Tuesday, April 8, 2014

Rawatan Islam siri 2

Fasal 2: Rasukan (Tidak Sedar Diri) Suatu Kebenaran dan Cara-cara Memulihkannya

Pengertian Rasukan
Rasukan ialah satu perkara yang berkaitan dengan gangguan atau kekacauan akal (mental) seseorang manusia. Si mangsa tidak sedar apa yang diucapkannya dan dia juga tidak mampu menghubungkaitkan dengan apa-apa yang sedang atau yang telah diucapkan lantaran hilangnya daya ingatan sebenar akibat berlakunya kekacauan terhadap sistem saraf otak. Kekacauan di mental akan secara langsung menyebabkan berlakunya kekacauan di bahagian-bahagian lain yang telah dirasuk itu.



Takrif Rasukan Menurut Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-'Asgalaaniy
rasukan (tidak sedarkan diri) adalah disebabkan oleh sesuatu faktor, yang mengakibatkan berlakunya halangan anggota badan utama dari berfungsi secara sempurna tetapi ia bersifat sementara sahaja. Rasukan boleh juga berlaku disebabkan oleh perbuatan khianat jin. Hal ini berlaku hasil perbuatan sekumpulan jin-jin sama ada bertujuan untuk mengenakan penyiksaan terhadap si mangsa atau kemungkinan juga untuk menolong.

Dalil-dalil Tentang Thabitnya Rasukan
Sesungguhnya perihal rasukan ini telah thabit berdasarkan nas-nas al-Quran, hadis-hadis sohih serta akal. Ia benar-benar belaku dan mampu disaksikan oleh pancaindera. 

Pertama : Dalil-dalil Dari Al-Quran
Mafhumnya : “Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang-orang yang dirasuk syaitan lantaran (terkena) penyakit gila”. (Al-Baqarah: 275)

Menurut Al-Hafiz ibnu Kathir : “Maksud ayat tersebut adalah, mereka yang merlibatkan diri dalam sistem pengambilan riba, kedudukannya tidak akan tenang sebaliknya ialah seperti orang yang terkena rasukan syaitan, iaitu keadaannya menjadi sasau dan akibatnya selalu meracau-meracau. Jelasnya itulah satu bentuk kedudukan yang sangat keji dan buruk.”

Kedua: Dalil-dalil Dari Hadis-hadis Shahih
Di dalam beberapa hadis yang sahih, telah diceritakan beberapa orang telah berjumpa dengan Rasulullah saw dan mengadu akan kesakitan yang mereka alami. Rasulullah saw pernah memukul-mukul (dengan lembut, sebagai isyarat) belakang pesakit. Mulut Rasulullah saw juga kumat-kamit membaca doa. Selepas memukul-mukul ataupun membaca doa, Rasulullah saw pernah berkata “Keluar kau hei musuh Allah”. Rasulullah saw juga pernah berkata “Dengan nama Allah, aku adalah hamba Allah. Berambus kau hei musuh Allah.” (HR At-Thabraniy)

Ketiga: Dalil-dalil Aqal (Logik)
As Syeikh Muhammad al-Hamid telah berkata : “Jin adalah satu makhluk yang berjisim tetapi lembut dalam dalam hal ini dalil-dalil akal juga tidak menolak keupayaan makhluk tersebut membolosi ke dalam tubuh badan manusia. Ini adalah kerana sesuatu unsur yang lembut itu mampu membolosi ke dalam sesuatu objek yang padat. Contohnya udara dapat masuk ke dalam tubuh badan kita. Api pula, ia mampu membolosi arang. Cas elektrik dapat membolosi dawai-dawainya. Begitu juga dengan air yang dapat membolosi tanah, pasir, juga kain.

Katanya lagi, tragedi-tragedi kemasukan jin ke dalam tubuh badan manusia dapat disaksikan dengan jelas bahkan banyak sekali berlaku sehingga tidak terhitung banyaknya. Sekiranya ada manusia yang mengingkari hakikat tragedi-tragedi ini, maka ternyata itu hanyalah merupakan satu kenyataan dan seruan ke arah kebatilan.

Beberapa pendapat Ulama Mengenai Rasukan
Peristiwa-peristiwa daripada sirah Rasulullah saw ini turut membuktikan bahawa jin dan syaitan boleh memasuki tubuh manusia dan mendatangkan mudharat kepada kita. Daripada peristiwa ini juga, menunjukkan yang kita harus mempelajari ilmu perubatan Islam supaya kita dapat mengeluarkan jin dan syaitan yang mengganggu diri kita sendiri, keluarga ataupun masyarakat di sekeliling kita.

Pendirian Para Doktor Mengenai Rasukan
Pendirian Doktor Mengenai Rasukan. Salah seorang cendikiawan Amerika (Carl Jonhson), kakitangan Persatuan Kajian Biologi pernah komen mengenai rasukan berkata : “Sebenarnya masalah rasukan ini merupakan suatu perkara yang realiti yang tidak boleh diambil ringan oleh sesiapa pun, lantaran banyak sekali tragedi-tragedi yang berlaku di kalangan masyarakat. Selagi mana perkara tersebut wujud, selagi itulah ia menjadi tajuk penting serta wajib dipelajari dan ia tidaklah terbatas kepada bidang akademik sahaja.

Pendedahan Ilmu Perubatan Mengenai Rasukan
Doktor Ahmad as-Sabahiy ‘Abdullah berpendapat : “Penyakit tidak sedar atau terkena rasukan ini adalah hasil dari perbuatan roh-roh bumi yang jahat. Hanya roh-roh yang mulia mampu memberi tentangan terbaik terhadap kejahatan tersebut agar si mangsa pulih semula.

Kewajipan Memulihkan Mangsa Rasukan
Rasulullah dan sahabat rapatnya pernah beberapa kali memulihkan mangsa rasukan, ini bermakna, ianya menjadi fardu kifayah ke atas umat islam untuk memulihkan mangsa rasukan.

Persoalan Penting Mengenai Rawatan Memulihkan Mangsa Rasukan
Bukan terdiri dari orang yang terlibat dengan acara syirik mahupun tok bomoh yang menyembuhkan dengan bantuan/bersahabat dengan jin.
Ayat kursi merupakan ayat pertolongan dari Allah paling besar untuk membasmi kejahatan jin

Sebab-sebab Berlakunya Rasukan Jin Ke Atas Manusia
Nafsu syahwat yang memuncak tinggi, mabuk cinta, gila bayang, jin menyakngka manusia menganiayai mereka (menyimbah air panas dll), kezaliman jin itu sendiri dan sememangnya jin/syaitan itu musuh yang nyata bagi manusia.

Bagaimanakah Cara Jin Membolos Ke Dalam Badan Manusia?
Jin berjisim angin, manusia pula terdapat liang/rongga di tubuh. Setelah masuk, mereka menetap di otak

Beberapa Petanda Jn Telah Merasuk Manusia
Pertama: Petanda-petanda Semasa Tidur
1. Sukar untuk tidur, melainkan setelah puas mencuba
2. Selalu terjaga daripada tidur dalam keadaan terkejut
3. Rasa dihempap / ditindih semasa tidur (sukar bergerak atau bernafas)
4. Selalu mimpi yang ngeri
5. Mimpi bertemu binatang seperti kucing, anjing, ular
6. Mengertap gigi ketika tidur
7. Bercakap, ketawa, menangis, mengerang atau berjalan ketika tidur
8. Mimpi mengerang (menahan sakit)
9. Mengingau (berjalan ke sana ke mari dalam keadaan tidur)
10. Mimpi jatuh dari tempat tinggi
11. Mimpi berada di perkuburan atau tempat yang kotor seperti tempat pembuangan sampah atau tandas yang kotor
12. Mimpi sekumpulan manusia berwarna hitam, tinggi, lonjong, saiz kecil atau orang genit
13. Mimpi melihat lembaga atau makhluk yang pelik

Kedua: Petanda Semasa Jaga
1. Selalu pening atau sakit kepala yang bukan disebabkan oleh masalah mata, telinga, hidung, gigi, pangkal tengkuk atau perut. Biasanya sakit ini tidak hilang selepas mengambil ubat medikal
2. Terhalang untuk beribadah seperti solat atau berzikir
3. Selalu stress
4. Badan lemah dan tidak bermaya
5. Sakit pada anggota badan seperti pinggang dan belakang
6. Sakit pada sendi-sendi badan seperti lutut, dan doktor medikal tidak dapat mengesan puncanya

Bentuk-bentuk Rasukan
1. Rasukan secara keseluruhan: iaitu si jin merasuk keseluruhan badan si mangsa, seolah-olah berlaku kekejangan urat-urat saraf.

2. Rasukan secara sebahagian kecil: Iaitu jin menangkap di salah satu dari anggota badan seperti lengan, kaki atau lidah. ( ertinya ia tidak berfungsi dengan sebaiknya atau sering mengalami sakit-sakit di bahagian itu )

3. Rasukan secara tetap: Maksudnya ialah keberterusan si jin itu duduk diam di dalam tubuh si mangsa sehingga mamakan masa yang lama.

4. Rasukkan sekejap: Ianya berlaku dalam masa beberapa minit sahaja seperti terasa sesak-sesak.( Contohnya yang paling mudah ialah seperti orang yang kena tindih oleh makhluk jin yang kadangkala berlaku semasa tidur)

Beberapa Sifat Yang Harus Ada Pada Pemulih (Muallij)
Beraqidah, keikhlasan dalam tutur kata dan perbuatan, iktikad kalam Allah boleh memberi kesan, tahu selok-belok jin, tahu gelagat jin (helah), sudah berkahwin, menjauh diri dari perkara haram, taat pada Allah, selalu berzikir, mengikhlaskan hati dan memagar diri dengan Ilmu Pagar Diri.

Teknik-teknik Memulihkan Rasukan
1. Pastikan suasana yang sihat dalamrumah pesakit dengan mengeluarkan segala gambar-gambar (gambar manusia atau binatang),patung patung termasuk permainan kanak kanak yang berupa manusia atau binatangbertujuan supaya para Malaikat akan masuk kedalam rumah.

2. Keluarkan apa-apa tangkal azimatyang digunapakai oleh pesakit dan hendaklah dibakar.

3. Hindarkan persekitaran darisebarang bentuk nyanyian dan bunyi muzik.

4. Hindarkan sesiapa yang hadir dariperkara yang melanggar hukum syarak seperti orang lelaki yang memakai perhiasandari emas atau adanya wanita yang tidak menutup aurat dan wanita yang bersolek.

5. Jelaskan kepada pesakit dan ahlikeluarga secara ringkas mengenai aqidah yang sebenarnya supaya semua oranghanya bergantung harap kepada kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t. sahaja.

6. Berikan penerangan mengenaiperbezaan teknik rawatan yang berbeza dari cara rawatan tukang tukang sihir danbomoh bomoh dajjal yang lain, maklumkan bahawa Al-Quran sebenarnya adalahpenawar, penyembuh dan rahmat sebagaimana yang dikhabarkan oleh Allah s.w.t.sendiri.

7. Menyanyakan soalan kepada pesakituntuk mencari petanda dan kepastian seperti soalan:
a. Pernah atau tidak kamu bermimpimelihat binatang yang cubadatang menerkam;
b. Adatidak mengalami mimpi mimpi buruk yang sangat mengerikan;
c. Samada pernah bermimpi dirisendiri seolah olah akan jatuh dari tempat yang tinggi;
d. Samada pernah bermimpi sepertimenyusuri lorong lorong sunyi yang menakutkan.

Langkah Pertama: Membaca ayat ruqyah
Langkah Kedua: Pengecaman kedatangan jin
Langkah Ketiga: Proses Interaksi
Langkah Keempat: Cara interaksi dengan jin islam
Langkah Kelima: Tanya bahagian mana ia keluar
Langkah keenam: Pastikan adakah ia telah keluar

Pesanan Penting Untuk Orang Yang Merawat Pesakit
Mendoakan orang lain tanpa di ketahui olehnya
Ikhtiar rawatan yang kita lakukan adalah dengan doa-doa dan ia lebih mustajab lagi apabila kita mendoakan mereka sedangkan mereka tidak mengetahui kita mendoakan untuk mereka sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya;
Mafhumnya: Daripada Abu Darda’ r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Doa seorang muslim kepada saudaranya yang muslim tanpa diketahui olehnya adalah mustajab, (ketika berdo’a) akan ada didekatnya seorang malaikat muwakkal (pesuruh) setiap ia berdoa untuk saudaranya itu dengan sesuatu kebaikan (malaikat itu) akan berkata: Amin! Dan bagi engkau kebaikan yang sama (Hadis diriwayatkan oleh Muslim)

Berdosa besar menyembunyikan Ilmu
Mempelajari ilmu pengubatan Islam adalah Fardu Kifayah dan ia dituntut supaya ada di kalangan kelompok masyarakat umat Islam mempelajarinya. Ilmu ini tidak boleh disimpan atau dirahsiakan. Adalah berdosa besar menyembunyikan ilmu sebagaimana di sebut oleh Rasulullah s.a.w. di dalam sabdanya; 
Mafhumnya: Daripada Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu, kemudian ia menyembunyikannya maka Allah akan rantai di Hari Kiamat nanti dengan rantai daripada api neraka. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)

Mengamalkan Ilmu Perubatan Islam sebagai dakwah
Mempelajari ilmu pengubatan Islam dan mengamalkannya juga merupakan sebahagian daripada dakwah. Dakwah yang paling besar ialah mengajak masyarakat supaya meninggalkan ilmu-ilmu pengubatan yang mengandungi unsur-unsur syirik yang tidak diakui sah oleh Islam seperti yang diamalkan oleh sebahagian daripada pengamal perubatan tradisional Melayu. 

Perlu mendapat Ilmu terus daripada guru dan diijazahkan
Ilmu pengubatan Islam mesti dipelajari daripada guru secara terus, anak murid seboleh-bolehnya melihat muka tuan guru ketika menerima ilmu tersebut. Kemudian setelah selesai belajar, guru akan mengijazahkan dengan ilmu pengubatan Islam, sebagai tanda tamat belajar.

Jangan meninggalkan amalan zikir
Saya ingin berpesan walaupun apa yang berlaku, apabila saudara hendak menjadi perawat atau pembantu perawat, menjadi pengajar, menjadi guru atau sebagainya, pesan saya ialah jangan tinggal langsung zikir.  Sebab musuh utama kita ialah syaitan dan dia tahu bahawa kita telah belajar ilmu yang boleh menyakiti dia atau tidak menyenangkan dia berada di dalam badan manusia, maka dia dengan sendirinya akan mencari dimana kelemahan yang ada pada kita. 

Bersabar menghadapi cubaan dan dugaan
Bila beramal dengan ilmu-ilmu pengubatan Islam ini, saudara pasti akan berjumpa dengan halangan-halangan kerana “Tidak ada suatu yang baik melainkan ada halangannya, itu adalah perkara biasa” kerana Setiap nikmat yang anda perolehi itu, jangan lupa bahawa ada yang mendengkinya seperti disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya;
Mafhumnya: “Berahsialah ketika melaksanakan keperluan-keperluanmu, kerana sesungguhnya setiap yang mendapatkan nikmat  ada yang hasad (kepadanya)”. 
(Hadis Sahih, diriwayatkan oleh al-Imam al-Thabrani).

Jangan menetapkan bayaran untuk rawatan
Prinsip kita memberikan rawatan adalah secara percuma, walaupun syariat Islam tidak menghalang kita menerima pemberian daripada pesakit. Janganlah menetapkan bayaran sebelum dan selepas merawat pesakit. Rawatan yang diberikan hendaklah dengan niat ikhlas kerana Allah SWT. Kita berserah kepada Allah SWT dan membiarkan-Nya memberikan balasan kepada kita. Yang manakah yang lebih baik balasannya? daripada manusia atau daripada Allah SWT? Kita perlu memahami bahawa manusia bersifat kedekut, suka berkira, suka mengungkit, kadang kala sifat manusia ini menyakitkan hati kita. Kita hanya meminta supaya Allah SWT sahaja yang membalas, kerana Dialah sahaja yang Maha Pemurah lagi Maha Pemberi. 

Wajib menyimpan rahsia pesakit
Ketika dirawat, kadangkala pesakit menyebutkan perkara-perkara yang tidak benar dan juga perkara-perkara yang mengaibkan, justeru itu adalah wajib bagi kita merahsiakan cerita-cerita yang diberitahukan kepada kita oleh pesakit. 

Jangan mengatakan “Buatan Orang atau Kena Sihir”
Ketika memberikan rawatan jangan menyebutkan perkara-perkara yang tidak betul umpamanya mengatakan penyakit itu adalah disebabkan sihir atau buatan orang. Kita tidak mengetahui semua itu, yang maha mengetahui hanya Allah SWT. Kerana perbuatan begini (mengatakan sebab sihir atau buatan orang) boleh memecah-belahkan sesama ahli keluarga pesakit dan inilah yang sangat disukai oleh syaitan. 

Memberikan harapan kepada pesakit
Sepatutnya kita memberikan harapan kepada pesakit dengan memberikan keyakinan kepada mereka bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;
Mafhumnya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali berserta dengan ubatnya” (Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari)

Allah SWT menurunkan setiap penyakit dan Allah juga yang menyediakan ubat bagi setiap penyakit.  Sesuatu penyakit yang dihidapi oleh seseorang adalah salah satu ujian daripada Allah SWT. Ujian tersebut yang sebenarnya sangat kecil jika dibandingkan dengan rahmat Allah SWT yang diberikan kepada kita adalah sangat besar.

Elakkan daripada menawarkan diri untuk merawat
Kita akan bertemu dengan pelbagai masalah dan kerenah pesakit di dalam masyarakat, jangan menawarkan diri untuk memberikan rawatan sebaliknya berilah rawatan apabila diminta. Ini untuk mengelakkan kita daripada dipersalahkan apabila penyakit itu tidak sembuh atau merebak atau yang lebih buruk daripada itu jika pesakit itu kembali ke rahmatullah.  

Berikhtiar dan berserah kepada Allah SWT.
Semua masalah penyakit, kita hanya merujuk kepada Allah SWT. 
Daripada-Nya datang segala kebaikan, dan kejahatan tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah SWT. Kita hanya berikhtiar untuk membantu mereka, ada usaha kita dan doa-doa kita yang dimakbulkan dan ada juga yang Allah SWT tangguhkan, yang paling penting kita berikhtiar bersungguh-sungguh dengan ikhlas kerana Allah SWT. 

Jadilah Hamba Allah yang terbaik
Sebaik-baik manusia ialah yang memberikan manfaat kepada orang lain, sebagaimana Rasulullah s.a.w. bersabda;
Mafhumnya:Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia  lainnya (Hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad dan Thabrani)

Saudara perlu mempunyai azam untuk menjadi hamba Allah yang terbaik. Tinggalkanlah segala yang haram dan ambillah yang halal sahaja. Berilah bantuan kepada masyarakat yang datang kepada kita dan memerlukan pertolongan kita.

Beberapa Contoh Pemulihan Secara Praktikal Ke Atas Mangsa Rasukan
Rujuk ayat ruqyah di sini http://ibnnajib.blogspot.com/2010/03/ruqyah-syariah_15.html
Cara-cara Yang Diharamkan Mengenai Proses Mengeluarkan Jin

PENYEMAHAN.
As Syeikh Yasin Ahmad 'Lid telah berkata: "Terdapat segolongan manusia yang telah mencipta sejenis pesta yang mana ianya tidak pernah diwariskan oleh mereka yang terdahulu. Pesta tersebut terang terang merupakan salah satu perkara bid'ah di zaman ini yang mana didalamnya penuh dgn bermacam macam aneka perbuatan mungkar, dan mengakibatkan pembaziran harta benda serta tragedi tragedi seks rambang" Pesta jijik yang dimaksudkan ialah pesta penyemahan kewujudan adalah diatas alasan untuk menyembuh penyakit serta menghilangkan derita rasukan jin keatas seseorang pesakit, Untuk tujuan itu lahirlah berbagai kefasadan, hilanglah maruah diri dan kehormatan, serta mengalirkan harta benda dan wang ringgit tanpa sebarang faedah. Akhirnya bertindak memudaratkan struktur ekonomi dalam sesebuah masyarakat semata mata untuk menjayakan pesta gila tersebut. Apabila seseorang wanita diserang penyakit rasukan, maka beberapa wanita syaitan yang lain telah datang kononnya cuba mengubati simangsa dan menghalau jin yang merasuknya.Untuk menjayakan proses kesyaitanan itu, masing2 telah meminta bahan bahan penyemahan yang sukar ditemui dan membebankan. Misalnya meminta mencari ayam yang ganjil atau lembu, unta dan sebagainya. Dan hal itu berlaku ketika masing masing sedang dalam keadaan menurun (naik syeikh) (tidak sedar kerana jin sudah masuk dalam tubuh) . Setelah permintaan pelik itu ditunaikan maka pesakit akan diarak. Pesakit dinamakan tuan puteri , tuan puteri akan memakai baju yang mahal mahal, api api lilin dinyalakan keliling puteri itu. Berbagai bagai alat muzik sperti gendang rebana, serunai kompang serta nyanyian akan dimainkan. Dalam hal itu pesakit mula mencapai kegembiraan dan keasyikan lalu berakhirlah sakit yang dihadapi!!!. Akan tetapi Derita yg dialami berulang kembali dan begitulah seterusnya berkali kali dihadapi mangsa. Ini memberi peluang kepada syaitan syaitan ifrit membuat permintaan yang amat dasyat nilainya sehingga pesakit terpaksa menanggung derita kerana kehabisan wang ringgit dan harta benda semata mata mengharapkan pesakit akan sembuh.

AKUR TERHADAP KEMAHUAN JIN
Tok bomoh akan meminta jin merasuk tubuh mangsa meminta apa sahaja yang diingini. Dan beliau akan menunaikan permintaan yang karut marut. Ada juga yang meminta supaya di sembelihkan binatang2 atau memakaikan kepadanya emas,atau meminta rokok untuk dihisap. Perkara perkara ini hanyalah menambahkan lagi kekufuran, kethagutan yang sedia ada. Tetapi malangnya selepas diminta perkara perkara itu si syaitan jin itu akan datang semula mengacau mangsa mangsa itu berkali kali…..

MENGGUNAKAN KHIDMAT KHADAM.
Cara ini tidak akan berlaku melainkan sitok bomoh itu akan meminta khidmat bantuan jin yang telah menjadi khadamnya. Si jin khadam akan diarahkan supaya menghalau keluar jin yang merasuk tubuh simangsa, Kadang kala jin khadam ini lebih daif dan penakut berbanding dgn jin yang ada didalam tubuh mangsa, Lalu dia tidak berjaya menghalaunya…….


MELALUI SUMPAHAN
Tok Bomoh bersumpah sumpah atas nama ketua jin dari kalangannya. Ini kerana makhluk jin ini pun ada puak puak dan berkabilah. Ada yang lemah dan ada yang kuat. Ada diantaranya yang terdiri dari kalangan bangsawan dan pembesar pembesar dan ada juga dari kalangan raja raja jin. Tok Bomoh akan berkenalan dgn jin yang merasuk bertujuan mengetahui perihal kehidupan mereka dan ketua ketua mereka. Jelasnya perkara ini merupakan pertolongan jin untuk menolong menjayakan hasrat tok bomoh. Apabila diketahui rahsia rahsia itu maka tok bomoh mula bersumpah dengan keagungan raja raja jin yang merasuk. Akibatnya jin tadi menjadi takut lalu lari. Perbuatan ini terang terang berupa syirik.

Beberapa Petua Dan Nasihat Penting Untuk Mengelakkan Diri Dari Terkena Rasukan
1. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'ajwah dan jika boleh makan bersama tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
"barang siapa yang memakan tujuh biji tamar'ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
(Riwayat Al Bukhari)

2. Berwuduk Sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada meraka. Sabda Rasulullah s.a.w : Ertinya:
"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya"
Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa:
"Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci"
(Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)

3. Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa terhadap solat berjamaah akan menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain. Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah saw telah bersabda: Ertinya:
"Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan"
Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya. (Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)


4. Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari Sihir.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. SIfat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tidak ubah seperti bumi yang ketandusan akabibat kesan tindak balas hasil perlakukan syaitan tersebut.

5. Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas.
Tandas adalah tempat ktor dan merupakan rumah bagi syaitan, Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuku tandas. Baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya:
"Dengan nama Allah. Ya ALlah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan" (Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina

6. Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kenannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa: 
اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جُبِلَتْهَا عَلَيْهِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جُبِلَتْهَا عَلَيْهِ
"Ya Allah aku memohon kepada-Mu, kebaikannya, dan kebaikan yang Engkau ciptakan pada nya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang ada pada nya." HR. Abu Daud, Albani menshahihkan
اللَّهُمَّ بَارِكْ لِيْ فِيْ أَهْلِيْ، وَبَارِكْ لَهُمْ فِيَّ، اللَّهُمَّ اجْمَعْ بَيْنَنَا مَا جَمَعْتَ بِخَيْرٍ، وَفَرِّقْ بَيْنَنَا إِذَا فَرَّقْتَ إِلَى خَيْرٍ
"Ya Allah, berilah aku keberkatan kerana isteriku, dan berilah isteriku keberkatan kerana aku, ya, Allah! satukanlah kami dalam kebaikan, dan jika Engkau memisahkan kami maka pisahkanlah kepada kebaikan." HR. Thabrani, Albani menshahihkan.
Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya: (Riwayat Abu daud dan Menurut Al Albaaniy Sanadnya Baik)

via- 
http://ibnnajib.blogspot.com/2010/12/fasal-2-perisai-kebal-untuk-menangkis.html

No comments: