbawi yang julung kali diadakan setelah kebelakangan ini agak menyepi aktiviti-aktiviti tersebut sehingga menimbulkan beberapa kata-kata yang tidak senang kepada sebuah gerakan Islam yang pertama ini bertapak di Malaysia.

Ada suara-suara yang mengatakan gerakan ini tiada tarbiyah,tiada ‘kesufian’,gerakan ini kotor kerana memasuki bidang politik dan sebagainya.Kata-kata yang agak memeritkan bagi orang yang baru memasuki gerakan ini namun ayat Allah telah mendahului dalam memberitahu bahawa apabila kita berintima’ dengan Islam maka akan ada kata-kata cemuhan dan ejekan serta cercaan.Sirah Nabi telah mendahului ini semua dan gerakan yang mengikuti perjuangan yang sama akan turut merasainya maka terimalah dengan hati yang terbuka kerana ia merupakan sunnatullah bagi sebuah gerakan Islam.

Bagi individu-individu yang ingin menjadi pendokong kepada gerakan ini perlulah melalui tarbiyah sebagaimana yang dilalui oleh para sahabat ridhwanullah ajmaiin.Jika sekiranya kita mendokong gerakan islam yang waqii seperti PAS tetapi tidak melalui tarbiyah maka kita akan menjadi batu penghalang kepada kemenangan Islam.Individu atau kumpulan yang menyimpan dendam kepada gerakan Islam akan mengambil peluang untuk menjatuhkan Islam.

Oleh sebab itulah bagi individu yang ingin mendokong perjuangan ini terutamanya golongan muda perlulah menjadikan diri mereka berakhlak sebagaimana Sayyidina Rasulullah(selawat dan salam atas baginda) dan para sahabat,bersungguh dalam menuntut ilmu sebagaimana ulamak agar manusia yang membenci gerakan ini tidak akan mengatakan pendokong Islam dangkal ilmu.Bersungguh dalam memperjuangkan Islam agar kumpulan yang mengatakan gerakan Islam ini tiada tarbiyah tidak ada peluang melancarkan tombak mereka yang dipenuhi racun kebencian itu.

Akhir kata perjuangkan Islam sepenuh hatimu dan dirikan Daulah Islam dalam hatimu nescaya akan tertegak pada negaramu

No comments: