Tuesday, January 10, 2023

Nota Tauhid

📖BICARA ILMU TAUHID ASWJ


Perkara yang perlu diketahui penuntut ilmu mengenai sifat bagi makhluk. 


1. Jirim (جرم)  iaitu sesuatu yang memerlukan ruang atau lapang. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu:


i. Jisim (جسم): sesuatu yang boleh dibahagi-bahagikan. Ianya juga terbahagi kepada dua bahagian:


• Kathif (كثيف): iaitu kasar seperti manusia termasuklah muka, tangan, mata, telinga, jari, tumit, kaki, dan juga pokok, bumi dan lain-lain.


• Lathif (لطيف): iaitu halus seperti cerah, gelap, cahaya malaikat, jin dan lain-lain.


ii. Jauhar Fard/Fird (جوهر فرد): sesuatu yang tidak boleh dibahagi-bahagi kerana terlalu kecil seperti atom, molekul, proton, neuron.


2. ‘Aradh ialah sifat sesuatu yang baharu atau sifat sesuatu benda. Ia terbahagi kepada 4 bahagian:


i. Aina (أين): Tempat: di ‘Arasy, langit, bumi, 6 arah: depan, belakang, kanan, kiri, atas, bawah.


ii. Kaifa (كيف): Saiz: besar, kecil, tinggi. Perbuatan: bersemayam, turun, naik, datang, gerak, diam. Warna: putih, hitam. Keadaan: muda, tua, sejuk, panas.


iii. Mata (متى): Dilingkungi masa: dahulu, sekarang, akan datang, berubah.


iv. Kam (كم): Berbilang²


a) متصل - juzuk/anggota

b) منفصل- jenis yg sama


Juzuk/lapisan badan yang terdiri daripada: roh, tisu, daging, tulang.

    

▪︎Maka kenal lah Dia, iaitu Allah Tuhan Sekelian Alam (Makhluk). Dia wujud (ada) tetapi (bersalahan) tidak serupa dengan semua perkara diatas. 


▪︎Allah Tidak Bertempat

Allah Ada Tanpa Tempat


▪︎Selain Allah adalah makhluk.


Firman Allah :

لَيْسَ كَمِثْلِهِۦ شَىْءٌ


"Artinya : Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan-Nya."


Wallahua'lam Bissowab




No comments: