Fawaid Bukhari
Ibunya pula adalah adik beradik dengan dengan Ummu Haram رضي الله عنها dan Ummu Haram ini adalah makcik susuan kepada baginda nabi صلى الله عليه وسلم kerana saudara lelakinya adalah pakcik susuan kepada nabi Sallahu'alaihi wasallam.
Menariknya kisah mereka berdua ini adalah Baginda Nabi Sallahu'alaihi wasallam pernah singgah ke rumah mereka berdua dan tidur tengahari dirumah mereka.
Sehingga Imam Bukhari رحمه الله تعالى telah meletakkan suatu tajuk bab khas dalam kitab Istizan berkaitan orang yang singgah kerumah seseorang lalu tidur tengahari didalamnya lalu dibawa dua hadith iaitu yang pertama berkaitan Ummu Sulaim رضي الله عنها telah mengumpulkan peluh nabi ketika baginda sedang tidur tengahari dan mencampurkan kedalam wangian dan riwayat Imam bukhari ditambah dengan dimasukkan juga rambut nabi Sallahu'alaihi wasallam kedalamnya berbeza dengan riwayat Imam Muslim hanya menyebut peluh sahaja tanpa rambut.
Kemudian hadith kedua berkaitan kisah Ummu Haram رضي الله عنها berkaitan nabi tidur dirumahnya sehingga bermimpi sebanyak dua kali melihat jemaah islam yang akan berlayar dilautan sehinggalah diminta beliau agar didoakan tergolong dalam kelompok jemaah tersebut akhirnya didoakan dan dikabulkan lalu meninggal dunia sewaktu peristiwa itu terjadi kerana jatuh dari kenderaannya saat keluar dari laut sehingga gugur syahid.
Hari ini kubur beliau ada dikepulauan Cyprus menjadi saksi kebenaran sabda nabi Sallahu'alaihi wasallam dan kesungguhan beliau dalam menyebarkan agama islam sehingga wafat dihujung hujung dunia.
Wallahua'lam
Sekian sekadar coretan dimalam hari
No comments:
Post a Comment