…”bahawasanya adalah bagi segala kaum penghulu ahli al-saufi itu beberapa istilah mereka itu yang tiada mengetahui akan dia melainkan ahlinya.Maka tiada harus [bagi] yan g bukan ahlinya itu mentelaahkan segala kitab mereka itu kerana yang tiada mengetahui akan kehendaknya diambilnya atas zahir perkataan mereka itu maka membawa’ kepada kufur; sebab itulah diharamkan metala’ah segala kitab mereka itu [mereka] yang bukan ahlinya, seperti kata Syaikh Muhyi’l-Din ibn al-‘Arabi radiya’Llahu ‘anhu, nahnu qaumun tahrim mutala’ati kutubina …ertinya bahawasanya adalah kami sduatu kaum yang haram mentala’ahkan segala kitab kami’ yakni apabila tiada tahu akan segala istilah mereka itu.
Katanya:
Maka sayugianya jangan kita memudah-mudahkan segala perkataan mereka itu dengan ilham Tuhan mereka itu.Maka kebanyakan segala kitab mereka itu dengan mutasyabihat tiada dapat bagi segala orang yang ahli al-zahir mengambil dengan zahir katanya [yang pada zahirnya itu] menyalahi syariat dan hakikatnya sekali-kali tiada menyalahi batin syariat ; maka wajib atas murid apabila yang tiada tahu akan kehendak mereka itu ia menyerahkan segala perkataan mereka itu kepadanya, jangan ia meng(ing)karkandia dan jangan menyalahkan dia sepertim kata Syaikh Abul-Hasan al-Syadhili (rd);
Maka bermula orangn yang membenarkan pada ilmu kami ini wali kecil
Katanya
Maka setengah daripada istilah mereka itu ‘huruf aliyat’ yang lagi akan datang kenyataannya dua bait syair karangan Syaikh Muhyi al-Din ibn al-‘Arabi, dan demikian lagi seperti kata tilmidh (atau murid)nya dan khalifahnya Sadr al-Din [al-Qonyawi] Buni, ‘wa ra’al-haqq mir’ah’ yura’ yang lagi akan datang kenyataannya beberapa banyak.Maka apabila engkau ketahui akan perkataan segala ahli saufi dengan isyarat jua, maka ta’ dapat tiada daripada kita ketahui akian isyaratnya.Maka sekaranglah hamba nyatakan:
Ketahui olehmu bahawasanya adalah bagi Hak Subhanahu wa Ta’ala itu beberapa martabat [pada sisi pandangan rohaniah dalam kesedaran para ‘arifin, bukan pada falsafah yang ditanggapi dengan lamunan otak atau minda-ujem] pertama Ahadiah, maka (1B)
Ahadiah
Iaitu martabah ‘la ta’ayyun’, iaitu ‘kunhi zat’ [iaitu semata-mata Zat Allah ta’ala tiada lainnya], kedua ‘wahdah’ [di]namakan dia ‘ta’ayyun awwal’ yaitu ibarat daripada ta’luk IlmuNya akan ZatNya dan akan sifatNya dan akan segala yang maujudat atas jalan ijmal, maka dinama akan dia Hakikah al-Muhammadiyyah [bukan nabi Muhammad s.a.w. yang di Mekah dan Medinah secara zahir itu], ; ketiga wahidiyyah dinama akan dia ‘ta’ayyun thani’, yaitu ibarat daripada ta’aluk ilmuNya akan ZatNya dan segala SifatNya dan segala maujudat atas jalan tafsil [terperinci satu demi satu, tetapi masih dalam Ilmu Allah yang Kadim dan azali], dan dinamakan dia hakikat insaniah [tidak bersangkut dengan manusia itu lagi, sebab ini beluam ada apa-apa].Maka ketiga[-tiga] martabat ini [martabat Ahadiah, Wahdah dan Wahidiyyah] itu kadim lagi dinamakan martabat keTuhanan.
Katanya:
Dan adalah [ia, yang dikatakan martabat keTuhanan, belum ada apa-apa yang lain itu] diu[m]pamakan ‘ilman martabat Ahadiyah seperti kertas yang lapang, yang tiada di dalamnya suatu kaid jua [tak ada kaitan dengan apa-apa], demikian rupanya O .Sebab inilah dinamakan ‘martabat itlak’ yakni lepas daripada ada sesuatu dan ‘la ta’ayyun’.[Dikatakan demikian] dengan sebab tiada ada nyata sesuatu juapun .
Wahdah
Katanya:
Dan mithal pula akan martabat wahdah itu u[m]pama noktah di dalam da’irah [atau bulatan] yakni titik yang satu demikian rupanya . , maka noktah itu asal bagi segala huruf, yakni menerima lagi mengandung segala huruf yang hendak disuratkan, tetapi ijmal di dalamnya yakni berhimpun di dalamnya tiada ada kenyataan huruf,
Wahidiyyah
Dan mithal pula akan martabat wahidiyyah itu u[m]pama ‘alif’ asatu huruf yang lain yang nyata dalam dairah [atau bulatan] demikian rupanya O [maka dibuat rajah bulatan ditengah-tengahnya ada alif], maka alif itu kesempurnaan noktah yang ijmal lagi ta’ayyun yang nyata sekira-kira tiada menerima paling lagi, sebab itulah dinamakan ta’;ayyun thani’, kerana noktah itu ta’ayyun awal, dan alif itu ta’ayyun thani , demikianlah mithal bila tashbih, walillahi’l-mathalul-a’la [ayat Qur’an surah al-Nahl ayat 60].
Katanya;
Dan demikian lagi [di]mithalkan pula oleh setengah ulama akan ketiga martabat itu supaya me[ng]hampirkan [kepada] faham kita , maka martabat ahadiyah itu seu[m]pama zihin [atau fikiran atau minda] kita tatkala sunyi ia daripada musta’kalkan sesuatu yakni merupakan suatu [dalam fikiran itu minda itu], maka dikatakan ‘la ta’ayyun’.Maka apabila memulai engkau pada musta’kal kan sesuatu maka dinamakan ta’yyun awal’ dan apabila [di]lanjutkan (folio 2A)
ta’akul itu, lagi berkekalan pula ia dinamakan ta’ayyun thani ; maka adalah dua martabat ini [dalam syuhud orang yang ‘arif dalam pandangannya yang tinggi itu] yaitu wahdah dan wahidiyyah ibarat daripada dairah [atau lingkungan] ilmunya yang kadim; maka dari kerana inilah [maka] dinamakan dia ‘a’yan thabitah’ [‘ain-‘ain yang tetap dalam ilmu Allah yang kadim dan azali belum tercipta lagi]; maka ertinya ‘a’yan thabitah’ itu barang yang sabit di dalam ta’aluk ma’lum ilmuNya Allah ta’ala pada azalnya, tiada ada di sana itu melainkan ZatNya [semata-mata] dan segala SifatNya yang kadim jua.
A’yan Thabitah
Tentang a’yan thabitah itu katanya:
Maka a’yan thabitah itu [ialah] barang yang tiada mencium bau wujud, yakni belum lagi keluar daripada kalimah ‘kun’, maka apabila dikehendaki akan wujudnya, maka dikhitabkan kepada a’yan thabitah dengan [seolah-olahnya-uem] dijadikan kuat pendengaran daripadanya dan dilafaz ‘kun’ maka jadilah seumpama yang a’yan thabitah itu dengan Kodrat Allah subahanahu wa ta’ala , maka dinamakan dia kemudian daripada wujud khitab itu a’yan kharijiyyah; maka adalah ia muhdath [baharu], yang baharu, kerana athar [atau bekas, kesan] Kodrat yang kadim.Maka jangan engkau sangkakan a’yan kharijiyyah yaitu daripada a’yan thabitah, kerana a’yan thabitah itu tiada mencium bau wujud sekali-kali lagi kadim, betapa ia menerima keluar , maka betapa jadi hadath [atau hadith, baharu], , maka hanyasanya yang a’yan kharijiyyah itu ‘bayan’ bagi a’yan thabitah.
Dan adapun a’yan thabitah itu ka’in,[ada], yakni tetap ada iaitu, sabit, berkekalan seperti adaNya jua, kerana ma’lim ilmuNya itu tiada bercerai daripada ZatNya, seperti tiada bercerai segala sifatNya yang kadim.Demikian difahamkan perkataan ini.
A’yan Kharijiyyah
Tentang a’yan kharijiyyah, katanya:
Dan adalah a’yan kharijiyyah itu martabat ‘ubudiyyah, yakni kehambaan, dan adalah martabat ta’ayyun awwal dan ta’ayyun thani makam anbia’ dan aktab [para wali kutub], yang dapat mawarinya (?) daripada mereka itu daripada kadarNya dan pada dapat ia pandangkan wahdah di dalam kathrah [pandang yang satu dalam yang banyak dalam pendangan kerohanian] ialah makam [atau darjah kerohanian] orang yang taraqqi [orang yang mendaki] yakni memandang Allah ta’ala di dalamk tiap-tiap sesuatu [bukannya secara erti hulul, seperti Tuhan ‘meresap’ ke dalam sesuatu, sebab Tuhan bukan benda], seperti kata ahli’Llah, ‘ma ra’aitu shai’an illla wa ra’aitu’Llaha fihi’: ertinya tiada aku pandangkan sesuatu merlainkan ku pandang Allah padanya’.Maka tiada menegahkan banyaknya itu [iaitu banyaknya dan pelbagainya makhluk itu] akan memandang keesaan Allah t’ala (folio 2B)
Dan dapat pula memandangkan ‘kathrah’ di dalam wahdah, yaitu makam orang yang tanazzul, yaitu memandang yang banyak yang ia segala [yang] baharu ini di dalam wahdah , yakni Tuhan yang esa.Maka tiadalah menegahkan bagi segala yang ‘arif yang kamil mukammil [yang sempurna segi rohani dirinya dan boleh menyempurnakan orang] itu daripada menilik keduanya kerana kathrah itu tidak dapat tiada daripada wahdahnya, kerana tiada dapat istiqlal [yakni menjadi merdeka tersendiri] sendirinya sekali-kali, kerana keadaan wahdah itu mempunmyai sifat dan asma’ dan af’al yang memnyabitkan athar Kodrat dan Iradah yang menyabitkan kathrah yaitu wujud segala alam.
Selepas itu, katanya tentang kata-kata ibn ‘Arabi:
Maka apabila engkau faham daripada perkataan ini, engkau ketahui pula akan kata-kata Imam al-‘Arifin Saidi Muhyil-Din ibn al-‘Arabi di dalam kitab Manazil al-Insaniyyah,demikian bunyinya: [dalam] syair: ‘kunna hurufan ‘aliyat …(tak terang) …ertinya: Telah adalah kita sekelian beberapa huruf yang amat tinggi [sebagai ilmu Tuhan yang kadim dan azali sebelum dicipta olehNya ala mini], belum lagi dijadikan akan kita dengan firmanNya ‘kun’, dan adalah kita muta’allaq [bergantung bersambung-sambung antara satu dengan lain tidak bercerai-cerai] dengan segala kita, yakni adalah segala makhluk itu adalah ia di dalam inkishaf Ilmu Tuhan kita [yakni kita berada dalam nyata Ilmu Tuhan kita], masing-masing, dan bercerai-cerai mahiyyahnya, dan itu adalah dalam kepala-kepala segala bukit, yakni kemuncak aku-engkau di dalamnya, dan kami dan engkau, dan engkau dan ia, dan sekelian pada ‘huwa’ itu Ia jua.
Lepas itu katanya;
Maka tanyai olehmu orang yang wasil [yang mencapai ma’rifat dan mengenal Tuhan sebenarnya], yakni orang yang sampai, maka dikehendaki oleh syaikh dengan katanya: Telah adalah kita sekelian beberapa huruf yang amat tinggi belum lagi dijadikan akan kita ini, yakni telah adalah kita pada azal beberapa haqa’iq ghaibiyyah [hakikat-hakikat yang ghaib] yang thabit sekelian kita di dalam ilmu hak ta’ala belum lagi kita dijadikan… kerana adalah bagi tiap-tiap yang maujud (folio 3A)…
Itu ada dengan ‘mahiyyah’ kejadiannya, dan adapun halnya dan martabatnya dan hukumnya dan adalah sekelian itu lagi di dalam ma’lum ilmu [Tuhan] yang kadim, dan dikehendaki dengan katanya ‘dan adalah yang demikian itu di dalam kepala-kepala segala bukit’, yakni di dalam ta’ayyun awal, yang dinamakan dia martabat wahdah yang ijmal yang terdahulu sebutnya,
Katanya lagi:
Dan yang dikehendaki dengan katanya ‘aku engkau di dalamnya dan kami engkau dan engkau ia’ itu, yakni daripada pihak ijmalnya belum lagi tafsil, tiada berbeza setengah daripada setenganya.Martabat itu tetapi aku itu aku jua dan engkau itu engkau jua dan ia ia jua, misalkan yang demikian itu dengan tiada tashbih, seperti air digugurkan ke dalam laut, maka tatkala itu adalah kita dapat membezakan dia daripada air laut maka kita kata air itu laut, dan laut itu air, tetapi yang laut itu laut juga dan air itu air jua, tiada dapat bertukar kerana adalah segala hakikat itu tiada dapat bertukar-tukar
Katanya lagi:
Dan taktkala nyatalah kita ingat akan air yang setitik itu sebab hairan kita daripada memandang laut maka tatkala itu dapat kita kata sekelian itu laut [dan janganlah pula terfikir dengan misalan ini bahawa Allah itu bersambung zatNya dengan zat kita, Allah adalah Allah, Tuhan kita, kita adalah makhluk ciptaanNya.
Katanya;
Dan dikehendaki dengan katanya:’ dan sekeliannya pada ‘huwa’ itu ia jua yakni adalah sekelian pada martabat ahadiah daripada pihak tamsi [yakni terhapus dalam penyaksian batin serwaktu dalam pengelaman rohani yang berkenaan] yakni hapus di dalamnya ia jua, kerana nyata tiada menerima di sana lain daripada nama ‘huwa’ dan ia nama hadrat ‘la shay’ ma’ahu [tiada sesuatu denganNya, merujuk kepada hadith yang bermaksud, telah adalah Allah walhal tiada ada sesuatu berserta denganNya], dan segala hadrat yang dibawahNya [di bawah dari segi darjat hakikinya, ‘ontologinya’] di namakan hadrat ‘wa huwa ma’akum ainama kuntum’ [Ia bersama dengan kamu di mana kamu berada], dan dikehendaki dengan katanya ‘maka tanya olehmu akan orang yang wasil
No comments:
Post a Comment