Saturday, June 2, 2012

IKHLASKAN DIRIMU


Salam pertemuan buat semua,
setelah lama tidak berjumpa,
hati ini masih tidak lupa
kepada anda yang masih setia..

Alhamdulillah,selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w.Firman Allah:

98:5
 Dan tidaklah diperintah kepada mereka melainkan mengabdikan diri kepada Allah dengan IKHLAS dalam menjalankan perintah agama dengan lurus-Surah Al Bayyinah ,ayat 5

    Dalam ayat ini,Allah menyampaikan kepada kita beberapa perkara penting yang mesti ada kepada kita sebagai umat Islam,

1.Tanggungjawab kita ialah menjadi HAMBA KEPADA ALLAH

    Allah menyuruh kepada umat manusia agar mereka menjadi hamba kepadaNya lantaran itulah hakikat manusia diciptakan.Perkara yang disuruh Allah kepada kita sangatlah banyak,namun ia tidak memberatkan kita.Allah menyuruh kita solat,zakat,haji dan bermacam perkara yang diketahui umum.Dia juga mewajibkan kepada kita agar berjihad pada jalanNya.

 2.Golongan yang berjihad pada jalan Allah mestilah mempunyai SIFAT YANG IKHLAS

      Allah bukan sahaja menyuruh agar kita berjuang kepadaNya namun sifat yang mesti disemai dan dijaga rapi seorang pejuang ialah IKHLAS dalam melaksanakan tuntutan Allah.Nabi s.a.w pernah ditanya oleh seorang arab badwi:
   " wahai Rasulullah,ada golongan yang berjuang kerana harta,ada golongan yang berjuang untuk disebut-sebut(bahawa dia seorang yang kuat berjuang),ada golongan yang berjuang untuk melihat tempatnya(jawatan di dalam saff perjuangan),manakah antara golongan ini yang berjuang pada jalan Allah?


 Kata Rasulullah: Barangsiapa yang berjuang untuk mengangkat Kalimah Allah ditempat yang tinggi,maka dialah yang berjuang pada jalan Allah"-Hadis riwayat Imam Muslim.

Oleh itu,sebagai seorang muslim yang sejati,ikhlaskan niat kita dalam melaksanakan tuntutan Allah agar amalan kita tidak menjadi sia-sia.  


No comments: