Dah beberapa bulan ruangan ini kosong,menyepi ibarat kawasan perkuburan lama yang jauh diceruk hutan.Kebarangkalian tinggi kerana menyibukkan diri yang sebenarnya tak sibuk, padahal jika diberi ruangan nafas kepada blog ini boleh sahaja ianya hidup .
Kemungkinan kerana tiada idea untuk dicoret di ruangan ini?Jawapan itu adalah alasan semata-mata.Dalam keadaan masyarakat yang hiruk pikuk dengan masalah sosial dan fahaman yang menyeleweng dari islam.Apakah kekeringan idea?Atau kerana kemalasan yang menyelimuti diri??
Kali ini saya ingin berpesan sedikit.TAMBAHKAN KETAQWAAN DIMANA SAHAJA KAMU BERADA.
Wednesday, January 9, 2013
Tuesday, September 18, 2012
Larangan Allah duduk bersama orang jahat - Surah al-An'am ayat 68-69
ALLAH berfirman yang bermaksud,“Dan jika engkau dilupakan oleh syaitan.” (Surah al-Aníam: 68) Ertinya jika syaitan menyebabkan kamu lupa untuk menghindarkan diri daripada majlis seumpama itu, kamu dimaafkan kerana sebab lupa. Bagaimanapun Allah berfirman yang bermaksud, “Maka jangan kamu duduk selepas ingat semula bersama kaum yang zalim itu.” (Surah al- An’am: 68)
Selepas kamu ingat akan amaran Allah, maka berkewajipan kepada kamu menghindarkan diri daripada majlis tersebut melainkan mereka tidak lagi bercakap menghina Islam, menghina hukum Allah SWT dan menghina Nabi s.a.w.
Selepas kamu ingat akan amaran Allah, maka berkewajipan kepada kamu menghindarkan diri daripada majlis tersebut melainkan mereka tidak lagi bercakap menghina Islam, menghina hukum Allah SWT dan menghina Nabi s.a.w.
Ayat ini mengajar kita umat Islam, menjadi manusia mulia dan sukakan perkara yang mulia. Ia juga termasuk dalam perkara dakwah dan perjuangan.
Bukan sahaja mengajar umat Islam cintakan kemuliaan tetapi mengajar manusia sedar, bahawa orang yangmenghina Islam dan Nabinya s.a.w. adalah manusia yang jahat atau zalim bahkan kufur terhadap Allah SWT
Kemuliaan seseorang terjadi dengan Islam dan iman kepada Allah SWT, satusatunya Tuhan yang sebenar, tidak ada sekutu bagi-Nya.
Walaupun ada manusia menghina ayat-ayat Allah, perjuangan untuk menyampaikannya tetap diteruskan. Sama ada ada atau tidak orang menghina Islam, perjuangan untuk menyampaikan Islam wajib diteruskan di samping menjaga adab-adab pergaulan dengan manusia pelbagai ragam dan majlis mereka yang pelbagai jenis.
Oleh kerana itu Imam Hassan Al-Banna pernah pergi ke kelab malam bertujuan untuk menyampaikan dakwah Islam kepada penghuninya. Ertinya menghadiri kelab seumpama itu untuk tujuan menyampaikan dakwah Islam, suatu yang dipandang mulia dan diizinkan oleh syarak.
Justeru Islam menetapkan cara bersosial yang selamat daripada fitnah, memberi dukungan kepada kebaikan dan menghapuskan majlis mungkar apabila diberi kuasa memerintah. Inilah sikap kita para pejuang Islam di sepanjang zaman.
Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud, “Dan tidaklah ada tanggungjawab sedikit pun atas orang-orang yang bertakwa mengenai dosa orang-orang (kafir yang mengejek-ngejek) itu. Akan tetapi (kewajipan orang-orang Islam) ialah mengingatkan (larangan Allah itu), supaya mereka bertakwa.” (Surah al-An’am: 69)
Berkata Ibnu Abbas r.a. apabila datang larangan Allah supaya tidak duduk bersama majlis kaum musyrikin dan perintah supaya tinggalkan majlis mereka, maka berkata, orang-orang Islam pada zaman Nabi s.a.w.: “Tidak mungkin kami boleh memasuki masjid dan tawaf di sekeliling Kaabah.”
Maka Allah menurunkan ayat yang bermaksud, “Akan tetapi kewajipan orangorang Islam mengingatkan larangan Allah itu.” (Surah al-An’am: 69) Ertinya jika kamu duduk bersama mereka, kamu hendaklah memberi peringatan tentang amaran Allah tersebut, supaya mereka jangan menghina Islam atau mengejek-ngejek ayat-ayat Allah di dalam al-Quran.
Ertinya jika kamu duduk bersama mereka, kamu hendaklah memberi peringatan tentang amaran Allah tersebut, supaya mereka jangan menghina Islam atau mengejek-ngejek ayat-ayat Allah di dalam al-Quran.
Al-Qurtubi menyebut di dalam tafsirnya bahawa ayat ini dikatakan telah dinasakhkan dengan firman Allah yang bermaksud, “Dan sesungguhnya Allah telah pun menurunkan kepada kamu (perintahnya) di dalam kitab (al- Quran), iaitu apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan kaum munafik) maka janganlah kamu duduk (bergaul) bersama-sama mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka.
“Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahanam.” (Surah al-Nisa’: 140) Dalam sejarah Islam, Allah SWT telah memberi keringanan kepada umat Islam untuk bergaul dengan golongan musyrikin Makkah sebelum pembukaan kota suci tersebut sebagai “taqiyyah” (takut menzahirkan Islam dalam keadaan tertentu).
Tuesday, July 17, 2012
RAMADHAN IS AROUND THE CORNER
9..........................8..................7.......................6............................5................................4........................................3.........................2...................................1.AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN
tinggal 4 hari sahaja lagi,tetamu istimewa bakal menemui kita,bulan yang dirindui,yang dinanti,kelebihannya yang pelbagai diingini oleh sesiapa sahaja yang celik mata hatinya.
sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-baqarah ayat 183 yang bermaksud:
'wahai orang-orang yang beriman,diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas golongan sebelum kamu mudah-mudahan kamu menjadi golonganan bertaqwa'.
Kewajipan berpuasa bagi umat Islam telah ditetapkan oleh Allah iaitu waktunya pada bulan Ramadhan.Sekiranya umat islam melaksanakan kewajipan ini pada bulan selain dari Ramadhan maka ibadatnya itu ditolak atau dikira sebagai qadha'.Saya tidaklah berniat untuk membahaskan 'fiqh siyam' di sini kerana ianya memerlukan perbahasan yang panjang.Apa yang ingin diketengahkan ialah sejauh mana persiapan kita untuk memasuki univesiti tabiyah ini dan keluar darinya menjadi graduan yang excellent?
Ketika di sekolah rendah kita berlumba-lumba untuk mendapat kecemerlangan akademik.Stiker 5A di tampal di mana-mana untuk membangkit semangat kita.Begitu juga di sekolah menengah,paparan waktu exam PMR,SPM,STAM,STPM pasti dapat ditemui di segenap sudut bagi mengingatkan pelajar detik hampirnya ambang peperiksaan.Di Universiti.tidak perlu diperkatakan lagi.Anugerah 'dekan' menjadi impian setiap pelajar.'Examination is around the corner' di letakkan sebagai wallpaper laptop dan handset.Betapa ghairahnya kita untuk menggapai kecemerlangan yang bersifat sementara.Betapa pula persiapan untuk Univesiti Tarbiyah??
Sidang pembaca sekalian,marilah sama-sama kita mempersiap diri untuk memasuki bulan Ramadhan dengan penuh persediaan agar kita keluar mendapat anugerah TAQWA dari Allah.Satu anugerah yang tiada bandingan nilainya.Bahkan apabila kita mendapat anugerah ini kita menjadi pelajar yang paling mulia disisi Allah...Ayuh,,rebutlah peluang ini.
SESUNGGUHNYA ORANG YANG PALING MULIA DI ANTARA KAMU DISISI ALLAH IALAH ORANG YANG PALING BERTAQWA
Subscribe to:
Posts (Atom)

