Apabila melihat rakan-rakan di FB,al-faqir meng'klik' ke dalam Group yang di ajak oleh sahabat-sahabat lama SKBTB 1997-2002.Maka kenangan di zaman sekolah rendah mula memenuhi ruang minda.
Teringat kembali detik-detik yang dilalui di zaman ini.Mind-set pada zaman ini hanyalah untuk bermain.Setiap petang tidak pernah miss bermain bola.Kebiasaan permainan bola pada waktu itu akan berakhir dengan pergaduhan.hehe. Namun keesokannya akan bermain kembali.Lumrah kanak-kanak,tiada dendam di hati.
Rakan-rakan sepengajian pada waktu ini masih lagi mengenali diri ini.Ribuan kemaafan kepada sahabat-sahabiah sekalian yang tidak dapat bersua pada Aidil Fitri 2012..Insyaa Allah jika di izinkan kita dapat bertemu kembali.Sejuta tahniah diucapkan kepada mereka yang telah mendirikan rumah tangga dan doa serta al-fatihah kepada sahabat yang telah meninggal dunia.
Apa yang paling menggembirakan saya ialah beberapa rakan-rakan di sekolah ini juga kini menjadi PEJUANG ISLAM SEJATI..Bertemu di alam persekolahan,Allah menemukan lagi kita di alam perjuangan.Semoga Islam di tegakkan di muka bumi ini.
Sunday, March 31, 2013
Thursday, January 10, 2013
Royalti
Dahulu dan sekarang...
12 Rabiul awwal kian menjengah,sambutan Maulidur Rasul di sesetengah tempat agak meriah.Pada zaman kelahiran Rasulullah s.a.w yang dikenali dengan tahun gajah,individu paling sibuk menyiapkan kenduri yang meriah bagi menyambut anak saudara yang baru dilahirkan ialah Abu Lahab.Dia sangat gembira.Namun kegembiraan terhenti apabila anak saudaranya itu membawa anutan baru baginya dan dia menggelarkannya sebagai pemecah belah masyarakat.Pada tahun kelahiran ini dipanggil tahun gajah.Kenapa??
Peristiwa yang tidak perlu dihurai panjang.Rejimen Askar Abrahah membawa gajah menyerang Makkah untuk meruntuhkan Kaabah.Ketika sampai disitu,Abrahah ditahan oleh datuk Baginda s.a.w iaitu Abdul Muttalib.Abrahah memberikan ruang kepada Abdul Muttalib untuk membuat permintaan.Apa yang memeranjatkan Abrahah ialah datuk Baginda s.a.w tidak meminta untuk berundur dan jangan meruntuhkan kaabah sebaliknya meminta agar memulangkan barang-barang yang dirampas.Abrahah menunaikannya.Mengembalikan barang-barang yang dirampas olehnya kepada kaum arab pada waktu itu.Kaabah diserahkan kepada Allah kerana Dia yang menjaganya.Peristiwa ini berakhir dengan kekalahan Abrahah seperti yang dirakam di dalam surah Al-Fiil.
Pengajaran
1-Jangan jadi Abu Lahab dalam menyambut kelahiran Rasulullah s.a.w(bukan bermakna saya menegah maulid),jadilah golongan yang mengikuti Rasulullah s.a.w,bergembira dengan kelahiran Baginda lalu memperjuangkan agama dibawa Baginda s.a.w
2-Sejahat-jahat abrahah pun dia memulangkan juga harta rampasan kaum arab.KENAPA KERAJAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA TIDAK MENGEMBALIKAN ROYALTI MINYAK KEPADA TERENGGANU DAN KELANTAN?????

Wednesday, January 9, 2013
Entah.....
Dah beberapa bulan ruangan ini kosong,menyepi ibarat kawasan perkuburan lama yang jauh diceruk hutan.Kebarangkalian tinggi kerana menyibukkan diri yang sebenarnya tak sibuk, padahal jika diberi ruangan nafas kepada blog ini boleh sahaja ianya hidup .
Kemungkinan kerana tiada idea untuk dicoret di ruangan ini?Jawapan itu adalah alasan semata-mata.Dalam keadaan masyarakat yang hiruk pikuk dengan masalah sosial dan fahaman yang menyeleweng dari islam.Apakah kekeringan idea?Atau kerana kemalasan yang menyelimuti diri??
Kali ini saya ingin berpesan sedikit.TAMBAHKAN KETAQWAAN DIMANA SAHAJA KAMU BERADA.

Subscribe to:
Posts (Atom)