Tuesday, April 8, 2014

Rawatan Islam siri 2

Fasal 2: Rasukan (Tidak Sedar Diri) Suatu Kebenaran dan Cara-cara Memulihkannya

Pengertian Rasukan
Rasukan ialah satu perkara yang berkaitan dengan gangguan atau kekacauan akal (mental) seseorang manusia. Si mangsa tidak sedar apa yang diucapkannya dan dia juga tidak mampu menghubungkaitkan dengan apa-apa yang sedang atau yang telah diucapkan lantaran hilangnya daya ingatan sebenar akibat berlakunya kekacauan terhadap sistem saraf otak. Kekacauan di mental akan secara langsung menyebabkan berlakunya kekacauan di bahagian-bahagian lain yang telah dirasuk itu.



Takrif Rasukan Menurut Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-'Asgalaaniy
rasukan (tidak sedarkan diri) adalah disebabkan oleh sesuatu faktor, yang mengakibatkan berlakunya halangan anggota badan utama dari berfungsi secara sempurna tetapi ia bersifat sementara sahaja. Rasukan boleh juga berlaku disebabkan oleh perbuatan khianat jin. Hal ini berlaku hasil perbuatan sekumpulan jin-jin sama ada bertujuan untuk mengenakan penyiksaan terhadap si mangsa atau kemungkinan juga untuk menolong.

Dalil-dalil Tentang Thabitnya Rasukan
Sesungguhnya perihal rasukan ini telah thabit berdasarkan nas-nas al-Quran, hadis-hadis sohih serta akal. Ia benar-benar belaku dan mampu disaksikan oleh pancaindera. 

Pertama : Dalil-dalil Dari Al-Quran
Mafhumnya : “Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang-orang yang dirasuk syaitan lantaran (terkena) penyakit gila”. (Al-Baqarah: 275)

Menurut Al-Hafiz ibnu Kathir : “Maksud ayat tersebut adalah, mereka yang merlibatkan diri dalam sistem pengambilan riba, kedudukannya tidak akan tenang sebaliknya ialah seperti orang yang terkena rasukan syaitan, iaitu keadaannya menjadi sasau dan akibatnya selalu meracau-meracau. Jelasnya itulah satu bentuk kedudukan yang sangat keji dan buruk.”

Kedua: Dalil-dalil Dari Hadis-hadis Shahih
Di dalam beberapa hadis yang sahih, telah diceritakan beberapa orang telah berjumpa dengan Rasulullah saw dan mengadu akan kesakitan yang mereka alami. Rasulullah saw pernah memukul-mukul (dengan lembut, sebagai isyarat) belakang pesakit. Mulut Rasulullah saw juga kumat-kamit membaca doa. Selepas memukul-mukul ataupun membaca doa, Rasulullah saw pernah berkata “Keluar kau hei musuh Allah”. Rasulullah saw juga pernah berkata “Dengan nama Allah, aku adalah hamba Allah. Berambus kau hei musuh Allah.” (HR At-Thabraniy)

Ketiga: Dalil-dalil Aqal (Logik)
As Syeikh Muhammad al-Hamid telah berkata : “Jin adalah satu makhluk yang berjisim tetapi lembut dalam dalam hal ini dalil-dalil akal juga tidak menolak keupayaan makhluk tersebut membolosi ke dalam tubuh badan manusia. Ini adalah kerana sesuatu unsur yang lembut itu mampu membolosi ke dalam sesuatu objek yang padat. Contohnya udara dapat masuk ke dalam tubuh badan kita. Api pula, ia mampu membolosi arang. Cas elektrik dapat membolosi dawai-dawainya. Begitu juga dengan air yang dapat membolosi tanah, pasir, juga kain.

Katanya lagi, tragedi-tragedi kemasukan jin ke dalam tubuh badan manusia dapat disaksikan dengan jelas bahkan banyak sekali berlaku sehingga tidak terhitung banyaknya. Sekiranya ada manusia yang mengingkari hakikat tragedi-tragedi ini, maka ternyata itu hanyalah merupakan satu kenyataan dan seruan ke arah kebatilan.

Beberapa pendapat Ulama Mengenai Rasukan
Peristiwa-peristiwa daripada sirah Rasulullah saw ini turut membuktikan bahawa jin dan syaitan boleh memasuki tubuh manusia dan mendatangkan mudharat kepada kita. Daripada peristiwa ini juga, menunjukkan yang kita harus mempelajari ilmu perubatan Islam supaya kita dapat mengeluarkan jin dan syaitan yang mengganggu diri kita sendiri, keluarga ataupun masyarakat di sekeliling kita.

Pendirian Para Doktor Mengenai Rasukan
Pendirian Doktor Mengenai Rasukan. Salah seorang cendikiawan Amerika (Carl Jonhson), kakitangan Persatuan Kajian Biologi pernah komen mengenai rasukan berkata : “Sebenarnya masalah rasukan ini merupakan suatu perkara yang realiti yang tidak boleh diambil ringan oleh sesiapa pun, lantaran banyak sekali tragedi-tragedi yang berlaku di kalangan masyarakat. Selagi mana perkara tersebut wujud, selagi itulah ia menjadi tajuk penting serta wajib dipelajari dan ia tidaklah terbatas kepada bidang akademik sahaja.

Pendedahan Ilmu Perubatan Mengenai Rasukan
Doktor Ahmad as-Sabahiy ‘Abdullah berpendapat : “Penyakit tidak sedar atau terkena rasukan ini adalah hasil dari perbuatan roh-roh bumi yang jahat. Hanya roh-roh yang mulia mampu memberi tentangan terbaik terhadap kejahatan tersebut agar si mangsa pulih semula.

Kewajipan Memulihkan Mangsa Rasukan
Rasulullah dan sahabat rapatnya pernah beberapa kali memulihkan mangsa rasukan, ini bermakna, ianya menjadi fardu kifayah ke atas umat islam untuk memulihkan mangsa rasukan.

Persoalan Penting Mengenai Rawatan Memulihkan Mangsa Rasukan
Bukan terdiri dari orang yang terlibat dengan acara syirik mahupun tok bomoh yang menyembuhkan dengan bantuan/bersahabat dengan jin.
Ayat kursi merupakan ayat pertolongan dari Allah paling besar untuk membasmi kejahatan jin

Sebab-sebab Berlakunya Rasukan Jin Ke Atas Manusia
Nafsu syahwat yang memuncak tinggi, mabuk cinta, gila bayang, jin menyakngka manusia menganiayai mereka (menyimbah air panas dll), kezaliman jin itu sendiri dan sememangnya jin/syaitan itu musuh yang nyata bagi manusia.

Bagaimanakah Cara Jin Membolos Ke Dalam Badan Manusia?
Jin berjisim angin, manusia pula terdapat liang/rongga di tubuh. Setelah masuk, mereka menetap di otak

Beberapa Petanda Jn Telah Merasuk Manusia
Pertama: Petanda-petanda Semasa Tidur
1. Sukar untuk tidur, melainkan setelah puas mencuba
2. Selalu terjaga daripada tidur dalam keadaan terkejut
3. Rasa dihempap / ditindih semasa tidur (sukar bergerak atau bernafas)
4. Selalu mimpi yang ngeri
5. Mimpi bertemu binatang seperti kucing, anjing, ular
6. Mengertap gigi ketika tidur
7. Bercakap, ketawa, menangis, mengerang atau berjalan ketika tidur
8. Mimpi mengerang (menahan sakit)
9. Mengingau (berjalan ke sana ke mari dalam keadaan tidur)
10. Mimpi jatuh dari tempat tinggi
11. Mimpi berada di perkuburan atau tempat yang kotor seperti tempat pembuangan sampah atau tandas yang kotor
12. Mimpi sekumpulan manusia berwarna hitam, tinggi, lonjong, saiz kecil atau orang genit
13. Mimpi melihat lembaga atau makhluk yang pelik

Kedua: Petanda Semasa Jaga
1. Selalu pening atau sakit kepala yang bukan disebabkan oleh masalah mata, telinga, hidung, gigi, pangkal tengkuk atau perut. Biasanya sakit ini tidak hilang selepas mengambil ubat medikal
2. Terhalang untuk beribadah seperti solat atau berzikir
3. Selalu stress
4. Badan lemah dan tidak bermaya
5. Sakit pada anggota badan seperti pinggang dan belakang
6. Sakit pada sendi-sendi badan seperti lutut, dan doktor medikal tidak dapat mengesan puncanya

Bentuk-bentuk Rasukan
1. Rasukan secara keseluruhan: iaitu si jin merasuk keseluruhan badan si mangsa, seolah-olah berlaku kekejangan urat-urat saraf.

2. Rasukan secara sebahagian kecil: Iaitu jin menangkap di salah satu dari anggota badan seperti lengan, kaki atau lidah. ( ertinya ia tidak berfungsi dengan sebaiknya atau sering mengalami sakit-sakit di bahagian itu )

3. Rasukan secara tetap: Maksudnya ialah keberterusan si jin itu duduk diam di dalam tubuh si mangsa sehingga mamakan masa yang lama.

4. Rasukkan sekejap: Ianya berlaku dalam masa beberapa minit sahaja seperti terasa sesak-sesak.( Contohnya yang paling mudah ialah seperti orang yang kena tindih oleh makhluk jin yang kadangkala berlaku semasa tidur)

Beberapa Sifat Yang Harus Ada Pada Pemulih (Muallij)
Beraqidah, keikhlasan dalam tutur kata dan perbuatan, iktikad kalam Allah boleh memberi kesan, tahu selok-belok jin, tahu gelagat jin (helah), sudah berkahwin, menjauh diri dari perkara haram, taat pada Allah, selalu berzikir, mengikhlaskan hati dan memagar diri dengan Ilmu Pagar Diri.

Teknik-teknik Memulihkan Rasukan
1. Pastikan suasana yang sihat dalamrumah pesakit dengan mengeluarkan segala gambar-gambar (gambar manusia atau binatang),patung patung termasuk permainan kanak kanak yang berupa manusia atau binatangbertujuan supaya para Malaikat akan masuk kedalam rumah.

2. Keluarkan apa-apa tangkal azimatyang digunapakai oleh pesakit dan hendaklah dibakar.

3. Hindarkan persekitaran darisebarang bentuk nyanyian dan bunyi muzik.

4. Hindarkan sesiapa yang hadir dariperkara yang melanggar hukum syarak seperti orang lelaki yang memakai perhiasandari emas atau adanya wanita yang tidak menutup aurat dan wanita yang bersolek.

5. Jelaskan kepada pesakit dan ahlikeluarga secara ringkas mengenai aqidah yang sebenarnya supaya semua oranghanya bergantung harap kepada kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t. sahaja.

6. Berikan penerangan mengenaiperbezaan teknik rawatan yang berbeza dari cara rawatan tukang tukang sihir danbomoh bomoh dajjal yang lain, maklumkan bahawa Al-Quran sebenarnya adalahpenawar, penyembuh dan rahmat sebagaimana yang dikhabarkan oleh Allah s.w.t.sendiri.

7. Menyanyakan soalan kepada pesakituntuk mencari petanda dan kepastian seperti soalan:
a. Pernah atau tidak kamu bermimpimelihat binatang yang cubadatang menerkam;
b. Adatidak mengalami mimpi mimpi buruk yang sangat mengerikan;
c. Samada pernah bermimpi dirisendiri seolah olah akan jatuh dari tempat yang tinggi;
d. Samada pernah bermimpi sepertimenyusuri lorong lorong sunyi yang menakutkan.

Langkah Pertama: Membaca ayat ruqyah
Langkah Kedua: Pengecaman kedatangan jin
Langkah Ketiga: Proses Interaksi
Langkah Keempat: Cara interaksi dengan jin islam
Langkah Kelima: Tanya bahagian mana ia keluar
Langkah keenam: Pastikan adakah ia telah keluar

Pesanan Penting Untuk Orang Yang Merawat Pesakit
Mendoakan orang lain tanpa di ketahui olehnya
Ikhtiar rawatan yang kita lakukan adalah dengan doa-doa dan ia lebih mustajab lagi apabila kita mendoakan mereka sedangkan mereka tidak mengetahui kita mendoakan untuk mereka sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya;
Mafhumnya: Daripada Abu Darda’ r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Doa seorang muslim kepada saudaranya yang muslim tanpa diketahui olehnya adalah mustajab, (ketika berdo’a) akan ada didekatnya seorang malaikat muwakkal (pesuruh) setiap ia berdoa untuk saudaranya itu dengan sesuatu kebaikan (malaikat itu) akan berkata: Amin! Dan bagi engkau kebaikan yang sama (Hadis diriwayatkan oleh Muslim)

Berdosa besar menyembunyikan Ilmu
Mempelajari ilmu pengubatan Islam adalah Fardu Kifayah dan ia dituntut supaya ada di kalangan kelompok masyarakat umat Islam mempelajarinya. Ilmu ini tidak boleh disimpan atau dirahsiakan. Adalah berdosa besar menyembunyikan ilmu sebagaimana di sebut oleh Rasulullah s.a.w. di dalam sabdanya; 
Mafhumnya: Daripada Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu, kemudian ia menyembunyikannya maka Allah akan rantai di Hari Kiamat nanti dengan rantai daripada api neraka. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)

Mengamalkan Ilmu Perubatan Islam sebagai dakwah
Mempelajari ilmu pengubatan Islam dan mengamalkannya juga merupakan sebahagian daripada dakwah. Dakwah yang paling besar ialah mengajak masyarakat supaya meninggalkan ilmu-ilmu pengubatan yang mengandungi unsur-unsur syirik yang tidak diakui sah oleh Islam seperti yang diamalkan oleh sebahagian daripada pengamal perubatan tradisional Melayu. 

Perlu mendapat Ilmu terus daripada guru dan diijazahkan
Ilmu pengubatan Islam mesti dipelajari daripada guru secara terus, anak murid seboleh-bolehnya melihat muka tuan guru ketika menerima ilmu tersebut. Kemudian setelah selesai belajar, guru akan mengijazahkan dengan ilmu pengubatan Islam, sebagai tanda tamat belajar.

Jangan meninggalkan amalan zikir
Saya ingin berpesan walaupun apa yang berlaku, apabila saudara hendak menjadi perawat atau pembantu perawat, menjadi pengajar, menjadi guru atau sebagainya, pesan saya ialah jangan tinggal langsung zikir.  Sebab musuh utama kita ialah syaitan dan dia tahu bahawa kita telah belajar ilmu yang boleh menyakiti dia atau tidak menyenangkan dia berada di dalam badan manusia, maka dia dengan sendirinya akan mencari dimana kelemahan yang ada pada kita. 

Bersabar menghadapi cubaan dan dugaan
Bila beramal dengan ilmu-ilmu pengubatan Islam ini, saudara pasti akan berjumpa dengan halangan-halangan kerana “Tidak ada suatu yang baik melainkan ada halangannya, itu adalah perkara biasa” kerana Setiap nikmat yang anda perolehi itu, jangan lupa bahawa ada yang mendengkinya seperti disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya;
Mafhumnya: “Berahsialah ketika melaksanakan keperluan-keperluanmu, kerana sesungguhnya setiap yang mendapatkan nikmat  ada yang hasad (kepadanya)”. 
(Hadis Sahih, diriwayatkan oleh al-Imam al-Thabrani).

Jangan menetapkan bayaran untuk rawatan
Prinsip kita memberikan rawatan adalah secara percuma, walaupun syariat Islam tidak menghalang kita menerima pemberian daripada pesakit. Janganlah menetapkan bayaran sebelum dan selepas merawat pesakit. Rawatan yang diberikan hendaklah dengan niat ikhlas kerana Allah SWT. Kita berserah kepada Allah SWT dan membiarkan-Nya memberikan balasan kepada kita. Yang manakah yang lebih baik balasannya? daripada manusia atau daripada Allah SWT? Kita perlu memahami bahawa manusia bersifat kedekut, suka berkira, suka mengungkit, kadang kala sifat manusia ini menyakitkan hati kita. Kita hanya meminta supaya Allah SWT sahaja yang membalas, kerana Dialah sahaja yang Maha Pemurah lagi Maha Pemberi. 

Wajib menyimpan rahsia pesakit
Ketika dirawat, kadangkala pesakit menyebutkan perkara-perkara yang tidak benar dan juga perkara-perkara yang mengaibkan, justeru itu adalah wajib bagi kita merahsiakan cerita-cerita yang diberitahukan kepada kita oleh pesakit. 

Jangan mengatakan “Buatan Orang atau Kena Sihir”
Ketika memberikan rawatan jangan menyebutkan perkara-perkara yang tidak betul umpamanya mengatakan penyakit itu adalah disebabkan sihir atau buatan orang. Kita tidak mengetahui semua itu, yang maha mengetahui hanya Allah SWT. Kerana perbuatan begini (mengatakan sebab sihir atau buatan orang) boleh memecah-belahkan sesama ahli keluarga pesakit dan inilah yang sangat disukai oleh syaitan. 

Memberikan harapan kepada pesakit
Sepatutnya kita memberikan harapan kepada pesakit dengan memberikan keyakinan kepada mereka bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;
Mafhumnya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali berserta dengan ubatnya” (Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari)

Allah SWT menurunkan setiap penyakit dan Allah juga yang menyediakan ubat bagi setiap penyakit.  Sesuatu penyakit yang dihidapi oleh seseorang adalah salah satu ujian daripada Allah SWT. Ujian tersebut yang sebenarnya sangat kecil jika dibandingkan dengan rahmat Allah SWT yang diberikan kepada kita adalah sangat besar.

Elakkan daripada menawarkan diri untuk merawat
Kita akan bertemu dengan pelbagai masalah dan kerenah pesakit di dalam masyarakat, jangan menawarkan diri untuk memberikan rawatan sebaliknya berilah rawatan apabila diminta. Ini untuk mengelakkan kita daripada dipersalahkan apabila penyakit itu tidak sembuh atau merebak atau yang lebih buruk daripada itu jika pesakit itu kembali ke rahmatullah.  

Berikhtiar dan berserah kepada Allah SWT.
Semua masalah penyakit, kita hanya merujuk kepada Allah SWT. 
Daripada-Nya datang segala kebaikan, dan kejahatan tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah SWT. Kita hanya berikhtiar untuk membantu mereka, ada usaha kita dan doa-doa kita yang dimakbulkan dan ada juga yang Allah SWT tangguhkan, yang paling penting kita berikhtiar bersungguh-sungguh dengan ikhlas kerana Allah SWT. 

Jadilah Hamba Allah yang terbaik
Sebaik-baik manusia ialah yang memberikan manfaat kepada orang lain, sebagaimana Rasulullah s.a.w. bersabda;
Mafhumnya:Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia  lainnya (Hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad dan Thabrani)

Saudara perlu mempunyai azam untuk menjadi hamba Allah yang terbaik. Tinggalkanlah segala yang haram dan ambillah yang halal sahaja. Berilah bantuan kepada masyarakat yang datang kepada kita dan memerlukan pertolongan kita.

Beberapa Contoh Pemulihan Secara Praktikal Ke Atas Mangsa Rasukan
Rujuk ayat ruqyah di sini http://ibnnajib.blogspot.com/2010/03/ruqyah-syariah_15.html
Cara-cara Yang Diharamkan Mengenai Proses Mengeluarkan Jin

PENYEMAHAN.
As Syeikh Yasin Ahmad 'Lid telah berkata: "Terdapat segolongan manusia yang telah mencipta sejenis pesta yang mana ianya tidak pernah diwariskan oleh mereka yang terdahulu. Pesta tersebut terang terang merupakan salah satu perkara bid'ah di zaman ini yang mana didalamnya penuh dgn bermacam macam aneka perbuatan mungkar, dan mengakibatkan pembaziran harta benda serta tragedi tragedi seks rambang" Pesta jijik yang dimaksudkan ialah pesta penyemahan kewujudan adalah diatas alasan untuk menyembuh penyakit serta menghilangkan derita rasukan jin keatas seseorang pesakit, Untuk tujuan itu lahirlah berbagai kefasadan, hilanglah maruah diri dan kehormatan, serta mengalirkan harta benda dan wang ringgit tanpa sebarang faedah. Akhirnya bertindak memudaratkan struktur ekonomi dalam sesebuah masyarakat semata mata untuk menjayakan pesta gila tersebut. Apabila seseorang wanita diserang penyakit rasukan, maka beberapa wanita syaitan yang lain telah datang kononnya cuba mengubati simangsa dan menghalau jin yang merasuknya.Untuk menjayakan proses kesyaitanan itu, masing2 telah meminta bahan bahan penyemahan yang sukar ditemui dan membebankan. Misalnya meminta mencari ayam yang ganjil atau lembu, unta dan sebagainya. Dan hal itu berlaku ketika masing masing sedang dalam keadaan menurun (naik syeikh) (tidak sedar kerana jin sudah masuk dalam tubuh) . Setelah permintaan pelik itu ditunaikan maka pesakit akan diarak. Pesakit dinamakan tuan puteri , tuan puteri akan memakai baju yang mahal mahal, api api lilin dinyalakan keliling puteri itu. Berbagai bagai alat muzik sperti gendang rebana, serunai kompang serta nyanyian akan dimainkan. Dalam hal itu pesakit mula mencapai kegembiraan dan keasyikan lalu berakhirlah sakit yang dihadapi!!!. Akan tetapi Derita yg dialami berulang kembali dan begitulah seterusnya berkali kali dihadapi mangsa. Ini memberi peluang kepada syaitan syaitan ifrit membuat permintaan yang amat dasyat nilainya sehingga pesakit terpaksa menanggung derita kerana kehabisan wang ringgit dan harta benda semata mata mengharapkan pesakit akan sembuh.

AKUR TERHADAP KEMAHUAN JIN
Tok bomoh akan meminta jin merasuk tubuh mangsa meminta apa sahaja yang diingini. Dan beliau akan menunaikan permintaan yang karut marut. Ada juga yang meminta supaya di sembelihkan binatang2 atau memakaikan kepadanya emas,atau meminta rokok untuk dihisap. Perkara perkara ini hanyalah menambahkan lagi kekufuran, kethagutan yang sedia ada. Tetapi malangnya selepas diminta perkara perkara itu si syaitan jin itu akan datang semula mengacau mangsa mangsa itu berkali kali…..

MENGGUNAKAN KHIDMAT KHADAM.
Cara ini tidak akan berlaku melainkan sitok bomoh itu akan meminta khidmat bantuan jin yang telah menjadi khadamnya. Si jin khadam akan diarahkan supaya menghalau keluar jin yang merasuk tubuh simangsa, Kadang kala jin khadam ini lebih daif dan penakut berbanding dgn jin yang ada didalam tubuh mangsa, Lalu dia tidak berjaya menghalaunya…….


MELALUI SUMPAHAN
Tok Bomoh bersumpah sumpah atas nama ketua jin dari kalangannya. Ini kerana makhluk jin ini pun ada puak puak dan berkabilah. Ada yang lemah dan ada yang kuat. Ada diantaranya yang terdiri dari kalangan bangsawan dan pembesar pembesar dan ada juga dari kalangan raja raja jin. Tok Bomoh akan berkenalan dgn jin yang merasuk bertujuan mengetahui perihal kehidupan mereka dan ketua ketua mereka. Jelasnya perkara ini merupakan pertolongan jin untuk menolong menjayakan hasrat tok bomoh. Apabila diketahui rahsia rahsia itu maka tok bomoh mula bersumpah dengan keagungan raja raja jin yang merasuk. Akibatnya jin tadi menjadi takut lalu lari. Perbuatan ini terang terang berupa syirik.

Beberapa Petua Dan Nasihat Penting Untuk Mengelakkan Diri Dari Terkena Rasukan
1. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'ajwah dan jika boleh makan bersama tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
"barang siapa yang memakan tujuh biji tamar'ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
(Riwayat Al Bukhari)

2. Berwuduk Sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada meraka. Sabda Rasulullah s.a.w : Ertinya:
"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya"
Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa:
"Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci"
(Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)

3. Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa terhadap solat berjamaah akan menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain. Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah saw telah bersabda: Ertinya:
"Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan"
Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya. (Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)


4. Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari Sihir.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. SIfat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tidak ubah seperti bumi yang ketandusan akabibat kesan tindak balas hasil perlakukan syaitan tersebut.

5. Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas.
Tandas adalah tempat ktor dan merupakan rumah bagi syaitan, Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuku tandas. Baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya:
"Dengan nama Allah. Ya ALlah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan" (Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina

6. Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kenannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa: 
اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جُبِلَتْهَا عَلَيْهِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جُبِلَتْهَا عَلَيْهِ
"Ya Allah aku memohon kepada-Mu, kebaikannya, dan kebaikan yang Engkau ciptakan pada nya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang ada pada nya." HR. Abu Daud, Albani menshahihkan
اللَّهُمَّ بَارِكْ لِيْ فِيْ أَهْلِيْ، وَبَارِكْ لَهُمْ فِيَّ، اللَّهُمَّ اجْمَعْ بَيْنَنَا مَا جَمَعْتَ بِخَيْرٍ، وَفَرِّقْ بَيْنَنَا إِذَا فَرَّقْتَ إِلَى خَيْرٍ
"Ya Allah, berilah aku keberkatan kerana isteriku, dan berilah isteriku keberkatan kerana aku, ya, Allah! satukanlah kami dalam kebaikan, dan jika Engkau memisahkan kami maka pisahkanlah kepada kebaikan." HR. Thabrani, Albani menshahihkan.
Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya: (Riwayat Abu daud dan Menurut Al Albaaniy Sanadnya Baik)

via- 
http://ibnnajib.blogspot.com/2010/12/fasal-2-perisai-kebal-untuk-menangkis.html

Rawatan Islam siri 1

Fasal Pertama - Kewujudan Makhluk Jin Adalah Benar dan Bukan Dongengan

1. Keimanan kepada perkara ghaib:
"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tenang sempurnanya(; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
(Al Baqarah: 2)

2. Keterangan dalil al-quran
Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.
(Al Ahqaf: 29)

3. Keterangan dari dalil hadis
Sabda Nabi s.a.w.; “Janganlah kamu beristinjak dengan tahi binatang, dan juga dengan tulang kerana ia adalah makanan saudara kamu dari kalangan jin”. (Riwayat Imam at-Tirmizi.)

4. Tidak boleh melihat jin bukanlah dalil makhluk jin tidak wujud
Sifat kejadian makhluk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan bukan bermakna ianya tidak ada, mari kita meihat satu contoh seperti aliran elektik tidak kelihaan pada wayar namun apabila disentuh ia akan memberikan reaksi, begitu juga dengan angin, udara, bau-bauan dan sebagainya.

5. Apakah unsur awal penciptaan jin?
Allah S.W.T. menciptakan jin sebelum menciptakan manusia, dengan selisih waktu yang lama bila dikiaskan pada manusia mahupun jin sendiri. Allah S.W.T. berfirman ( maksudnya ) : "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering ( yang berasal ) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu dari api yang sangat panas. ( Surah Al-Hijr: 26-27 ).

"dan dia menciptakan jin dari nyalaan api" (Ar-Rahman:15)

6. Sekiranya makhluk jin dijadikan dari api, bagaimana jin kafir diazabkan dengan api juga?
Telah bersabda Rasullulah SAW
إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنِ ابْنِ آدَمَ مَبْلَغَ الدَّم
"Sesungguhnya syaitan itu (mampu) bergerak (didalam tubuh badan) seseorang manusia (melalui) saluran saluran darah” hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim.

dan banyak hadis lain yang membuktikan jin itu telah berubah sifatnya sebagaimana manusia yang dahulu sifat dari tanah tetapi bertukar menjadi daging apabila ditiupkan roh kepada Nabi Adam.

7. Jenis-jenis jin
Dalam sebuah hadith dari Abu Tha'labah yang bermaksud : "Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah." (HR At-Thabrany, Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Hadis menjelaskan bahawa jin terbahagi kepada tiga jenis. Nabi saw bersabda maksudnya: “Allah mencipta Jin 3 jenis. Sejenis berbentuk ular dan kala jengking serta serangga. Sejenis lagi seperti angin di udara. Sejenis lagi akan dikenakan hisab dan hukuman.” - Hadis lemah riwayat Ibn Abi Dunya dan Ibn Mardawaih. 

8. Mengenai kediaman makhluk jin
Makhluk jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi dan sepi dari manusia seperti di padang pasir. Ada yang tinggal di tempat-tempat kotor seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka memakan makanan lebihan manusia. Ada juga mereka yang tinggal bersama manusia iaitu di dalam rumah. Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan: "Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama penghuni rumah."
Jin juga menjadikan tandas sebagai tempat tinggalnya. Rasullullah s.a.w. telah bersabda: "Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas
maka hendaklah ia mengucapkan doa: " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari jin lelaki dan perempuan" (HR. Abu Dawud)

Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh kerana itu dalam sebuah hadis dijelaskan yang maksudnya: "Janganlah kamu kencing dilubang." (HR. An-Nas'i)

9. Adakah jin turut makan dan minum
Dalam beberapa hadis yang sahih secara jelas disebutkan bahawa jin makan dan minum. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Hurairah dikatakan bahawa ia pernah membawakan Rasulullah saw bejana yang berisi air wuduk serta untuk buang hajatnya. Ketika ia menghantarkan bejana itu Rasulullah saw bertanya: "Siapakah kamu?" Iamenjawab: "Aku adalah Abu Hurairah". Nabi berkata lagi: "Carikan beberapa batu, untuk aku pergunakan sebagai alat untuk beristinjak, dan janganlah kamu bawakan aku tulang atau kotoran binatang". Lalu aku bawakan untuknya beberapa batu yang aku letakkan di dalam kainku dan aku dekatkan kepadanya, selepas itu aku memalingkan mukaku (untuk tidak melihat pada waktu baginda beristinjak). Setelah baginda intinjak, aku pun berjalan bersamanya lalu aku bertanya: "Mengapakah tidak boleh beristinjak dengan tulang dan kotoran binatang?" Rasulullah saw menjawab: "Kedua benda itu adalah makanan jin".

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
"Pernah datang kepada utusan jin Nisbin (sebaik-baik jin), kemudian mereka meminta kepadaku bekal makanan, lalu aku berdo'a kepada Allah untuk mereka supaya di dalam setiap kotoran tulang dan kotoran binatang yang mereka jupai semoga mereka mendapatkan makanan". (HR Bukhari).

Dari Abdullah bin Umar mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"Bila salah seorang di antara kamu makan, maka hendaklah ia makan dengan tangan kanannya dan bila minum maka hendaklah minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya syaitan minum dengan tangan kirinya". (HR Muslim).

"Huzaifah r.a. berkata: Bila kami menghadiri hidangan makan bersama Rasulullah saw, kami tidak meletakkan tangan-tangan kami sebelum Rasulullah saw meletakkan tangannya terlebih dahulu. Pada suatu hari kami pernah menghadiri hidangan makan bersama Rasulullah, lalu seorang anak perempuan datang seolah-oleh dia ditolak untuk meletakkan tangannya dalam makanan, Rasulullah saw memegang tangannya, kemudian datang pula seorang Arab Badwi seolah-oleh dia ditolak, Rasulullah saw juga memegang tangannya sambil bersabda:

"Sesungguhnya syaitan mendapatkan bahagian makanan yang tidak disebutkan nama Allah pada waktu memakannya; sesungguhnya syaitan telah membawa anak perempuan dan membawa orang Badwi ini untuk mendapatkan bahagiannya lalu aku pegang tangannya. Demi diriku yang berada di bawah kekuasaanNya, sesungguhnya tangan syaitan itu berada pada tanganku bersama dengan tangan anak perempuan tersebut". Selepas itu Rasulullah saw menyebut nama Allah lalu makan". (HR Muslim).

10. Makhluk syaitan ada mempunyai tanduk
(sambungan)...kemudian solatlah apa-apa yang jelas dan ditetapkaan hingga tetap solat ‘asar, kemudian berhentilah bersolat sehingga tenggelam (yakni, terbenam) matahari. Maka bahawasanya tenggelam mataharidi antara dua tanduk syaitan dan terbit matahari antara dua tanduk syaitan.’ [Hadith Ibnu Majah]

11. Makhluk jin boleh menjelma pelbagai bentuk
Abu Hurairah pernah berkata : Rasulullah saw pernah menyuruh dan memberikan kekuasaan kpd ku supaya menjaga zakat Ramadhan. Tiba-tiba datanglah sejenis makhluk lalu mengais makanan (harta zkat ramadhan itu) sehingga aku menangkap nya dan aku katakana kpd nya: Demi ALLAH akan aku bawa kamu menghadap Rasulullah saw,tiba-tiba makhluk itu berkata: sesungguhnya aku sangat memerlukan makanan ini, kerana aku mempunyai tanggungan keluarga dan mempunyai keperluan yg sangat mendesak. 
Abu Hurairah berkata: Lalu aku lepaskan dia..

Besok harinya Rasulullah saw bertanya:Wahai Abu Hurairah,apa yg dilakukan tawananmu malam tadi..Abu Hurairah menjawab: Wahai Rasulullah makhluk itu sngat mengeluh tentang keperluannya yg sangat mendesak serta tanggungan keluarganya,lalu aku kasihan mendengarnya dan aku lepaskan dia. Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya dia telah membohongi mu dan dia akan datang lagi.
Kemudian aku menyedari bahawa makhluk itu akan datang lagi sebagaimana yg telah dijelaskan oleh Rasulullah saw tersebut.Lalu aku mengintainya,ternyata memang benar maklhluk itu datang lagi dan mengais makanan tersebut,lalu aku menangkapnya dan aku katakan padanya: Sesungguhnya akan aku bawa kamu menghadap Rasulullah saw. Lalu makhluk itu berkata: Lepaskanlah aku,sesungguhnya aku sangat memerlukan makanan ini dan mempunyai tanggungan keluarga,dan aku berjanji utk tidak datang lagi.
Lalu kasihan aku mendengarkan nya dan aku biarkan dia pergi.
Besok harinya Rasulullah saw bertanya;Wahai Abu Hurairah apa yg dilakukan oleh tawananmu malam tadi? Aku menjawab:Wahai Rasulullah,dia mengeluh dan mengatakan bahawa keperluannya yg sgt mndesak dan tanggungan keluarganya,lalu aku masih kasihan mendengarnya dan dia aku lepaskan pergi. Rasulullah saw bersabda;Dia telah berbohong kepadamu dan dia akan dtg lagi.
Kemudian utk ketiga kalinya aku mengintainya,aku melihat dia datang mengais makanan sekali lagi lalu aku menangkapnya dan aku katakan:sesungguhnya aku akan menyerahkan kamu kpd Rasulullah saw,ini adalah utk yg ketiga kali dan terakhir kamu berjanji utk tidak datang lagi tapi ternyata kamu datang lagi.

Makhluk itu berkata;Biarlah aku ajarkan kamu beberapa kalimat yg denganya ALLAH akan memberikan kemanfaatan kepadamu. Lalu aku bertanya:Apakah kalimat itu? Dia berkata:Bila kamu pergi ke tempat tidur mu bacalah ayat Kursi dari awal hingga akhir kerana dengan demikian kamu akan mendapat perlindungan dari ALLAH dan syaitan tidak akan mendekat kpd mu hingga pagi. Kemudian aku biarkan dia pergi.

Besok harinya Rasulullah saw bertanya lagi:Apa yg dilakukan oleh tawananmu malam tadi? Aku menjawab:Wahai Rasulullah,dia mengajarkan kepadaku beberapa kalimat yg dengan kalimat tersebut katanya ALLAH akan memberi manfaat kepadaku,lalu aku membiarkan dia pergi. Rasulullah saw bertanya:Kalimat apakah itu? Aku menjawab:Makhluk itu berkata kpd ku Bila kamu pergi ke tempat tidur mu bacalah ayat kursi dari awal hingga akhir .. Maka katanya ALLAH akan sentiasa melindungi kamu dan syaitan tidak akan mendekati kamu hingga pagi.

Lalu Rasulullah saw bersabda:Tahukah kamu wahai Abu Hurairah siapa yg kamu ajak berbicara selama tiga hari itu? Abu Hurairah menjawab:Tidak Rasulullah saw bersabda:Itulah syaitan.(HR.Bukhari)

12. Bagaimana Makhluk jin boleh menjelma dalam pelbagai rupa bentuk
Ibnu Abi Syaibah telah menyebut hal hantu kepada Umar al-Khattab, lalu beliau menjawab:
....apabila kamu melihat rupa tersebut hendaklah kamu azan (riwayat Ibnu Abi ad-Duniya)

Terdapat satu hadis ertinya: Tiada hantu kecuali jin-jin su'al sahaja.
Menurut ulama, jin su'al ialah jin yang mengamalkan sihir.

Rasulullah. s.a.w. telah bersabda: Sesungguhnya di Madinah ini terdapat golongan jin yang telah Islam. Maka apabila kamu melihat sesuatu tanda pada mereka, maka berilah amaran tiga hari. Jika ternyata kepada kamu sesudah itu, maka bunuhlah ia kerana sesungguhnya dia itu syaitan. (Hadis Riwayat Muslim)

Menurut Aqadi Abu Ya’li pula, syaitan tidak berupaya mengubah bentuk dan bertukar daripada satu rupa kepada rupa lain. Yang membolehkan terjadi demikian ialah kerana mereka diajar kalimah-kalimah sihir ataupun perlakuan tertentu kerana itu apabila ia dilakukan, Allah menukar bentuknya daripada satu rupa kepada rupa yang lain.

Walaupun demikian, makhluk ini tidak berupaya menjelma menyerupai rupa Rasulullah s.a.w. Namun demikian, bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w sering menjadi kekeliruan apabila iblis dan syaitan itu menjelma menyerupai orang-orang tertentu seperti rupa Abu Lahab ataupun Abu Jahal, lalu menjelmakan dirinya dalam mimpi seseorang dengan mendakwa yang dirinya adalah Rasulullah s.a.w. Dalam kehidupan sekarang ini, tidak ada orang yang dapat membezakan antara rupa Rasulullah s.a.w dengan rupa Abu Lahab ataupun Abu Jahal. Kerana itu mimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w daripada jelmaan jin-jin yang menyerupai Abu Lahab atau Abu Jahal yang mengaku dirinya Rasulullah s.a.w sering dianggap benar.

13. Adakah makhluk syaitan mempunyai jantina
بِسْم الله اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ
Doa dari hadis sohih ketika masuk tandas. Maksudnya: "Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina" ini merupakan hujah kuat bagi jantina.

14. Adakah makhluk jin dibebankan dengan hukum taklif (syarak)
يَامَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ يَقُصُّونَ عَلَيْكُمْ ءَايَاتِي وَيُنْذِرُونَكُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَذَا قَالُوا شَهِدْنَا عَلَى أَنْفُسِنَا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَشَهِدُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَنَّهُمْ كَانُوا كَافِرِينَ
Hai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dari golongan kamu sendiri, yang menyampaikan kepadamu ayat-ayatKu dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata: "Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri", kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahwa mereka adalah orang-orang yang kafir (Al-An'aam:130)
Ayat ini menampakkan seruan Allah kepada jin dan manusia.

"Di dalam syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuhnya sebelumnya, oleh jin mahupun manusia."(al-Rahman 55:~56)

ayat ini menjadi bukti jin juga boleh masuk syurga dan neraka

15. Bentuk-bentuk aqidah dan agama makhluk jin
Agama dan akidah jin sama seperti manusia. Ini dihuraikan lagi dalam firman Allah melalui perbualan sesama jin yakni:
وَأَنَّا مِنَّا الصَّالِحُونَ وَمِنَّا دُونَ ذَلِكَ كُنَّا طَرَائِقَ قِدَدًا
Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang saleh dan di antara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza.

Ibnu Abbas ra mentafsirkan 'jalan yang berbeza-beza' ialah, ada yang beriman dan ada yang kafir.
Ibnu Taimiyah pula mentafsirkan pelbagai fahaman sebagaimana manusia.

“Katakanlah hai Muhammad; Telah diwahyukan kepadaku bahwasannya sekumpulan jin telah mendengarkan Al-Qur’an, lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengarkan Al-Qur’an yang menakjubkan, memberi petunjuk ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya. Dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan seorangpun dengan Tuhan kami.” (Al-Jin:1-2) 

Ayat ini menjelaskan, ketika Rasulullah saw. membaca Al-Qur’an, ada sekelompok jin yang ikut mendengarkan bacaannya, lalu mereka mengimaninya. Kalu mengimani Al-Qur’an, berarti masuk Islam. 

16. Adakah jin yang beriman akan memasuki syurga
“Dan ingatlah ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al-Qur’an, maka tatkala mereka menghadiri pembacaannya lalu mereka berkata, ‘Diamlah kamu untuk mendengarkannya.’ Ketika pembacaan telah selesai mereka kembali kepada kaumnya untuk memberi peringatan.’ Mereka berkata, ‘Hai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab (Qur’an) yang telah diturunkan sesudah Musa yang membenarkan kitab-kitab sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus. Hai kaum kami, terimalah seruan orang yang menyeru kepada Allah dan berimanlah kepada-Nya, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih.’” (al-Ahqaaf: 29-31)

“Tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.” (ar-Rahmaan: 56)

Ayat ini menunjukkan bahwa jin dan manusia yang beriman akan masuk syurga,dan bahawa bidadari di dalamnya belum pernah disentuh oleh mereka. Maka, ini menunjukkan jin-jin yang beriman dapat menyentuh bidadari setelah mereka masuk surga, sebagaimana yang terjadi pada manusia. Seandainya mereka tidak masuk syurga, tentulah tidak pantas bagi mereka menerima berita seperti itu.

17. Makhluk jin takut pada sebahagian manusia
Di antara tabiat atau sifat jin adalah merasa takut kpd manusia kecuali jika manusia itu sgt bodoh, maka ia akan menjadi sebaliknya. 

Mujahid dan Ibn Hatim berkata, "Sesunggunya jin itu sgt takut kpd manusia sebagaimana manusia juga takut kpd mereka. Demikian dgn syatan yg lebih takut kpd salah sorang dari kamu (yang beriman). Kerana jitu jika ia memperlihatkan dirinya kpd kamu jganlah kamu takut kerana memikirkan ia lebih berkuasa dari kamu, tetapi bersikap keraslah kpd mereka nescaya mereka akan pergi"

Aku (Muhajid) perna menyeranginya dan menikamnya (sewaktu cuba menggangguku dlm solat mlm) hingga dia jatuh dan terdengar olehku suara jatuhnya. Setelah kejadian itu aku tidak lagi pernah melihatnya.

Al-Athby pernah menjelaskan bahawa Ibn Zubair pd suatu waktu melihat seorang laki-laki yg pendek sekali, tingginya hanya dua jengkal dan sedang menaiki untanya sambil katanya, "Saya adalah Izib".

Ibn Zubair bertanya, "Izib tu aoa?" Jawabnya, "Izib adalah seorang laki-laki dari kalangan jin". Dgn cepat Ibn Zubir memukul jin itu dgn cambuk sehingga ia lari tunggang langgang.

Sebaliknya jika jin melihat bahawa manusia memohon perlindungan kpd mereka kerana takut, maka mereka pun menambahkan lagi rasa takut yg ada di hati manusia. Qatadah berkata, " Lalu mereka (jin) menambahkan rasa takut itu dosa dan dgn demikian jin tersebut bertambah berani kpd mereka".

Rasa takut manusia itu seolah-olah memberikan kekuatan atau membantu syaitan memperlihatkan diri dlm bentuk yg menakutkan manusia. Demikian juga bila seseorang itu jauh dari berzikir kpd Allah, lalai dari melaksanakan tuntutan syariat (sprt meringan-ringankan sembahyang, membuka aurat dan sebaginya), dlm hadasm berjalan di tempat-tempat sunyi atau kuburan pd mlm hari tanpa kawan maka ia mudah terdedah kpd gangguan jin.

Nabi s.a.w. pernah menegah seorang sahabat dari mengucapkan , "Nafsasy-syaitan".(kejadian itu disebabkan oleh perbuatan syaitan) selepas baginda terjatuh dari keledainya.

"maka jgnlah kami berkata, musibah itu(atau sebarang penyakit) dikeranakan oleh jin/syaitan, kerana apabila engkau mengucapkan 'Nafsasy-syaitan', maka ia akan bertambah besar. Dan syaitan akan berkata, "Dengan kekuatan akulah, aku dpt membantig(menimpakan demikian ke atasnya)."

"Akan tetapi apabila engkau mengucapkan Bismillah(boleh juga diucapkan MasyaAllah, Subhanallah-pen.) pastilah dia akan menjadi semakin kecil iaitu sebesar lalat."
>> Imaan Ahmad bersdendiri dlm riwayat ini dan isnadnya adalah 'Jayyid'(bagus).

18. Makhluk jin bersikap hasad terhadap manusia
Sifat hasad (dengki), amarah yang membara adalah sifat-sifat jin dan syaitan seperti yang dilakukan oleh Iblis terhadap perintah Allah ta’ala untuk sujud kepada Adam ‘alaihis salam, Iblis kufur dan diusir dari hadapan-Nya. Allah ta’ala berfirman :
قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلاَّ تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ , قَالَ فَاهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَنْ تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَاخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ الصَّاغِرِين
“Alloh berfirman (kepada Iblis): “Apa yang menghalangimu dari bersujud ketika Aku telah memerintahkanmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik dari nya, Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.” Allah berfirman: “Turunlah darinya! Tidak layak kamu berlaku sombong di dalamnya, maka keluarlah sesungguhnya kamu termasuk dalam golongan orang-orang yang rendah !” (Al-A’raf: 12–13)

19. Adakah makhluk jin bernikah-kahwin dan beranak-pinak
Jin beranak-pinak dan berkembang-biak melalui firman Allah:
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا
Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam [884], maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim.(Al-Kahfi:50).

Tentang apakah jin boleh mati atau tidak, ada pendapat bahwa jin hanya berkembang biak, tetapi tidak pernah meninggal. Benar atau tidak, wa Allahu a’lam. Namun menurut hadits yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim, di mana Nabi Muhammad SAW berdo’a: “Ya Allah, Engkau tidak mati, sedang jin dan manusia mati” (HR Bukhari 7383 – Muslim 717).

20. Adakah muazzin dari makhluk jin turut dipersaksikan pada hari qiamat
Hadis daripada Abu Hurairah katanya:

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: “Apabila dilaungkan azan untuk sembahyang, syaitan akan menjauhkan dirinya sambil terkentut-kentut (kerana lari sekuat-kuatnya) sehinggalah tidak terdengar lagi azan. Jika selesai azan itu, syaitan akan kembali lagi sehinggalah iqamah untuk sembahyang diserukan dia akan menjauhkan diri. Sehinggalah selesai iqamah itu baharulah dia kembali lagi sehingga dia melintasi antara seseorang itu dengan dirinya (mengwas-waskan). Dia akan berkata: “Ingatlah begini-begini, ingatlah begini-begini terhadap sesuatu yang tidak sewajarnya diingati, sehinggalah lelaki itu tidak mengetahui berapa rakaat dia bersembahyang.” (HR al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan an-Nasa’ie)

Sebagaimana hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman katanya:

Maksudnya: “Sesungguhnya Abu Sa‘id al-Khudriy Radhiallahu ‘anhu berkata kepadanya (‘Abdullah bin ‘Abdurrahman): “Sesungguhnya aku melihat engkau menyukai kambing dan sahara. Jika engkau berada di lingkungan kambing atau saharamu lalu engkau azan untuk sembahyang, maka tinggikanlah suaramu ketika melaungkannya. Kerana tidak didengar suara orang yang azan oleh jin dan manusia serta lain-lainnya melainkan menjadi saksi baginya di hari qiamat. Berkata Abu Sa‘id: “Aku mendengarnya daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.” (HR al-Bukhari dan an-Nasa’ie)

21. Masa terbaik untuk syaitan merayau-rayau
Dalam sahih Al-Bukhari dan Musalim ada menyebut sebuah hadis dari Jabir r.a., bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : " Apabila sudah tiba waktu petang (hampir senja), henti dan himpunkanlah anak-anak kamu (dari terus bermain ) kerana pada waktu itu syaitan akan mula berkeliaran. Apabila telah menjelang malam, suruhlah mereka (anak-anak) masuk ke dalam rumah dan tutuplah pintu-pintu rumah kamu sambil menyebut nama Allah, kerana syaitan tidak akan membuka pintu rumah yang tertutup. Tutuplah bekas air minuman serta tudunglah bekas-bekas makanan sambil menyebut nama Allah, agar ianya tidak dinodai oleh syaitan. Demikian juga padamkanlah lampu-lampu (pelita-pelita) kamu".

Pada saya, hadis ini mempunyai lima suruhan utama iaitu:
menyuruh anak-anak berhenti serta menghimpunkan mereka (dari terus bermain)
menutup pintu-pintu rumah sambil menyebut nama Allah
menutup bekas-bekas minuman sambil menyebut nama Allah
menudung periuk belanga sambil menyebut nama Allah
memadamkan pelita (lampu) ketika hendak tidur sambil menyebut nama Allah

22. Sesetengah haiwan boleh melihat syaitan
Rasulullah bersabda:
إِذَا سَمِعتُم نَهِيقُ الحِمَار فَتَعُوذُوا بِاللهِ مِنَ الشَّيطَانِ فَإنَّهَا رَأَت شَيطَانَا, وَإِذَا سَمِعتُم صِيَاحَ الدِيكَةِ فَسأَلُوا اللهَ مِن فَضلِهِ فَإِنَّهَا رَأَت مَلَكًا.
Apabila kamu mendengar suara nyaring keldai hendaklah kamu berlindung dengan Allah dari syaitan kerana ia melihat syaitan, apabila kamu mendengar suara kokokkan ayam maka berdoalah kepada Allah sesungguhnya ia melihat malaikat.

23. Kisah makhluk jin mengkhabarkan lokasi persembunyian Rasulullah saw
Kisah ini telah dibawa oleh Ibnu Ishak, bahawa beliau mendengar kisah Asma bin Abu Bakar tentang kehilangan rasulullah. Tiga hari tiga malam kami tidak ketahui di manakah rasulullah berada sehingga datang lelaki di kalangan jin dari hujung kota Mekah sambil menyanyi beberapa syair arab yang mengkhabarkan lokasi rasulullah.

24. Tempikan syaitan pada hari Ba'iah Aqabah
Pada tahun haji yang ketiga, 75 wakil dari Madinah datang ke Mina. Rasulullah s.a.w membuat pertemuan sulit dengan mereka di Aqabah pada dinihari semasa semua orang sedang tidur. Satu perjanjian untuk melindungi Rasulullah s.a.w dan orang Islam di menterai. Janji setia golongan Ansar untuk melindungi Rasulullah s.a.w boleh diumpamakan sebagai mewujudkan kementerian pertahanan bagi daulah yang bakal dibentuk. Pada masa peristiwa ini sedang berlangsung, syaitan bertempik di salah satu bukit di Mina untuk memberitahu perjanjian tersebut. Dengan izin Allah, tiada siapa pun mendengar tempikan tersebut. Menurut pendapat ulama syaitan muncul ketika usaha Rasulullah mula menuju ke arah pembinaan dan pembentukan negara. Syaitan tidak kisah kalau usaha tersebut setakat nak beramal biasa seperti solat, puasa dan sebagainya. Tetapi apabila usaha nak bentuk negara Islam, maka syaitan muncul sendiri untuk menghalang.

25. Golongan syaitan turut mendengar rahsia langit
syaitan yang cuba untuk mendengar rahsia Kerajaan Allah di langit.Allah akan melontarkan api-api dilangit (asteroid,meteor atau meteorid) kepada syaitan.Dlam kejadian itu,dengan izin Allah ada juga syaitan yang berjaya mendapatkan maklumat atau rahsia dari Kerajaan Allah di langit. Demikian dari situ lah munculnya golongan sihir(golongan manusia yang suka mengamalkan ilmu mistik atau ilmu hitam yang sudah diduga banyak melakukan penyimpangan akidah dan kepercayaan kolot) yang cuba menjadikan syaitan sebagai rakan dan akhirnya mudah untuk golongn sihir membuat penipuan dan kejahatan didalam bumi ini. Firman Allah:
إِلَّا مَنِ اسْتَرَقَ السَّمْعَ فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ مُبِينٌ
kecuali syaitan yang mencuri-curi (berita) yang dapat didengar (dari malaikat) lalu dia dikejar oleh semburan api yang terang. (Al-Hijr)

26. Mungkinkah jin pengiring (qarin) itu memeluk islam?
Setiap manusia yang lahir disertakan ‘qarin’ oleh Allah yang bertugas sebagai ‘penggoda’ seseorang itu sejak seseorang itu lahir hinggalah saat kematiannya. Rasulullah SAW sendiri tidak terkecuali. *Hanya Rasulullah SAW sahaja yang tidak dapat digoda oleh qarin.* Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a katanya, “Tidak seorangpun di antara kamu melainkan telah ada jin yang ditugaskan pemimpinnya untuk selalu menggodanya.” Para sahabat bertanya, “Anda juga, ya Rasulullah?” Jawab baginda, “Ya. Aku juga. Tetapi Allah selalu melindungiku dari godaan mereka
sehingga mereka yang menggodaku akhirnya Islam (menyerah). Kerana itu mereka tidak berani menyuruhku melainkan untuk kebaikan.” (Hadis riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah berkata, sesungguhnya mukmin itu mampu mengheret syaitannya sebagaimana seseorang mampu mengheret untanya di padang pasir. Maksudnya, syiatan itu mampu dilemahkan jika tinggi taqwa kita pada Allah.

27. Golongan syaitan kena rantai pada bulan Ramadhan
Kenyataan yang menyebut bahawa Syaitan di rantai pada bulan Ramadhan bukan datang dari ayat al-Quran, akan tetapi ia datang di hadith Nabi saw, sabdanya:

"Apabila datang Ramadhan, pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan Syaitan dirantai" [Hadith Riwayat Al-Bukhaari 1899 dan Muslim 1079]

Menurut bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syeikh Ibn Utsaimin rh, tidak semua Syaitan itu di ikat atau di rantai, sebagaimana sabda Nabi saw didalam hadith yang lain :-

"Datang kepada kamu Ramadhan bulan Mubarak yang difardukan Allah puasanya, dibukanya pintu-pintu langit/syurga dan ditutupnya pintu-pintu jahanam/neraka, dan diikat Syaitan yang Kuat" [Hadith Sahih Riwayat al-Nasaa'i 2105]

28. Haram melakukan sembelihan untuk jin
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Allah melaknat orang yang menyembelih binatang untuk selain Allah.” (HR. Muslim). Dalam hadits di atas Allah melaknat orang yang menyembelih sembelihan untuk selain Allah, hal ini menunjukkan bahwa sembelihan tersebut semestinya hanya ditujukan kepada Allah saja, maka jika ditujukan kepada selain Allah hukumnya haram dan syirik akbar.

29. Mohon perlindungan dari makhluk jin adalah haram
Perlu dijelaskan bahawa manusia tidak boleh memohon perlindungan atau pertolongan selain daripada Allah, kerana ini boleh menyebabkan syirik. Satu dosa yang tidak diampuni oleh Allah. Adalah di luar kemampuan manusia untuk menentukan jin yang datang itu Islam atau kafir. Memang tuntutan yang dilakukan untuk bersahabat dengan makhluk ini mengandungi unsur-unsur Islam, termasuk ayat-ayat yang dibaca, berwuduk, puasa dan sebagainya, tetapi, makhluk yang datang itu bukan semestinya Islam. Sesungguhnya tipu daya iblis dan syaitan itu terlalu tinggi, di luar kemampuan manusia mengatasinya kecuali dengan ihsan Allah jua.
Dijelaskan (An-Nisa':38 , bahawa barang siapa menjadikan syaitan itu teman, maka makhluk ini adalah seburuk-buruk teman. Allah melarang menyeru atau menyembah makhluk yang tidak memberi manfaat atau mudarat. Sekiranya manusia berbuat demikian, mereka termasuk dalam golongan orang yang zalim (Yunus: 106). Memang ada manusia yang memohon perlindungan jin-jin. Jin-jin itu akan menambah lagi mereka dosa dan kesalahan (Al-Jinn: 6). Berbanding dengan jin-jin, manusia adalah khalifah di muka bumi ini. Kerana kemuliaannya, Allah mengutus nabi dan rasul dari golongan manusia, bukan dari golongan jin. Jin berguru kepada Nabi s.a.w. Guru lebih berilmu, mempunyai keistimewaan berbanding dengan murid. Kerana itu manusia tidak perlu bersahabat atau berguru dengan jin untuk memperoleh pertolongan. Adalah di luar kemampuan manusia untuk memastikan agama yang dianuti oleh jin-jin. Terlalu banyak helah dan tipu daya boleh dilakukan terutamanya oleh jin-jin dalam usaha memesongkan iktikad manusia, termasuklah menggunakan ayat-ayat al-Quran, dalam tuntutan seperti yang dijelaskan.

30. Adakah golongan jin menetap sebumbung dengan manusia
Jin tinggal di rumah bersama manusia tidur di bilik yang tidak ditiduri. Diantara jin ada yang tinggal di rumah rumah, di jalan jalan, lubang atau goa. Ada pula yang menghuni rumah kosong. 

Abi Said al-Khudri yang telah menceritakan bahawa pada satu hari dia mempunyai seorang tetamu. Tiba-tiba tetamu itu melihat ular dan hendak membunuhnya. Abu Said telah melarangnya membunuh ular tadi dan menceritakan suatu cerita yang pernah berlaku di rumahnya. Di rumah itu ada seorang pemuda yang baru berkahwin. Kami, iaitu golongan daripada Sahabat telah keluar kerana menggali parit (khandak). Pemuda itu menyatakan keuzurannya kepada Rasulullah s.a.w. dan meminta diri untuk pulang. Rasulullah s.a.w. telah membenarkannya untuk pergi selama sehari sahaja. Baginda menyuruhnya membawa senjata kerana takut kalau pemuda itu diganggu oleh Bani Quraizah. Pemuda itu pun mengambil senjatanya Ialu beredar pulang. Setibanya di rumah, tiba-tiba didapati isterinya sedang berdiri di antara pagar pintu rumahnya dengan pintu besar (dalam keadaan pakaiannya yang terdedah, sehingga menimbulkan syak kepada pemuda ini yang isterinya berlaku curang) . Pemuda itu merasa cemburu dan mengacukan lembing hendak menikam isterinya. Isterinya tampil ke pintu dan meminta suaminya bersabar dahulu dan menyuruhnya masuk ke rumah untuk melihat apakah yang sebenarnya terjadi yang menyebabkan dirinya keluar dari rumah dalam keadaan tersebut. Pemuda itu terus masuk ke dalam dan mendapati ada seekor ular besar berlegar di dalam hamparan, Ialu ular tersebut dibunuhnya dengan lembing tadi. Kemudian ia pun membawa ular itu keluar dan memacakkan ke tanah. Ketika nyawa ular itu hampir hilang, pokok dihadapan rumahnya bergerak bergoyang-goyang. Pemuda itu meninggal dunia tidak lama selepas ular itu mati. Kami telah menemui Rasulullah s.a.w. dan menceritakan peristiwa yang berlaku. Kami meminta kepada Rasulullah s.a.w. agar, Allah menghidupkan ular (jin) itu.

Dari Jabir ra berkata, aku mendengar rasulullah saw bersabda: "Apabila seseorang memasuki rumahnya lalu menyebut nama Allah ketika hendak masuk dan ketika hendak makan, maka syaitan akan berkata, tidak ada tempat dan makanan bagi kamu semua. Akan tetapi jika seseorang memasuki rumahnya tidak menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumah maka syaitan berkata "kamu telah berjumpa tempat tinggal" dan tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan maka syaitan berkata "kamu telah dapat tempat tinggal dan makanan" (HR Muslim)

Diriwayatkan oleh Zaid ibnu Arqam bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda Ertinya: 
"Sesungguhnya tandas itu merupakan lokasi yang sentiasa didatangi jin. Oleh itu apabila ada diantara kamu ingin memasukinya hendaklah kamu berdoa:
"Ya Allah aku berlindung kepada Mu dari gangguan syaitan jantan dan syaitan betina" (HR Abu Daud, an Nasa'ie, Ibnu Majah dan Ahamad).

31. Bagaimana cara menghalau jin
Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada beberapa perkara yang harus kita lakukan:

1. Hendaklah ada dua (2) orang yang bersama menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setalah sampai di rumah itu katakanlah:
اُنَا شِدُکُمْ بِالْعَهْدِ الَّذِيْ اَخَذَهُ عَلَيْکُمْ سُلَيْمَانَ، اَنْ تَخْرُجُوْا وَتَرْحَلُوْ مِنْ بَيْتِنَا. اُنَا شِدُ کُمُ اللهُ، اَنْ تَخْرُجُوْ وَلَا تُؤْذُوْا اَحَدً. وَتَرْحَلُوْا مِنْ بَيْتِنَا
"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan jangan kamu menyakiti seseorangpun".

Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.

Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah itu, maka ambillah satu bekas berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita di dalam air ini dekatkan ke mulut kita air tersebut sambil membaca:

Ertinya: 
"Dengan nama Allah kami berada dipetang hari ini dengan nama Allah yang tidak ada satupun yang dapat menghalangNya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah kami berlindung, 
dan dengan semua nama-namaNya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. 

Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakanNya, yang kotor dan yang bersih. 

Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaanMu. 

Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. 

Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakanNya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka". 

Surah As-Soffat ayat 1 hingga ayat 10.

Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah dan renjiskan sebahagian air itu di sepanjang penjuru rumah, maka dengan izin Allah jin tersebut akan segera keluar. Kerjakan lah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.

32. Taraf kudrat dan kekeramatan makhluk jin lebih lemah dan rendah berbanding manusia
إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفًا
“Sesungguhnya tipu-daya syaitan itu adalah lemah (Surah An-Nisa’:76)

33. Adakah makhluk jin boleh mengenakan penderitaan terhadap manusia
Jin dan syaitan mampu menyakiti manusia (dengan izin Allah Ta’ala) sebagaimana pisau dan senjata tajam juga mampu menyakiti manusia (jika diizinkan oleh Allah Ta’ala). Syeikh Abu Bakar Al-Jazairy (rh) menyatakan :

“Sebenarnya gangguan jin ke atas manusia merupakan sesuatu yang memang berlaku dan tidak dapat dimungkiri, kerana sudah terbukti dengan dalil pendengaran dan peristiwa yang nyata. Akal pun turut sama tidak boleh menyatakan bahawa itu adalah mustahil, bahkan sebenarnya akal turut sama membenarkannya dan mengakuinya “.

“Kalaulah tidak ada penjagaan Para Malaikat r.a yang ditugaskan oleh Allah Ta’ala, nescaya tiada manusia pun yang selamat daripada gangguan jin dan syaitan, kerana manusia tidak mampu melihat mereka dan kerana kemampuan mereka untuk berubah bentuk dengan cepat , ataupun kerana jasad mereka yang halus yang tidak boleh kita rasakan“.

Selanjutnya Syeikh Al-Jazairy (rh) menyatakan :
“Ada sebuah hadis yang sahih yang menceritakan bahawa ada seorang anak muda daripada kalangan Kaum Ansar yang telah membunuh seekor jin yang menyamar sebagai seekor ular hinggakan ia mati. Kemudian datanglah jin-jin lain di saat itu juga membalas dendam dengan membunuhnya, hinggakan Saidina Abu Sa’id Al-Khudry (r.a) menyatakan: “Tidak diketahui, yang mana satukah lebih cepat membunuh, anak muda itukah ataupun ular itu? “.



gambar syeikh wahid abdul salam bali
via- http://ibnnajib.blogspot.com/2010/12/fasal-1-perisai-kebal-untuk-menangkis.html

KAEDAH UNTUK MENGESAN JIN DALAM BADAN PESAKIT



Kaedah Pertama: Merenung mata pesakit (PESAKIT LELAKI SAHAJA)

Cara ini berbeza dari kaifiat yang digunakan oleh para bomoh dan pengguna khadam jin kerana mereka ini dengan hanya cara merenung mata pesakit sahaja akan dapat mengetahui berapa ekor jin yang tinggal di dalam badan pesakit. Tetapi cara yang digunakan oleh para perawat di Mesir hanyalah untuk menyakitkan jin perosak tanpa mengira berapa ekor jin yang sedang ‘bersarang’ di dalam badan pesakit. Kaedah ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa memerlukan sebarang ijazah.

Caranya:

a) Tutup mata kanan atau mata kiri pesakit dengan menggunakan tangan anda atau dengan menggunakan benda-benda yang lain.

b) Perintahkan pesakit agar merenung dan memandang mata anda.

c) Seterusnya anda ‘tenung tajam’ mata pesakit sambil membaca ayat-ayat ruqyah dengan suara yang keras.

d) Jika ada jin, ia akan mengalihkan pandangannya dengan segera atau terjadi mana-mana perkara yang menunjukkan adanya tanda-tanda gangguan jin.

e) Jin kafir suka berada di sebelah kiri pesakit, sebaliknya jin Islam suka yang sebelah kanan. Ada kalanya jin kafir atau jin Islam duduk di mana-mana bahagian badan ………………..


Kaedah Kedua:

Caranya:

a) Minta kepada pesakit supaya duduk, kalau boleh di atas kerusi.

b) Tutup mata pesakit dengan menggunakan kain atau suruh ia pejam matanya sendiri tanpa sebarang penutup.

c) Arahkan pesakit supaya meletakkan kedua-dua telapak tangannya di atas lutut yakni telapak kanan di lutut kanan dan begitulah sebaliknya.

d) Tangan jangan digenggam pada lutut dan jari-jari hendaklah dilunjurkan dengan tenang tanpa dikeraskan.

e) Anda baca ayat-ayat ruqyah dengan suara yang keras sambil memandang kedua-dua belah telapak tangannya.

f) Jika ada jin, jari-jemarinya akan bergerak sendiri tanpa disedari oleh pesakitnya walaupun ia di dalam keadaan sendiri kerana ia bergerak tanpa kehendak daripada dirinya sendiri. Pergerakan jari tersebut sama ada ke tepi atau ke atas atau ke hadapan, malah kadang kala  tangan pesakit jatuh tersungkur dari lututnya.

g) Buat pengetahuan anda, pergerakan ini ada kalanya melibatkan sebelah tangan sahaja atau sebahagian jari atau melibatkan jari-jemari bagi kedua-dua belah tangan.

h) Boleh jadi semasa membaca ruqyah tadi akan berlaku perkara-perkara yang menunjukkan adanya tanda-tanda gangguan jin.

Kaedah Ketiga: Tarik Nafas

Tujuannya ialah untuk melemas dan mencekik jin perasuk.

Caranya:

a) Minta pesakit agar matanya dipejam atau ia ditutup dengan kain.

b) Kemudian suruh ia menarik nafas sedalam-dalamnya sambil membaca: (بسم الله أوله وآخره) .

c) Arahkan ia agar tidak melepaskan nafasnya melainkan setelah ia tidak tahan.

d) Setelah nafasnya dihembuskan minta ia supaya mengulang-ulangi perkara tersebut dan tugas anda ia memastikan bilangan atau tempoh penarikan dan penghembusan nafas itu, mithalnya 15 kali atau dilakukan selama 5 minit.

e) Barang kali semasa penarikan nafas tersebut dibuat, akan terjadi perkara-perkara  yang menunjukkan adanya tanda-tanda gangguan jin.

f)  Jika tiada sebarang perkara terjadi, sila nasihatkan ia supaya melakukan sendiri perkara tersebut di rumahnya untuk tempoh yang tertentu seperti selama seminggu atau sehingga ia datang semula untuk mendapatkan rawatan lanjut daripada anda agar jin tersebut akan menjadi semakin lemah.
via- http://munahamzan.blogspot.com/2012/04/kaedah-untuk-mengesan-jin-dalam-badan.html