Rasulullah SAW berangkat dari Madinah pada 8 Ramadhan. Ibnu Hisyam menyatakan
bahawa perang ini merupakan kemenangan pertama yang menentukan kedudukan umat
Islam dalam menghadapi kekuatan kemusyrikan dan kebatilan. Allah SWT telah
mengutuskan segerombolan malaikat untuk membantu pasukan muslimin menghancurkan
pasukan musyrik. Perang ini berlaku pada pagi Jumaat, 17 Ramadhan 2H di Badar.
Kemenangan lebih kurang 300 orang tentera Islam di bawah pimpinan
Rasulullah ini yang telah megalahkan lebih kurang 1000 orang tentera
musyrikin Mekah.