Monday, May 2, 2011

Kepentingan Kepimpinan Ulamak (siri 1)

Mengapa perlunya kepimpinan Ulamak
                                  
            ومن لم يحكم بما أنزل الله فأولىأكهم الكافرون     
                                            
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian,segala puji-pujian  hanya layak kepada Allah yang mencipta dan mentadbir sekalian raja-raja diatas muka bumi .Selawat dan salam kepada sebaik-baik makhluk  Sayyidina Muhammad  dan keluarga serta sahabatnya.Tergeraknya  hati ini untuk menulis setelah ‘beruzlah’ agak lama di ruangan blog ini kerana melihat  sedikit kepincangan yang berlaku didalam masyarakat kita Malaysia yang semakin hari jauh daripada Allah dan syariatnya.Dengan itu saya rasa diri ini menjadi wajib untuk menegakkan kebenaran  sekadar ilmu yang ada dalam membetulkan masyarakat yang tempang fahaman agama ini kerana mengingatkan azab Allah yang pedih kepada sesiapa yang menyembunyikan kebenaran.

Saya tidak mahu berceloteh panjang pada kali ini melainkan untuk menerangkan kepada anda sekalian bahawa wajib kepada umat Islam menegakkan negara yang diperintah oleh hukum Islam kerana Islam itu perlu memerintah bukan diperintah.Beberapa persoalan akan timbul apabila perkara ini diketengahkan.Antaranya ialah,apa itu negara Islam?Siapa yang layak menjadi pemimpin  negara Islam?Siapa itu ulamak?Apa kepentingan politik dengan ulamak?Saya akan huraikan sekadar  ilmu yang ada  mengikut  tertib soalan diatas.

Apa itu Negara Islam?

Negara Islam mengikut istilah ringkasnya ialah sebuah negara yang diperintah oleh orang Islam yang faham secara mendalam tentang Islam dan menjadikan dasar serta perlembagaan negara tersebut bersumberkan Al-quran ,hadis ,ijmak dan qias.

Siapa yang layak menjadi pemimpin negara Islam?

Golongan yang layak menjadi pemimpin negara Islam ialah individu yang mengetahui dan faham secara mendalam tentang  Al-Quran,Hadis,Ijmak dan Qias  kerana ianya merupakan sumber utama rujukan sesebuah negara Islam.

Siapa itu ulamak?

Ulamak ialah golongan yang mendalami secara terperinci  tentang Islam dan mempunyai kepakaran dalam menghuraikan al-quran ,hadis,ijmak dan qias sama ada dalil-dalil yang disepakati ataupun dalil-dalil yang tidak disepakati.

Apa kepentingan Ulamak dengan politik?

Politik biasanya dikaitkan dengan pemerintahan didalam sesebuah negara baik menggunakan kaedah demokrasi atapun tidak.Didalam sistem politik terutamanya di Malaysia pada hari ini  menggunakan kaedah demokrasi berparlimen dimana, mana-mana individu atau parti  yang mendapat undian terbanyak daripada rakyat akan diangkat menjadi sebuah kerajaan yang membolehkan memerintah negara.Oleh itu jika individu yang diangkat menjadi pemimpin itu adalah golongan yang pakar dalam agama ,maka beliau akan memerintah sesebuah kerajaan  bersumberkan al-quran,hadis,ijmak dan qias dan itulah sepatutnya berlaku kerana ianya adalah arahan Allah.Jika individu yang diangkat menjadi pemimpin adalah mereka yang jahil tentang agama ,mereka akan memerintah mengikut pengetahuan yang ada,jika dia berfikiran sekular maka sekularlah pemerintahannya,jika liberal maka pemerintahannya liberal.Maka dengan itu golongan yang selayaknya memerintah sesebuah negara ialah golongan yang pakar dalam undang-undang dan perlembagaan Allah yang boleh menghuraikan al-quran dan hadis secara terperinci serta membawa negara itu sesuai dengan kehendak Allah iaitulah golongan yang dipanggil ulamak.

Kesimpulannya ,Pemimpin yang terbaik memerintah negara adalah Rasulullah(selawat dan salam atasnya dan keluarga),kemudian para sahabat baginda,kemudian para pengikut sahabat baginda dan kemudian adalah para ulamak.

“Bersama Mempertahankan Kepimpinan Ulamak"

Thursday, March 17, 2011

Tarbiyah Iman

'Iman itu bertambah dan berkurang'.

'Perbaharui Iman kamu dengan mengatakan Tiada Tuhan Melainkan Allah'

Beberapa pesanan Rasulullah dan kata-kata ulamak terhadap manusia memesan agar memeriksa tahap kesihatan Iman yang berada didalam diri kita pada setiap masa.Iman yang menguasai diri mampu untuk memerintah diri dan orang lain ke arah kebaikan dan mampu memerintah rakyat dengan adil dan saksama sekiranya pemerintah sesebuah negara memerintah negaranya dengan tahap keimanan yang berada pada dirinya begitu tinggi.

Marilah sama-sama kita memeriksa tahap keimanan dalam diri kita dengan menyoal adakah perkara-perkara berikut boleh kita laksanakan?

1. Upaya melaksanakan dan menghayati nilai-nilai ibadah kepada Allah dalam arti yang seluas-luasnya sesuai dengan bimbingan Rasulullah SAW.

2. Pembiasaan dalam mengingat Allah (dzikrullah) dengan membaca ayat-ayat Al Qur’an atau dengan menyebut-nyebut nama Allah dengan cara yang tepat di saat-saat tertentu.

3. Membiasakan merasakan adanya bimbingan Allah dalam melaksanakan kebaikan dan pengawasan Allah dalam setiap aspek kehidupan. Iaitu dengan menghubungkan kejadian-kejadian sehari-hari yang dialami dengan kekuasaan Allah.

4. Membiasakan menggantungkan diri kepada Allah misalnya dengan berdo’a dalam berbagai situasi dan kondisi.

5. Meningkatkan akhlak (perilaku) yang baik dengan mencontohkan tindakan-tindakan baik dan memperbaiki perilaku.

6. Membimbing orang lain untuk yang berhubungan dengan pendekatan diri kepada Allah.

Thursday, March 10, 2011

10 Tanda Hati Mati


Syeikh Ibrahim Adham menyatakan 10 tanda hati mati iaitu :

1. Mengaku kenal Allah s.w.t tetapi tetapi tidak menunaikan hak- haknya.

2. Mengaku cinta pada Rasulullah s.a.w tetapi tidak menunaikan Sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukum- hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat- nikmat Allah s.w.t tetapi tidak mensyukuri atas pemberiannya.

5. Mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya

6. Mengaku adanya nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantarkan dan menguburkan jenazah/ mayat saudara seIslam tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya